Tuhan kan ada?

Saturday, June 15, 2013
Ada hari sedih mendatang
Airmata sentiasa bergenang
Ada derita yang menyerang
Tuhan kan ada?

Adakalanya kecewa berpanjangan
Duka tak berkesudahan
Sakit melawan perasaan
Tuhan kan ada?

Toleh kanan dan kiri
Tiada siapa disisi
Untuk sama menangisi
Tuhan kan ada?

Hari tak selalu cerah
Malam tak sentiasa indah
Hati resah gundah
Tuhan kan ada?

Diwaktu hati terluka
Disaat tiada sesiapa
Dikala terasa sendiri didunia
Ingatkan hatimu..
Tuhan kan ada?
Kau kan temui bahagia..

6 comments:

noor5313 said...

Terima kasih I.Klaulah diats pengongsian ni..(^,^)

Afiq Al-Qathani Al-hasyimi said...

Mantap!
Tuhan sentiasa ada...
Mengadulah kepadaNya selalu...

Anonymous said...

betul3...
Tuhan adalah segala2nya....

Anonymous said...

Sedih...kenapa sering terlupa yg kita ada Tuhan?....

Anonymous said...

Tuhan Maha Pentadbir dan Maha Mencatur setiap yg berlaku. Setiap ujian ada Hikmah dan maksud dari Tuhan.

Anonymous said...

Update la..lama dah xupdate ni..