Skip to main content

Segalanya tentang Mekah

Esok genaplah sebulan aku berada di Malaysia ni. Dah makin serasi alhamdulillah.. Bawak kete pun dah tak kekok cuma taklah laju macam sebelum ni. Setahun lebih kot aku tak drive,dengan suasana jalanraya di Saudi yang mengerikan memang fobia. Sekarang kalau drive masih setia dilorong tengah dan kiri. Tak berani cuba-cuba ke kanan lagi. InsyAllah lah.. Moga skill memanduku segera kembali. Ok skill! 

Dah hampir sebulan juga Mekah aku tinggalkan. Tapi tipulah kalau aku cakap aku tak rindu kan. Semua yang aku tengok,aku makan,semuanya menggamit kenangan di Mekah. Wah jiwangnya kau! Macam haritu aku makan di Restoran Pakistan entah apa namanya aku lupa. Abg Lokman yang belanja. Bila masuk je restoran tu nampaklah puak-puak Pakistan ni,haii.. Teringatlah aku pada restoran Pakistan yang Abg Am selalu belanja kami di Mekah dekat dengan rumah tu. Sempat jugak aku ingat pada pemandu lori Pakistan yang bawa makanan katering untuk tahanan,yang ambil kerja part time menyeludup keluar semua handphone-handphone kami untuk di cas dirumahnya. Memandangkan dalam sel kami tu tak disiapkan colokan letrik maka gagahlah kami membayar sekali cas 5-10riyal. Taraf hidup dalam tahanan memang tinggi gila. Makan mewah walaupun menunya sama. Cuma digilirkan ayam dan daging. Tapi air minum tak disiapkan. Kenalah beli dari baqalah bergerak yang akan datang dari sel ke sel untuk menjual barangan yang mahal-sikit pun takde diskaun- tu. Sape takde duit silalah minum air paip. Huh!

Pakistan yang aku lupa namanya tu jugalah yang sudi membeli apa-apa dari luar dan diseludup masuk untuk kami. Cili api,tomato,gargil,tuna.. Semuanya masuk list. Tapi harganya melambung-lambung dah macam shopping kat London. Hish! Tapi dah teringin punya pasal maka gagah jelah. Kalau nak hantar barang ke kawan yang duduk di sel lain pun,dia nilah yang tolong. Besar jasanya.. Walaupun ada upahnya!!

Bila minum air panas,teringat pulalah betapa susahnya nak dapat air panas dalam tahanan. Kadang minta depa bagi,kadang tu gigit jari. Last-last kami dapat idea untuk rendamkan botol air tu kedalam nasi panas yang diletak dalam periuk besar setiap kali waktu makan. Memang menjadi. Rupanya bila susah tu memang akan jadi kreatif. Botol pun jadi hanger,selimut pun jadi baju,kotak pun jadi tilam empuk.. Mana boleh lupa..

Haritu aku ke Masjid India terserempak dengan sekumpulan orang kulit hitam. Tak pasti dari mana. Apalagi,teringatlah kembali pada kawan-kawan satu sel yang berbilang bangsa itu. Berbilang cara,berbilang bau. Aduii.. Dalam tahananlah aku mengenali orang-orang dari Ethiopia,Nigeria,Sri Lanka,Burma. Melihat watak bangsa-bangsa itu sangat memberi keinsafan. Hidup mereka tidak seperti kita. Bergaduh bertumbuk dah jadi budaya. Beberapa kali juga kami berdepan dengan suasana gawat bila depa bergaduh ala-ala the rock-stone cold! Kelam kabutlah kami angkat baby-baby supaya jangan sampai terkena peluru sesat. Askar polis boleh relaks je. Dah tak larat nak hadapi puak ni agaknya! Sebab tulah orang Malaysia diisytiharkan sebagai tahanan terbaik sebab tak pernah bergaduh berperang. Pegawai-pegawai siap puji dan jadikan orang Malaysia contoh lagi kepada tahanan yang lain.

Aku pun keliru mana satu yang lebih aku rindu.. Hidup di Mekah atau sewaktu menjadi tahanan. Aku harap keduanya menambah ingatan hatiku pada Tuhan. Malaysia negara tercinta. Tapi jujurnya aku lebih betah tinggal diluar negara. Entah kenapa.. Hujan emas dinegeri orang.. Hujan batu dinegeri sendiri.. Hujan emas lah yang lagi baik kan? Hehe.. 


Comments

Unknown said…
Indahnya semua pengalaman tu...jeles kami dibuatnya.Ingat dulu dkt Jordan ( first time I Khaulah jejakkan kaki di JD ), I Khaulah sll masak sedap2..Rindulah masakan I Khaulah la plk..Memang betul, kl bkn krn kebenaran yg 1 yg dibw oleh A jg BW x dpt kita rasakan bgmn indahnya berjuang terutama dinegara org.Betullah pepatah hujan emas negeri org lg baik drpd hujan batu negara sendiri ( melawan adat "̮hϱhϱhϱ"̮ )
Unknown said…
Alhamdulillah.. Ary ni xsia2 bkak blog k.olah.. Stlah skian lme bkak asek xupdate je.. Mgkn bz kot.. K.olah rjin2 la update tau.. ;)..

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...