Huh akhirnya iphone dapat cas,dapat free topup,memang rezeki. Kata orang dalam susah ada senang.
Salam semua..dari depoh tahanan Jeddah :-)
Rasanya satu Malaysia dah tau tentang berita penahanan keatas kami disini. Maka tidak perlulah aku bersusah payah nak cerita lagi dah. Utusan Malaysia, Berita Harian pun dah meliput. Soal benar tak benar tu aku malas komenla. Yang simpati akan mencari akan kebenarannya. Yang benci akan menyembunyikan kebenarannya. Jadi,pilihan ditangan anda. Baca paper sekarang ni dah macam baca komik. Yang betul tu tarikh je agaknya.
Banyak pulak komen yang masuk ke blog aku nih. Yang komen ada,yang maki ada,yang simpati,yang gelakkan,yang doakan,yang perdajalkan..lengkap pakej. Hidup ni memang pakej terindah yang Tuhan ciptakan. Nikmat besar,ujian pun besar. Selagi kepentingan kita hanya pada Tuhan,takkan ada yang terugikan.
Untuk semua yang mendoakan aku ucapkan syukran jazilan. Doa-doa yang baik itu akan kembali kepada yang mendoakan. Moga Tuhan balasi semuanya.
Untuk semua yang membenci pun aku ucapkan syukran jazilan jugak. Tanpa korang,susah nak pupuk rasa hamba. Dengan adanya yang membenci akan membuatkan kita merasa apalah ertinya kehinaan si hamba. Korang juga Tuhan datangkan untuk terus menyuburkan ingatan bahawa watak sebuah kebenaran itu ialah yang sayang terlalu sayang,yang benci terlalu benci. Yang sayang memang dah tak terbilang. Terima kasih pada yang sudi membenci untuk sampai menjadi hujah kepada kebenaran yang diyakini jni.
Ok ngantuk dah. Penat layan anak cucu yang join sekali dalam ni. Makin aktif lak depa. Ish!

Comments