Skip to main content

Tidak mudah beristiqamah


Situasi 1
Baru lepas facial,muka rasa tegang,jerawat hilang,parut berkurang. Beli pencuci muka,krim,toner,kapas muka,pengecut jerawat,besi korek jerawat,scrub dan alat-alat penjagaan muka lainnya. Bulan pertama cuci muka 2x sehari,bulan ke 3..bulan ke 6 dah tinggal sekali je cuci. Pencuci pun dah malas nak beli. Masuk setahun dah berkarat muka.

Situasi 2
Jumpa Dr Azlina cuci gigi. Rasa ringan karang gigi dah takde. Sikit-sikit tengok cermin. Tukar berus gigi baru,beli produk penjagaan gigi,kumur dengan air berangin tu,gosok gigi 2-3x sehari. Bulan pertama,kedua,ketiga.. Setahun berlalu,gigi dah macam gigi unta.

Dua situasi diatas itu ialah realiti. Realiti yang berlaku pada kita. Oklah. Bukan kita,tapi yang lebih tepat ialah aku. Aku tak malu nak ngaku sebab nak jadikan bukti bahawa betapa susahnya istiqamah. 

Susah ke? Senang je.. Senang ke? Susahlah sangat..

Hakikatnya memang susah. Sebab tu orang selalu cakap,biarlah amalan itu kecil,tapi istiqamah. Bukannya bajet gempak lepastu tahan sekejap je. Takde nilai!

Yang aku bagi contoh tu ialah amalan biasa je. Cuma nak jaga muka dan gigi. Padahal setiap kali tengok orang muka licin memang cemburu buta. Bila tengok gigi kuning memang menyampah gile. Tapi itupun tak larat nak mujahadah untuk beristiqamah menjaganya walhal hati memang teringin nak cantik. Bukanlah nak jadi ratu cantik,tapi cukuplah supaya tak comot.

Macamana pula dengan ibadah? Amalan kebaikan lainnya? Hati aku ni masih terpaut kepada dunia melebihi akhirat. Sedangkan hal dunia pun tak mampu nak pertahankan,apa lagilah hal akhirat yang belum benar dihayati. Lebih lagilah tak mampu nak istiqamah. Harini bangun tahjud pukul 3.30,dah rasa awal sangat. Esok terus bangun pukul 5. Harini wirid semangat 10 round,esok dah tinggal setengah round je. Itupun terkedek-kedek nak habiskan. Kalau semalam berjaya tak lagha sangat,harini hati dah hitam akibat lalai.

" Tuhan..susahnya istiqamah. Sedangkan ia lebih baik dari seribu karamah. Tapi tidak mudah untuk aku melakukannya. Ada saja halangan yang mendatang,tak kuat bermujahadah untuk menentang..
Aku terngadah lagi. Hal sekecil ini pun tidak mampu aku lepasi. Mampukah titian sirat aku lewati? "

Dalam meningkatkan diri kita kearah yang lebih baik,mulakanlah sesuatu kebaikan itu,dan beristiqamahlah melakukannya. Biar pun ia hanya sedikit tapi berterusan mengamalkannya. Moga-moga kita kekal mendapat redha dan keampunan Tuhan. 




Comments

Rizki Pradana said…
lebih mudah untuk memulai suatu hal yang baik daripada beristiqomah untuk tetap mngerjakannya..:)

salam postingan2nya sangat bagus, menarik dan bermanfaat,,terus menulis,,karena dengan menulis kita bisa mengembangkan imajinasi kita dan menjadikan kita lebih kretaif..serta kadang bisa menghibur orang lain.. ^_^

salam EPICENTRUM
mampir jg ya..:)
Anonymous said…
Kiasan yg tersangatlah simple but nice....
Orang kata analogi yg menarik...
Tahniah....
Moga dpt istiqamah merintih melalui blog....
Ok ar tu utk permulaan....

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...