Skip to main content

Kasar tapi jiwek


Dalam 8 beradik satu mak,kiranya akulah yang paling besar. Maaf ye,bukan anak sulung. Tapi badan besar. Yee..mengakula ni! Bila badan besar ni automatik feeling diri paling besar tu lebihla kan. Makan nak pinggan paling besar,naik kete kompem nak dok depan sebab besar jadi takyah berhimpit kat belakang,rasa diri sulung senang-senang je arah orang. Tapi aku jugaklah yang kena angkut bagasi Kak Atiah ( kakak sulung )yang selalu lebih muatan tu sebab apa? Sebab badan besar. Ok.

Badan kau besar,bila sakit orang susah nak percaya yang kita ni sakit. Jenuh aku kerutkan muka nak harap simpati,tapi kecundang. Orang hanya akan lalu lalang dan tergelak sebab ingat aku buat lawak. Padahal tengah sakit. Adik beradik aku siap cakap,eeii..tak sesuailah Kak Lah sakit. Eh. Bob Kuman tu pun sakit tau! Alfatehah lahu..
Ditambah lagi dengan perangai adik beradik ni yang tak retilah tacing sesama sendiri. Yang kalau sakit tu jelas sangat,Kak Atiah, Kakak ( adik no 7 ) dengan Humam ( adik no 4 ) Yang lain tu lebih kurang aku jelah.

Tapi alah bisa tegal biasa. Lama-lama dah get used dilayan macamtu. Sampai kalau ada orang datang untuk menghulur simpati,aku malah akan gelihati. Terasa lucu. Tak biasa. Eh tak biasalah orang datang rasa panas tak dahi kita,try nak urut-urut kita. 

Sudahnya..dan sedihnya..macam tu jugaklah aku layan orang. Kalau ada orang sakit,aku tak berapa nak reti pergi kat dia,tolong usap kepala ke,sapu-sapu perut dia ke. Hati tu rasa simpati,tapi tak reti nak zahirkan. Macam segan pun ada. Rasa dah macam adegan dalam drama pulak. Paling-paling aku akan tolong masak bubur lepastu letak tepi dia tanpa  suapkan pun. Malah boleh pula aku makan juga semangkuk bubur depan dia. Kejam kan? Tapi ketahuilah..aku simpati..gile simpati..tapi tak reti.

Namun suatu hari aku ditegur oleh keadaan. Aku macam tersentaplah. Aku fikir,waktu engkau sakit engkau nak orang layan kau. Tapi dah rezki kau muka tak nampak sakit langsung nak buat macamana. Orang pun tak cayalah. Tapi kan naluri semulajadi tu sebenarnya suka diberi simpati. Macamtu jugaklah orang lain. Perasaan kita sama je. Apa salahnya kau belajar melayani orang macamana engkau hendak dilayan. Bukannya engkau fikir,semua orang kena jadi taf takyahlah layan lebih-lebih. Kekuatan setiap orang kan tak sama. Kalau pun manusia tak layan,tapi tidakkah engkau melihat bagaimana Tuhan melayan hambaNya? 

Ish..ish..insaf sejenak aku dibuatnya. Kenapalah aku tak terfikir macamtu selama ni? Dok keras konon semua orang patut dilayan sama macam apa yang aku terima. Tak aci! Sejak tu aku sikit-sikit cubalah nak buang segan layan orang tu khususnya time sakitlah. Lagi-lagi aku terharu bila tengok ada orang yang Allah bagi kelebihan pandainya melayan orang. Macam Cik Saadiah orang Sabah yang dok sekali dengan aku kat sini ni,setiap saat tanya aku sihat tak. Sebab haritu pernah aku sakit teruk. Dialah yang rawat sampai tak tidur malam. Kadang aku ke Madinah pun dia BBM tanya macamana kesihatan aku. Gagah nak buat rawatan urut secara rutin kat aku niha. Maklumlah orang suka angkat berat ni macam-macamlah yang terpeleot. Agaknya kalau aku kat tempat dia,mungkin aku akan bebel,tula...lasak sangat! Kan dah sakit,padan muka! Tak bermoral langsung sikap sedemikian itu.

Aku sangat akui yang aku banyak belajar dari orang sekeliling. Aku ni kasar. Tapi jiwek. Tapi kasar. Tapi jiwek. Ulang tu sebab nak bagitau kontranya 2 sifat tu. Jadi ada orang yang Tuhan cipta dengan kelembutan yang aku takde,aku belajar dari dia. Mungkin dia pun belajar dari kelasakan yang aku ada. Cheh perasan. 

Baiklah..apapun yang kita lakukan moga berbuah cinta pada Tuhan dan kasih sesama manusia..

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum wrt
Menarik dan menyentuh hati....
Banyak persamaan dgn apa yg saya rasa....
Pasni saya pun nak kena belajar tunjuk simpati pada orang dan buangkan perasaan malu yg xkena tempatnya....
Tahniah atas keselambaan menulis.....
Teruskan lagi....
Em... bila nak kwar cd baru....

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...