Skip to main content

Telefon hati yang free


Sejak akhir-akhir ni selalu sangat berlaku gangguan letrik kat chalet ni. Sudahlah cuaca semakin panas. Harini je mencecah 54 darjah. Aduii..bahangnyaa Yaallah. Naik Armada pasang aircond pun macam takde hasil. Duduk dalam bilik bukak aircond paling sejuk pun tetap berpeluh. Apa lagilah bila Tuhan uji dengan letrik takde ni. Nak latih untuk pandai syukur dengan ujianlah ni..

Semalam lepas tawaf bawak adik-adik ke maktabah tempat Rasulullah lahir. Ada tulisan disitu yang mengatakan,disini tiada bukti yang kukuh bahawa Nabi dilahirkan disini. Jadi dilarang berdoa atau mengambil berkat. Hm.. Macam-macam cara wahabi buat untuk melenyapkan pengaruh Nabi dimuka bumi. Nasib baik Tuhan jadikan hati sebagai telefon untuk menghubungkan kita dengan roh Nabi yang sangat berperanan dari dulu sampai sekarang. Kalau nak harap apa yang dilihat dengan mata je,memanglah takde apa yang tersisa. 

Hebatnya Tuhan pencipta hati. Menghubungkan kita dengan orang-orang kesayangan yang jauh dimata,tidak dapat dilihat tapi sangat dapat dirasakan. Dengan hati,kita mendoakan mereka yang disayangi agar Tuhan sentiasa merahmati.

Allah takdirkan hidup aku ni kena berhadapan dengan banyak perpisahan. Dari kecil terpaksa berpisah dengan mak ayah atas dasar perjuangan. Bila dah besar sikit terpaksa berpisah dengan adik beradik pulak bila masihg-masing diagihkan tempat belajar merata-rata. Bila dapat sesekali bertemu balik,itu pun hanya kejap je. Nanti perpisahan kembali bertandang. Kadang aku rasa macam hidup sorang. Bawak diri terbang. Tapi bila Tuhan bekalkan hati untuk sampai dapat berhubung dengan Allah,Rasul dan semuanya yang sentiasa dikenang,itulah pengubat. Sampai akhirnya terasa dekat. Perhubungan cara ini justeru lebih akrab dari blackberry,skype,whatsapp dan lain-lain tu. 

Sekarang disini sedang meriah. Adik-adik riuh rendah. Tapi nanti mereka pun terpaksa kembali ke tempat masing-masing. Tinggallah kami disini meneruskan perjuangan. Dengan hati yang Tuhan bekalkan moga kita takkan pernah terpisah. 

Dengan hati Tuhan menganugerahkan rindu. Rindu ini,segeralah bersatu..

Comments

Anonymous said…
Salam...saya nak tanya macammana nak dapat hati yang benar2 rindu...sedih sangat tak dapat lagi hati macam tu sedangkan org lain dah dapat rasa2 tu...malu rasanya..

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...