Skip to main content

Chalet Nur Muhammad part 2


Aku ni memanglah bukan penggemar haiwan. Kalau ada pun,setakat untuk tengok,comel..tu jelah. Nama nak pegang,ingat,rindu tu jauh sekalilah. Kalau adik aku,Adib tu memang dilahirkan untuk jadi doktor haiwan rasanya. Dari kecik lagi selalu kantoi dia simpan sarang burung dengan anak-anak burung sekali dalam almari baju dia. Pastu kadang-kadang dengar orang mencangkul belakang rumah,rupanya dialah dok tanam kucing mati. Gagah nak buat kubur,senang nak ziarah katanya.

Tapi bila dok Chalet NM yang penuh dengan binatang ni,entah ada keajaiban dari mana,aku jadi pencinta binatang. Kalau aku kena ke Madinah 2 minggu tu memang rindu bayanglah. Sampai kalau kambing tu aku rasa nak bawak tidur. Pelikla.. Hebat Tuhan yang mampu merubah hati manusia dengan sekelip mata. Macamtu jugak dengan kuda,unta,keldai dan lain-lain. Aku rasa depa ni memang macam kawan. Lagipun binatang pun kan turut berzikir. Moga mereka boleh doakan aku.

Jadi kalini aku nak kenalkanlah kawan-kawan binatang aku kat Chalet NM ni. Moga-moga walaupun hanya berkenalan kat sini,tapi kita tetap dapat rasakan semangat untuk menghayati kehidupan bersama binatang kesayangan Rasulullah.

Antara papan tanda utama di CNM
Kita mulakan dengan unta. Kalau korang perasan,unta ni ialah binatang yang selalu tersenyum. Susah macamana pun depa akan tetap tersenyum. Senyum comel lak tuh. Memang semulajadi Tuhan buat muka dia camtu.

Awat macam aku je yang senyum lebih. Yang kiri tu kakak aku.
Ala tomei minum air togok!
Unta kat sini makan rumput dan juga roti. Tapi depa macam kita jugak,kaki jajan. Kalau korang datang bawak kopok,cekedis-cekedis tu,siaplah depa berlari-lari anak dan bapak untuk gagah mengecek.

Manja bukan main
Sedang menyusu
Kat sini ada sekitar 15ekor unta termasuk 3ekor yang masih baby. Jadi,ibu-ibu unta inilah yang telah membekalkan susu kepada jemaah umrah yang memang teringin sangat nak rasa susu depa. Murah je susu unta,sebotol 5riyal(4rm)
Unta ni pulak macam-macam nama. Hamdan,Wasilah,Aira,Hasan,Husin dsb. Nama bajet macam orang ah konon.

Yang paling aku suka ialah kuda. Bukan takde kuda kat Malaysia,Jordan sebelum ni. Memang kami ada banyak kuda. Tapi sampai Mekah nilah aku baru nak berjinak dengan kuda. Dulu memang takut gila sampai tak ingin langsung nak dekat. Tapi alhamdulillah sekarang dah bolehlah sikit-sikit..walaupun nak naik tu masih takut lagi.

Ini Nur Zulfaqriah-anak kuda bernilai 3juta rm.Moyang dia ialah Moniet el sharaf,antara baka kuda yang terkenal.Tanda keris putih sangat jelas dimukanya
Sultanah Al azraq-mak kepada Nur.Kuda paling cool
Kuda baru disini-Puteri Bilal dan anaknya Mohd Zulfaqar
Sebelah Nur tu namanya Adibah,maknya Na'amah(mak dia sedang jalan-jalan,jadi takde gambar)
Inilah bapak depa-Adib(adik aku,pelatih kuda&pencinta haiwan)

Sukela tu dapat makan
Malikah Rohaniah.Dah kawin tapi belum ada anak!
Sukan berkuda adalah salah satu sunnah Nabi selain berenang dan memanah. Dalam kita tak sedar,sukan ini telah pun dikuasai oleh orang bukan islam. Padahal Rasulullah lah yang dulu mencetuskan sukan ini dan baginda sendiri merupakan penunggang yang sangat tangkas. Kini dunia melihat kuda sebagai simbul kemegahan. Menjadi hobi orang-orang kaya. Sebab maintanence dia memanglah sangat tinggi. Tapi kita ingin kembali menjadikan sukan berkuda ini sebagai salah satu sunnah,kerana ia hakikatnya adalah khazanah ummat islam.

Sekarang ada 9ekor kuda disini termasuk 3 budak nursery. Ada yang aku tak sempat tempek gambar sebab waktu amik pic ni depa tengah merayau-rayau gi kedai kot. Jadi mana yang ada jelah.

Oklah..nanti kita sambung lagi. Nak cite pasal keldai dan kambing pulak. Salam..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...