Skip to main content

1 Mei ini..

1 Mei ini tiada kata-kata yang selayaknya mampu untuk diucapkan kepada seorang yang terlalu besar jasanya untuk dunia akhiratku..

1 Mei ini ku pinta dari Tuhanku untuk aku segera dikembalikan kehambaanku untuk ku hadiahkan kepadanya yang mengharapkan itu dari semua yang mengasihinya..

1 Mei ini ku imbas kembali semua kesalahanku padanya sejak aku dilahirkan hinggalah kini sebagai hukuman dan ingatan kepada diri agar segera memecut untuk sempurnakan rasa-rasaku kepada Tuhan kerana hanya itulah saja pintanya dariku..

1 Mei ini apalah yang dapat aku berikan padanya kerana adakah yang boleh membalasi pemberian akhirat itu?

1 Mei ini ku pandang wajah bersihnya didekat hamparan selimutku dan terus berdoa moga Tuhan membantu dan melindunginya dari sebarang kejahatan dan musuh..

1 Mei ini aku belajar darinya bahawa ulangtahun itu harusnya disambut dengan membesarkan Tuhan yang telah memberikan kebesaran kepada kita..

1 Mei ini ku panjatkan kesyukuran kepada Tuhanku kerana telah 'melahirkannya' untukku dan kemudiannya untuk dia melahirkanku..

1 Mei ini buat ibuku Bonda Khadijah yang telah menyinari dunia akhirat tidak saja kepada 39 anaknya bahkan kepada ribuan lagi anak yang tidak dilahirkannya..

Maha besar Tuhan..
Tolong jadikan kami disetiap ulangtahun yang dirai agar dapat membesarkan Tuhan lebih dari diri sendiri..

Selamat ulangtahun buat Bondaku Ummu Jah. Moga panjang umurmu. Moga tinggi darjatmu disisi TuhanMu..







Comments

Anonymous said…
salam kak khulah....gemok2 belako....makan sedap ke org arab jamu

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...