Skip to main content

Kurma : Buah kesukaan Rasulullah


Apakah menu yang paling utama dan pertama waktu berbuka?

A. Air tebu
B. Ayam panggang
C. Tongkeng goreng tepung
D. Laksa

Ok jawapannya ialah..

E. Kurma

Aku memang teruk gile. Mujahadah sangat nak berbuka dengan kurma. Sebab aku ni penakut lipas. Dan terasa bentuk kurma tu semacam.. Ampun Rasulullah sebab samakan buah kesukaan Tuan dengan lipas. Tolong taubatkan saya..

Bila nak buka je,Ummu akan hulur kurma sorang satu. Maka kami secara senyap akan sorokkan kurma bawah pinggan. Cuit sikit je lepastu terus sambar air dan hidangan lain yang sedang melambai-lambai. Duh..!

Tapi zaman jahiliyah itu sudah berlalu. Kini aku tampil dengan selera baru. Hehe.. Entah siapalah yang mengubahnya,aku pun tak tau. Sekarang ni aku dah jadi pencinta kurma. Lagi-lagi ditanah haram ni macam-macam jenis kurma ada. Kat Madinah lebih lagilah. Ambar,Sukkari,Mabrum,Balah,Rutob,Ajwah yang dikenali sebagai kurma Nabi,dan macam-macam jenis lagi. Nak pulak sekarang ni depa buat kurma gabung dengan coklat putih. Laaaaagilah sedap. Amboi kau semangat.

Jangan tak tau,kurma ni banyak khasiatnya. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium-sumber google. Nanti korang cuba try cari lagi memang banyak betul khasiatnya tau. Kalau aku taulah,dari dulu aku makan kurma je.. Tak makan dah kulit ayam,lemak semua tu. Eh. Cakap kencang!

Kalau tak,takkanlah Rasulullah bersabda, " Siapa yang dirumahnya tiada kurma ibaratkan tiada makanan didalamnya "
Maksudnya walaupun rumah anda ada segudang makanan,tapi tiada erti tanpa kurma. Ha.. rasulullah yang cakap tu. Jadi,silalah stok kurma banyak-banyak dirumah ye. Biar bertambah makmur rumah kita. 

Alhamdulillah..Syarikat Global Ikhwan sdn bhd kini sudah pun memiliki sebuah ladang kurma yang disewa di Madinah Munawwarah. Aku nak minta maaf lagilah sebab tak dapat nak letak gambarnya. Sedih sungguh.. Harapnya dapatlah kongsi gambar nanti. Dalam beberapa bulan je lagi akan menuai hasil bermacam jenis kurma yang ada sekitar 200 lebih pohon. Siapa yang ada rencana kesini,sudilah mampir ke ladang kurma kami ya. Bolehlah bawak balik kurma satu kontena ke Malaysia. Boleh kalahkan Yusof taiyob. Ok 


Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...