Skip to main content

Setia hingga ke hujung nyawa

Meyakini dan setia pada kebenaran tidaklah sama dengan yakin dan setia pada ibu ayah,kawan,suami isteri,jiran dan sebagainya. Ibu ayah boleh tersalah,kawan boleh tersilap,suami boleh terlupa,isteri boleh tak sengaja,tetapi kebenaran itu maha sempurna kerana ianya datang dari Tuhan maha segala-galanya.

Yakin akan kebenaran itu bererti wajib yakin bahawa Rasulullah boleh israk mikraj,mesti yakin bahawa Nabi Ibrahim tidak terbakar oleh api,Nabi Yunus selamat dalam perut ikan,Nabi Musa mampu membelah laut! Keyakinan yang sama sekali tidak ada logiknya. Dimana logiknya? Akal tersungkur bilamana kebenaran membuktikan bahawa dia mampu menang diatas semua kesusahan.

Keyakinan terhadap kebenaran tidak dinilai disaat menangnya,tapi ia jadi bernilai dikala 'kalah'nya. Bernilaikah keyakinan pengikut Nabi Ibrahim andai mereka ragu akan kebenaran itu ketika Baginda dicampak ke dalam api dan kemudiannya kembali yakin ketika Baginda mampu keluar dengan selamatnya? Apalah nilai keimanan pengikut Nabi Musa andai ragu diwaktu laut dihadapan dan Firaun dibelakang tetapi boleh kembali yakin bila selamat menyeberang laut yang dibelah!

Oh Tuhan.. Memperkatakan kebenaran itu mudah namun meyakininya cukup payah. Para Nabi dan Rasul kekasihMu itu hanya mendapatkan sedikit sahaja pengikut setelah ada yang berjuang puluhan bahkan ratusan tahun lamanya. Malah tidak sedikit dikalangan pesuruhMu itu yang terpaksa rela kehilangan anak isteri dan orang-orang kesayangan mereka sebagai tanda akur bahawa kebenaran itu tidak diberikan kepada orang yang mereka kehendaki tetapi direzkikan hanya untuk mereka yang Tuhan ingini. Sungguh kebenaran itu adalah hak mutlak Allah!

Hati yang meyakini kebenaran itu juga haruslah bersih sama sekali dari sebarang kepentingan diri. Kepentingan hanyalah kepada Tuhan tuan pemilik kebenaran. Andai masih ada kepentingan peribadi disana sini,kelak akan terlihat bilamana sudahnya akan tergelincir dimana-mana selekoh yang memang disiapkan Tuhan untuk perjuangan kebenaran disepanjang zaman.

Jujurnya aku merasa tidak banyak yang aku tahu tentang perjuangan kebenaran. Terasa kerdil melihat banyaknya kelemahan diri disemua segi. Apakah aku akan diberi rezki? Atau aku sudahnya akan tercampak tiada erti?

Tuhan...
Sungguh aku sedar betapa aku tiada kelayakan sama sekali. Aku hanya punya sekeping hati yang Kau isi dengan rasa inginnya pada kebenaran dariMu ini. Pahala memperjuangkannya besar namun risikonya tinggi. Terasa ngeri melihat bagaimana Kau membolak balik hati si hamba. Hanya pagi tadi ia yakin namun petangnya sudah menentang. Rupanya keyakinan itu adalah milikMu jua. Bila-bila masa saja Kau boleh cabutnya dari hati manusia.. Tolonglah Tuhan tetapkan hatiku untuk terus meyakininya hingga saat aku kembali kepadaMu..

Comments

Anonymous said…
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ..
Kak khaulah,apa perkembagn GISB d mekah,harap semuanya sihat terutama keluarga bani tamim.....letakla pic d blog ni,lama dah x tgk,sy peminat setia blog ni....

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...