Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Tuhan kan ada?

Ada hari sedih mendatang Airmata sentiasa bergenang Ada derita yang menyerang Tuhan kan ada? Adakalanya kecewa berpanjangan Duka tak berkesudahan Sakit melawan perasaan Tuhan kan ada? Toleh kanan dan kiri Tiada siapa disisi Untuk sama menangisi Tuhan kan ada? Hari tak selalu cerah Malam tak sentiasa indah Hati resah gundah Tuhan kan ada? Diwaktu hati terluka Disaat tiada sesiapa Dikala terasa sendiri didunia Ingatkan hatimu.. Tuhan kan ada? Kau kan temui bahagia..

Solat Abuya

Salam semua.. Mintak mahap ler dah lama mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang blogger second hand atau part time. Dah segan dah bagi alasan manjang. Ok kembali dengan kisah bersama Abuya ye.. Selamat membaca semua.. Abuya ialah seorang ayah yang tegas. Penyayang tapi tegas. Lebih lagilah bila masuk bab solat,laagilah tegas. Serius. Garang. Jangan sapa berani buat main. Benda lain boleh bergurau,tetapi masuk bab sembahyang,sila hentikan gurauan anda serta merta ditempat kejadian! Dari kami kecik lagi,tak baligh lagi,hingusan lagi pun Abuya dah ingatkan tentang betapa perlunya serius dalam beribadah. Daripada berwuduk,pakaian solat,saf,bacaan sembahyang dan sebagainya tu sangat dititik beratkan. Hal lain masih boleh dimaafkan,tetapi sembahyang? Tiada maaf bagimu.. Kami waktu kecik dulu biasalah kalau kena denda tak boleh makan sebab masbuk. Kena rotan sebab solat main-main. Kena tibai kalau solat tidur. Kena nganga sejam sebab tak serius ibadah. Biasalah budak-budak,solat nak mai

Segalanya tentang Mekah

Esok genaplah sebulan aku berada di Malaysia ni. Dah makin serasi alhamdulillah.. Bawak kete pun dah tak kekok cuma taklah laju macam sebelum ni. Setahun lebih kot aku tak drive,dengan suasana jalanraya di Saudi yang mengerikan memang fobia. Sekarang kalau drive masih setia dilorong tengah dan kiri. Tak berani cuba-cuba ke kanan lagi. InsyAllah lah.. Moga skill memanduku segera kembali. Ok skill!  Dah hampir sebulan juga Mekah aku tinggalkan. Tapi tipulah kalau aku cakap aku tak rindu kan. Semua yang aku tengok,aku makan,semuanya menggamit kenangan di Mekah. Wah jiwangnya kau! Macam haritu aku makan di Restoran Pakistan entah apa namanya aku lupa. Abg Lokman yang belanja. Bila masuk je restoran tu nampaklah puak-puak Pakistan ni,haii.. Teringatlah aku pada restoran Pakistan yang Abg Am selalu belanja kami di Mekah dekat dengan rumah tu. Sempat jugak aku ingat pada pemandu lori Pakistan yang bawa makanan katering untuk tahanan,yang ambil kerja part time menyeludup keluar semua handphone

Tok ku Embun Awang

Pagi ni aku sembahyang subuh dengan Tok berimamkan Fatim. Tok sembahyang duduk atas 'julus arabi' yang dah bertahun terletak dibiliknya. Tok bentang sejadah putih dan solat sunat sebelum subuh.  Sedang aku wirid lepas solat (sambil menahan mengantuk),Tok datang duduk sebelah aku. "Tok nak duduk kat Khaulah",kata Tok sambil baring diribaanku. Tok menangis. Bergetar badannya dek tangis hibanya. Tangan Tok mengusap-ngusap pehaku.  "Awat Tok?",aku tanya. Hairan tengok Tok menangis. Tok bangun dan duduk. Basah mata Tok.  "Allah kembalikan anak cucu aku. Aku dah serah semua kat Allah. Sekarang Allah bagi balik kat aku. Kita dah menang. Islam dah menang. Mula-mula dengar Ummu hang nak kena potong tengkok (pancung),Tok cakap kat Allah,aku serah anak aku kat Allah,apa Allah nak buat,buatlah. Siang malam Tok doa tak berenti. Sekarang Allah bawak balik semua. Kalau bukan Allah buat,mana boleh balik semua ni. Allah yg bagi semua. Balik ni nak berjuang untuk islam&q