Usratul 'ajibah..?

Sunday, July 19, 2009


Lahir didalam sebuah keluarga yang menjadi tapak kepada perjuangan memberikan saya kelebihan yang sudah cukup untuk membuatkan saya sepatutnya menjadi orang yang lebih bersyukur dari orang lain. Keluarga ini pada saya, kalau pun dianggap keterlaluan bagi sesetengah orang untuk dikatakan ajaib,tapi yang pasti ianya memang unik. Kenapa unik? Ok..cuba sebutkan pada saya sebuah keluarga dimalaysia ini yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dibawah..
- Suami dan 4 orang isteri
-34 orang anak dan 4 orang anak tiri
-Anak-anak lelakinya juga mempunyai lebih dari satu isteri
-Tinggal bersama dibawah satu bumbung dan bersatu didalam sebuah syarikat yang tiada seorang pun terkecuali
-Lebih dari 200 orang cucu (akan bertambah lg..)
-Hidup aman damai tanpa peperangan (kecuali gaduh-gaduh sayang)
Yang diatas tu gambar untuk seorang ibu saja. Yang lain-lain akan diupdate dari masa ke semasa insyaallah..
Jika anda ada maklumat tentang sebuah keluarga lan yang mempunyai ciri-ciri seperti diatas,let me know ya.. 

Dewasa/matang..bagaimana ia dinilai


Terasa bagai semalam aku dilahirkan kedunia. Dari bayi yang merah dan comel (baby semuanya comel kan..),merangkak,belajar bertatih,seterusnya menginjak kealam persekolahan,tadika,sekolah rendah,menengah, hinggalah melangkah ke alam perkahwinan..
'23 tahun'..satu angka yang tidaklah besar jika dilihat sebagai satu umur untuk dibandingkan dengan 30 atau 40 tahun . Tapi ia sebenarnya adalah satu waktu yang cukup panjang jika diukur untuk sebuah perjalanan menuju ke satu destinasi. Ya..bayangkan aja kalau ada seorang yang telah berjalan kaki selama 23 tahun,mungkin dari Malaysia ke Amerika. Tidakkah ianya satu tempoh yang cukup lama? Kalau di Malaysia ni,mungkin saja dia telah dianugerahkan dengan gelaran Datuk dan sebagainya kerana kehebatannya yang telah berjalan kaki untuk satu tempoh dan perjalanan yang dikira terlalu panjang. Tapi ini bukanlah titik utama cerita,sebaliknya hanya satu tamsilan bagi menggambarkan perjalanan hidup kita (atau lebih tepatnya saya)didunia ini. Yang membawa maksud,sudah dewasa..
Namun,apalah erti sebuah kedewasaan jika ia tidak memberikan apa-apa. Kerana dewasa itu tidak boleh hanya diukur dengan umur,tapi lebih baiklah jika dinilai mengikut matangnya sesebuah jiwa atau roh itu. Ini mungkin satu penilaian yang agak asing dan baru pada kita,tapi bagi mereka yang faham benar akan ilmunya,hakikatnya itulah sebenar-benar penilaian. Saya pun sebenarnya sama sekali tidak mengerti akan hal ini melainkan setelah diajar oleh Ayahanda saya yang dikasihi. Untuk memudahkan diri saya sendiri bagi memahaminya,cuba kita lihat satu contoh yang mudah saja. Seorang yang berumur 40 tahun tidak semestinya akan lebih matang daripada seorang yang berumur 20 tahun. Walaupun tidak dinafikan orang yang lebih tua pasti lebih banyak pengalamannya. Namun pengalaman tidak sepenuhnya membentuk kematangan jiwa seseorang. Sebaliknya ilmu dan pemahamanlah yang akan mencorak kematangan didalam diri insan. 
Kata ummu (ibu saya) kepada saya didalam satu tulisannya.. " kamu masih muda,pengalaman belum banyak tetapi ia sudah bermula.."
Hmm..semua ni lahir dari apa yang saya faham dari ilmu ayah saya je. Bisa jadi saya tersalah faham..atau..mungkin mendekati faham..mudah2an diberi ketepatan didalam memahami..
Saya terfikir dan selalu juga terkenang,apakah saya termasuk didalam golongan yang matang roh nya. Atau saya tidak lebih hanyalah seorang yang hanya dewasa pada umurnya..Oh Tuhan..tingkatkanlah diri ini kearah yg lebih baik. Amiin..

FuRsaH SaieDah :-)




AssaLaMuaLaikuM..
Salam perkenalan dihulurkan buat semua yang sudi menjengah ke laman yang sederhana ini. Ini hanyalah sekadar mencari sedikit ruang untuk meluahkan rasa hati dan mungkin juga berkongsi ilmu dan pengalaman bersama. Panduan dan nasihat sangatlah dialu-alukan bagi terus mempertingkatkan diri didalam perjalanan didunia ini untuk menuju ke akhirat yang kekal abadi..
.. Dunia adalah jambatan ke akhirat..

aL-BiDaYah..


Wahai Tuhan yang menguasai langit dan bumi..
Yang memiliki kerajaan dunia dan akhirat..
Dia yang berkuasa keatas setiap jiwa dan segalanya..
Tuhan yang memutuskan semuanya yang disini dan disana..

Pada permulaan ini,ku pohon perlindunganMu didalam menjaga hatiku yang sepenuhnya bukanlah milikku..
Saban waktu ku kesali lintasannya yang penuh dengan nafsu dan semua itu adalah diluar kuasaku..
Kerana itu Tuhan..Jagalah hatiku agar seluruh hidupku berjalan selari dengan kehendakmu..