Skip to main content

Iktibar dari binatang


Sejak aku mula belajar mendekati binatang-binatang ni,banyak ilmu yang aku dapatkan. Aku tengok gelagat mereka,gaya makan,gaya tidur,cukup menghiburkan. Sampai kadang-kadang rasa yang depa ni macam orang pulak. Bila aku tengok Nur (kuda) suka buli Rini (keldai) aku akan bebel-bebel marah jangan gaduh. Macamlah depa faham! Tapi itu dah jadi macam reaksi spontan bila melihat tingkah mereka. Dengan keldai aku beranilah jugak. Tapi dengan kuda agaknya sampai bila-bila aku akan takut. Bolehlah sekadar nak usap-usap dari luar stable. Tapi tak ingin nak naik ke,bawak jalan ke. Sebab kuda ni dia ada perangai yang tak terduga. Nampak macam gagah,rupanya takut plastikla,takut asap,takut lampu. Aku lagila takut. Konon ah nama Khaulah macam Khaulah Al Azwar yang terer naik kuda. Tapi penakut ya ampuunn. Awat aih.. Aku salutla tengok adib and the geng layan kuda tu macam geng depa je.

Yang aku belajar baru ni ialah tabiat anak kuda yang akan ikut perangai mak dia. Sebab aku tertanya-tanya,anak kuda ni sape ajar dia untuk contohnya,bila kita shake batu yang diletakkan dalam botol,automatik depa akan lari sebab takut. Kalau kuda besar tu logikla sebab mungkin depa dah biasa. Tapi macam Mat yang baru 3 bulan tu,pandai jugak dia takut. Itu contohla..dan banyak lagi perbuatan depa yang sangat menghairankan aku.

Rupanya Adib cerita yang anak kuda ni akan tiru perangai mak dia. Kalau mak dia ni takut plastik,dia pun akan ikut takut juga. Kalau mak dia jenis cepat terkejut,anak dia pun dan-dan suka terkejut jugak. Sebab tulah Adib akhirnya pisahkan anak-anak kuda ni dari mak depa. Tinggal Mat je yang masih dok dengan mak sebab masih menyusu. Bila pisah tu,senanglah kita nak bentuk anak tu dengan cara kita tanpa terikut perangai mak. 

Apa yang aku dapat lihat ialah melentur buluh biar dari rebungnya tu pun berlaku kat binatang. Hebat Tuhan yang melakukan semua ini dengan penuh keajaiban. 
Anak-anak tu macam kain putih. Mak ayah lah yang akan mencorakkan. Sebab tu pendidikan sangat penting sebab ia berkait rapat dengan rohaniah manusia. Kalau dari awal anak-anak diajar tentang Tuhan,maka dekatlah dia dengan Tuhan nantinya. Tapi kalau sedari kecil dikenalkan dengan dunia,maka dunialah yang dikejarnya. Aku pernah dengar yang keturunan juga sedikit sebanyak menentukan keselamatan kita diakhir umur nanti. Kalau keturunan yang baik,dari nenek moyang dah didoakan dengan kebaikan. Begitu juga sebaliknya. Tapi siapalah yang boleh lupa bahawa pakcik Rasulullah pun mati dalam kekufuran. Anak isteri Nabi Nuh pun tidak selamat. 

Cemasnya hati wahai Tuhan.. Apakah ada rezeki keselamatan?

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...