Skip to main content

Belajarlah menyayangi untuk disayangi

Aku tak terlepas dari melewati konflik yang biasa berlaku bagi kebanyakan mereka yang meniti alam remaja. Perasaan membuak-membuak ingin mencuba semua perkara,itulah yang selalu tumbuh dalam jiwa panas anak muda. Pantang dihalang,akan bangun menentang. Hidup tak lama mana,tapi konon rasa dah pandai sangat. Bila aku ingat-ingat balik,memang geli dengan diri sendiri. Gelihati pun ye jugak. Malu pun ada. Dan itu semua adalah pengalaman yang menjadi guru untuk mendewasakan kita..

Gejala sosial yang melanda kebanyakan remaja selalunya bermula dari rumah. Tercetusnya konflik diantara mak ayah dan anak akan memicu kepada permasalahan yang selanjutnya. Lari dari rumah,berpeleseran,terlibat dengan segala macam kejahatan,itu berpunca dari jiwa yang memberontak. Ketidak puasan hati terhadap hidup boleh saja membuatkan remaja hilang pertimbangan. 

Macam aku dulula..time nakal tak ingat dunia tu,selalu rasa mak ayah tak sayang. Aku rasa mak ayah benci dan takde harapan pun kat aku ni. Ditambah lagi dengan prejudis yang bersarang dihati,itu menambah burukkan lagi keadaan. Dan bila sekarang aku bertemu dengan banyak remaja yang bermasalah,boleh dikatakan alasan mereka sama,iaitu mereka merasa tidak disayangi.

Islam punya banyak sekali solusi untuk menangani permasalahan remaja ni. Janganlah kita menganggap islam tak ada cara. Sedangkan islam itu agama dari Tuhan,pastilah ia sangat mampu menjadi jalan keluar kepada semua kebuntuan.

Tapi kalini aku nak bercakap dari pengalaman aku yang pernah juga jadi remaja yang nakal. Walaupun mungkin tidaklah sampai terlibat dengan rokok dadah semua tu. Tapi aku rasa kesilapan dalam berfikir dan berperasaan itu juga merupakan kesalahan yang sangat perlu dibetulkan.

Bila kita persoalkan,mengapa aku tak disayangi? Kenapa mak ayah benci aku? Pernah tak kita bertanya pada diri kita,mengapa tidak kita yang menyayangi dan tidak membenci. Kita ingin sekali disayangi,tapi tidak berfikir untuk menyayangi. Sayangkah kita pada mak ayah bila kita menyakiti mereka dengan perangai buruk kita? Mengapa kita hanya ingin disayangi tapi tidak pernah belajar untuk menyayangi?

Aku ni memang jiwek sebenarnya. Selalulah rasa mak ayah tak sayang. Sedangkan cara ibu ayah menyayangi kita,berbeza dengan cara yang kita fikirkan. Bila mereka marah,kita rasa mereka tak sayang kita. Macamlah kalau budak kecik main api,lepastu mak ayah marah dan tepis tangan dia yang hampir terbakar,mesti budak kecik tu rasa mak ayah dia tak sayang. Kenapa tak bagi aku main api? Kenapa tepis tangan aku? Kompem depa tak sayang aku. Aku nak lari dari rumah. Amboi!

Macam tu sajalah akal kita yang cetek ini berfikir. Hanya melihat sesuatu perkara itu pada apa yang tersurat. Sedangkan makna yang tersirat disebaliknya sangatlah luas. Tapi bila kita meningkat dewasa,kita akan mengimbau kembali semuanya dan didapati banyak sekali hal yang kita belajar dan kesali. 

Sedihnya..kalaulah masa boleh diputar,inginnya aku menjadi anak yang tidak pernah melukakan hati ibu dan ayah. Tapi dengan kelemahan yang terlalu banyak,selalu saja aku terlajak. Hati ibu dan ayah sering saja aku calarkan. Entah berapa banyak airmata mereka yang tumpah dek ulahku. Aku berdoa moga aku dilepaskan dari semua beban dosa ini sebelum aku melangkah kealam sana.

Aku sebenarnya sampai sekarang selalu rasa mak ayah tak sayang. Tapi perasaan tu lebih positif. Aku malu..layak ke aku disayangi sedangkan aku pun tidak pernah membuktikan bahawa aku menyayangi. Kalau mereka tak sayang pun,itu memang padan dengan aku. Sebab layak ke anak yang berdosa itu disayangi? 
Tapi hati ibu bapa tidak seperti yang kita bayangkan. Mereka menyayangi kita lebih dari diri mereka sendiri. Teguran dan kemarahan mereka itu kerana inginnya mereka melihat kita selamat didunia dan akhirat. Semoga kita insaf.

Belajarlah menyayangi untuk kamu disayangi..

Comments

Anonymous said…
TQ byk! Moga hati nie insaf!

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...