Skip to main content

Teater: Perjalanan penderitaan Rasulullah

Masuk bulan 5 je,dah panjang senarai rombongan umrah yang akan bertandang ke Chalet NM. Alhamdulillah..terima kasih Tuhan.

Bagi meraikan lagi jemaah umrah yang datang,Ummu minta kami siapkan satu pakej persembahan teater untuk dipersembahkan kepada para tetamu. Aku ni dah lama tak buat teater ni. Dah berkarat. Itu yang Ummu tegur pasal selama ni kami hanya nasyid biasa je depan tamu. Orang pun dah boring. Huhu.. Moga-moga kelainan yang akan diusahakan ini dapat menambahkan lagi kefahaman dan 'rasa' bagi para jemaah umrah dalam menghayati Allah dan Rasul melalui ibadah disini.

Kami pun bagi-bagila kerja.. Macam biasa,aku tak reti buat benda lain melainkan skrip. Urusan record VO,editing gambar(sebab nak pakai projector) tu serah kat Fatim dan Abang Dehya. Untuk buat props bagi kat orang dewasalah. Nak buat replika Kaabah,Safa Marwa dan lain-lain tu. Yang cemasnya,malam ni rombongan akan sampai dan kami akan show. Sedangkan latihan baru mula...tadi? Tuhan tolong. Doakan kami ye..

Skrip kalini nak cerita tentang perjalanan penderitaan Rasulullah. Memang ibadah umrah/haji sebenarnya membawa kita menyelusuri perjalanan Rasulullah yang penuh dengan penderitaan. Kenapa agaknya Rasulullah,kekasih Allah,manusia yang kerananya Tuhan ciptakan seisi alam,tapi Tuhan begitu sekali mengujinya dengan kesusahan. Bukanlah mustahil Tuhan memberi laluan mudah kepada Rasulullah. Tapi kenapa Tuhan malah meletakkan seribu derita dilaluan baginda? Semua ni akan dikupas didalam teater yang akan dipersembahkan,insyAllah.

Jauh datang membawa niat menuju Allah,ingin memohon ditunaikan segala doa dan hajat,jemaah umrah sepatutnya akan mendapatkan sebesar kekuatan untuk dibawa pulang. Rasa-rasa pada Tuhan ditanah suci itu harus dibuktikan dengan membangunnya tamadun atas nama islam ditanah air kelak. Semoga..

Baiklah..aku undur diri dulu ye. Aku cemas sebenarnya. Takut-takut dalam menyampaikan perihal Allah dan Rasul,aku sendiri pun bertambah jauh dengan Tuhan. Janganlah aku sampai jadi orang yang hanya pandai berkata-kata tapi pelaksanaannya jauh tersasar. Tuhan..pandulah kami semua..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...