Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Kerana kita anak Abuya..

Siapa tak sayang anak? Kucing pun sayang anak. Manusia yang normal sangat sayangkan anak. Orang gila je buang anak dalam longkang! Abuya ada 35 anak kandung dan 4 orang anak tiri. Semuanya Abuya sayang. Walaupun waktu kecik dulu selalu rasa Abuya tak sayang sebab Abuya selalu marah,kadang-kadang rotan,tapi marah tu tandanya sayangkan? Bila dah besar ni dah boleh fahamlah bahawa ayah mana tak sayang anak. Cuma Abuya ada cara sendiri untuk tunjukkan kasih sayangnya. Mungkin berbeza dari ayah-ayah lain,tapi itulah Abuya. Ni nak bagitau kat semua adik-adikku sebapa. Nak bagitau kat abang-abang kakak-kakak mungkin tak layak,jadi nak bagitau kat adik-adik jelah.. Sayangnya Abuya pada kita sebagai seorang ayah kepada anaknya itu bukanlah bermakna Abuya juga PERCAYAKAN kita! Tolong bezakan antara sayang dan percaya. Sayang itu fitrah,sedang kepercayaan itu perlu didapatkan,perlu dibuktikan. Adik-adik rasa Abuya percaya kat kita ke atau lebih percaya pada BOD dan pemimpin-pemimpin yang Ab

1 Mei ini..

1 Mei ini tiada kata-kata yang selayaknya mampu untuk diucapkan kepada seorang yang terlalu besar jasanya untuk dunia akhiratku.. 1 Mei ini ku pinta dari Tuhanku untuk aku segera dikembalikan kehambaanku untuk ku hadiahkan kepadanya yang mengharapkan itu dari semua yang mengasihinya.. 1 Mei ini ku imbas kembali semua kesalahanku padanya sejak aku dilahirkan hinggalah kini sebagai hukuman dan ingatan kepada diri agar segera memecut untuk sempurnakan rasa-rasaku kepada Tuhan kerana hanya itulah saja pintanya dariku.. 1 Mei ini apalah yang dapat aku berikan padanya kerana adakah yang boleh membalasi pemberian akhirat itu? 1 Mei ini ku pandang wajah bersihnya didekat hamparan selimutku dan terus berdoa moga Tuhan membantu dan melindunginya dari sebarang kejahatan dan musuh.. 1 Mei ini aku belajar darinya bahawa ulangtahun itu harusnya disambut dengan membesarkan Tuhan yang telah memberikan kebesaran kepada kita.. 1 Mei ini ku panjatkan kesyukuran kepada Tuhanku kerana telah 

Ambar no 1

Harini giliran selawat malam kumpulan aku pukul 10. Suasana di sel ni masih riuh rendah dengan lampu terang benderang yang tak pernah dipadam sejak hari pertama masuk kesini. Tak pastilah apa strateginya pasang lampu 24jam. Takpelah negara kaya nak bayar bil letrik. Makan malam tadi roti cicah kuah tengahari yang dah digodey bersama sedikit perencah indomie dan perahan limau nipis. Layann.. Ingat nak tunggu penjual datang nak beli megi yang bakal dimasak dengan air sejuk tapi macam dah kenyang. Esokla pulak. Geng-geng melayu banyak yang dah layu. Tinggal geng Burma dan Afrika yang masih rancak bersembang. Harini semua puak bukak salon facial muka. Dapat ilmu baru cuci muka dengan madu lepastu sentap kuat-kuat rasa macam nak tercabut nyawa. Hasilnya muka akan licin bersama sedikit pemerah pipi yang rasanya pedih-pedih kecil. Lepastu Khadijah Nigeria buat demo kat muka Iyah cara hilangkan bulu halus dimuka guna benang yang dibentuk fungsinya jadi gunting. Kebetulan Iyah je yang raji

Diari seorang tahanan

Surat dari Asrama Tahanan kepada semua yang ingin tahu bagaimana keadaan! Hari ini hari ke 25 kami berada di kediaman baru ini! Bilik aircond berukuran 50 kaki x 35 kaki berlampu terang kalimantang 18 batang. Selesa! dengan 5 bilik air yang begitu mewah airnya. Tiada apa dibilik itu tapi ada mini market untuk membeli keperluan-keperluan untuk tidur dan bilik air dan makanan dan minuman ringan! Nasi minyak setiap makan tengahari berlauk ayam@kambing boleh buatkan badan naik! Satu ampai untuk sidai pakaian basah terentang sepanjang bilik di bahagian 1/3 lebar bilik. Maka hiduplah kami seramai 38 orang dewasa dan remaja bersama 9 bayi dan 2 orang kanak-kanak 5 dan 6 tahun. Gambarkan kehidupan itu bagaimana? Ya ia lebih kurang macam camping di satu dataran @ kursus summercamp. Kami bebas buat program didalamnya. Ya sebuah kursus di Universiti Roh bertempat di Jeddah! Depoh tahanan wanita imigresen tempat transit untuk musafir orang-orang yang akan keluar negara : bersebelahan Airpo

Setia hingga ke hujung nyawa

Meyakini dan setia pada kebenaran tidaklah sama dengan yakin dan setia pada ibu ayah,kawan,suami isteri,jiran dan sebagainya. Ibu ayah boleh tersalah,kawan boleh tersilap,suami boleh terlupa,isteri boleh tak sengaja,tetapi kebenaran itu maha sempurna kerana ianya datang dari Tuhan maha segala-galanya. Yakin akan kebenaran itu bererti wajib yakin bahawa Rasulullah boleh israk mikraj,mesti yakin bahawa Nabi Ibrahim tidak terbakar oleh api,Nabi Yunus selamat dalam perut ikan,Nabi Musa mampu membelah laut! Keyakinan yang sama sekali tidak ada logiknya. Dimana logiknya? Akal tersungkur bilamana kebenaran membuktikan bahawa dia mampu menang diatas semua kesusahan. Keyakinan terhadap kebenaran tidak dinilai disaat menangnya,tapi ia jadi bernilai dikala 'kalah'nya. Bernilaikah keyakinan pengikut Nabi Ibrahim andai mereka ragu akan kebenaran itu ketika Baginda dicampak ke dalam api dan kemudiannya kembali yakin ketika Baginda mampu keluar dengan selamatnya? Apalah nilai keimanan pen

Aku,mereka dan penjara

Penjara dan perjuangan memang bagai isi dan kuku tak dapat dipisahkan. Lihat saja berapa ramai pemimpin dunia yang pernah dipenjarakan samada sebelum kenaikannya ataupun sesudah kejatuhannya. Abuya dan Ummu sendiri 10tahun ditahan ISA. Dua orang adik aku pun turut mencipta sejarah menjadi bayi pertama ditahan ISA. Kakak ipar aku Kak Azwa dan kawan-kawannya dulu juga pernah dipenjarakan 40hari di Mesir. Namun apalah yang hendak dihairankan dengan semua ini. Bukankah sejarah telah memaparkan kepada kita bagaimana Tuhan juga pernah 'memenjarakan' para kekasihnya. Nabi Ibrahim 40hari dipenjara didalam api Namrud oleh Tuhan. Nabi Yunus juga 40hari didalam penjara perut ikan. Nabi Musa dan pengikutnya terpaksa sesat 40tahun dalam ladang teh. Itu bahkan lebih dasyat dari penjara. Walau secara lahirnya dilihat pihak musuh yang punya angkara,tapi tidaklah semua itu berlaku jika bukan Tuhan yang izinkan. Bahkan itu semua sebenarnya adalah skrip Tuhan yang luar biasa. Adakah yang lebi

Khabar dari tahanan

Huh akhirnya iphone dapat cas,dapat free topup,memang rezeki. Kata orang dalam susah ada senang. Salam semua..dari depoh tahanan Jeddah :-) Rasanya satu Malaysia dah tau tentang berita penahanan keatas kami disini. Maka tidak perlulah aku bersusah payah nak cerita lagi dah. Utusan Malaysia, Berita Harian pun dah meliput. Soal benar tak benar tu aku malas komenla. Yang simpati akan mencari akan kebenarannya. Yang benci akan menyembunyikan kebenarannya. Jadi,pilihan ditangan anda. Baca paper sekarang ni dah macam baca komik. Yang betul tu tarikh je agaknya. Banyak pulak komen yang masuk ke blog aku nih. Yang komen ada,yang maki ada,yang simpati,yang gelakkan,yang doakan,yang perdajalkan..lengkap pakej. Hidup ni memang pakej terindah yang Tuhan ciptakan. Nikmat besar,ujian pun besar. Selagi kepentingan kita hanya pada Tuhan,takkan ada yang terugikan. Untuk semua yang mendoakan aku ucapkan syukran jazilan. Doa-doa yang baik itu akan kembali kepada yang mendoakan. Moga Tuhan balasi