Skip to main content

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi..

Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia.

Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya.

Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yang nak jadi bomba,nak jadi pilot,nak jadi orang kaya dan macam-macam lagi la. Waktu tu la Abuya ada cakap,jangan jadi polis. Sebabnya tak boleh bagitau. Sensitif wooo.. Faham-faham sendirilah kan. Bila dah besar baru aku faham memang betullah kata Abuya jangan jadi polis. So waktu tu Abuya pun cakaplah,gaji yang paling besar pilot,yang lain tak seberapa sangat. Jadi aku pun macam berguraulah,kalau gitu baik jadi pembunuh! Diwaktu tu aku tak ingat antara Adib atau Ajwad yang kantoikan bising ckp kat Abuya,Abuya.. Abang Jun nak jadi pembunuh! Teruslah Abuya suruh jauh-jauh dengan aku,jangan dekat-dekat. Abuya kata bahaya! Terus semua pulaukan aku. Dahla time tu baru je nak makan,sempat la gak 2-3 suap,dah kena halau,tak dapat nak makan la. Tacing giler time tu! Macam nak terkoyak jantung. Tacing tu sebab lapar sangat rasanya. Tapi tula didikan Abuya kan. Lawak pun ada. Abuya sangat sensitif dalam membentuk roh anak-anaknya walaupun perkara tu bergurau. Semenjak kejadian tu aku rasa benci dengan Abuya sebab setiap hari asyikk kena pukul! Letih! Takde orang lain ke? Kan Kak Olah ada,Kak Tim ada,Abg Faah ada dan semua yang lain ada. Tapi asyik aku je yang kena. Tension! Begitulah aku waktu tu. Kecik sangat lagi bukan faham apa. Rasa Abuya tak sayang,padahal marah tulah tanda sayang. Orang kata,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dah besar baru nak rotan,dah takde guna!

Ada 1 lagi cerita yang aku nak kongsikan kat sini. Perkara ni membuatkan aku terkedu dan menangis. Tapi taklah nangis depan orang. Nak cover macho gak la. Ada sekali tu Abuya dan mak-mak dan adik beradik yang lain sedang sembahyang. Aku ni memang jiwa jenis lembut dan sensitif sikit. Kononnye nak buat benda baik la. Aku amik plastik,letak Adik (Barirah) dalam plastik tu. Seingat aku plastik tu warna oren. Aku letakkan plastik tu kat tombol pintu dan buaikan Adik. Konon-konon nak jaga adikla. Taknak bagi dia kacau orang sembahyang. Tengah sedap-sedap hayun plastik tu,tiba-tiba datang Ajwad dan bising bagitau Abuya yang aku buat macamtu. Seingat aku masa tu adik umur dalam 8-10 bulan rasanya dan aku sekitar 10tahun. Lepastu Abuya datang dan bantai aku dengan tali pinggang sampai lunyai. Habis menangis teruk aku. Menangis tu sebab terkejut sangat kenapa Abuya pukul? Kenapa tak cakap apapun kesalahan aku? Apa salah aku? Aku kena pukul tu sampailah aku tertidur. Aku menangis sepanjang malam. Dalam hati berkata,Abuya tak sayang kat aku ke? Aku bukanla nangis sebab sakit walaupun memang sakit. Tapi memang sangat-sangat terkejut dan terkedu kenapa Abuya pukul aku?

Sampailah kisah ni aku macam lupa-lupa ingat dan aku pun dah makin besar,seingat aku umur dah menginjak ke 17 tahun baru aku tau kisah sebenar. Rupanya Abuya sangatla sensitif dalam hal-hal bahaya ni. Jiwa manusia bukan boleh diganti. Kalau dah jatuh Adik waktu tu,sapa nak tanggungkan? Rupanya malam tu waktu aku tidur dalam tangisan,aku dah tak sedar sebab letih dan sedih sangat,Abuya datang perlahan-lahan bawak minyak gamat dan sapu kat semua badan aku. Kebetulan waktu tu Humam terbangun tapi cover buat-buat tidur. Dia nampaklah semua tu dan cerita kat aku. Abuya usap kepala dan sapu minyak kat seluruh badan aku. Aku menangis.. Rupanya Abuya sangat sayangkan aku. Tapi aku je yang tak tau dan rasa Abuya macam benci kat aku. Padahal sebenarnya Abuya bukan suka pun nak buat macamtu. Tapi dah aku nakal sangat dan semua tu adalah untuk didikan. Abuya ni pula diberi nampak masa depan. Sebab tulah Abuya marah sangat! Semenjak kejadian tu aku mula nampak kasih sayang Abuya pada aku tu bagaimana. Terima kasih sangat kat Humam sebab dah buat aku nampak sesuatu. Lupa nak cerita,lepas dengar Mam cerita pasal Abuya datang urut dan sapu Jun malam tu,Jun menangis buat kali pertama dari hati. Tapi nangis sorang-sorangla bagi orang tak nampak. Hehehe.. Sebab semua orang cakap Jun tak pernah menangis. So,malula kat kawan-kawan Jun. Huhu..


Comments

IbnHaneef said…
Adeh.. nak nangis
Anonymous said…
Pembunuh ke Pembunuh Upahan Jun? Terima kasih kongsi cerita.
Anonymous said…
Sedihnya cerita!!! Dh nangis dh ni. Tp cover sbb tgh org rmai keliling
Anonymous said…
Terharunye dgn cte ni
Anonymous said…
Rindu abuya!
Unknown said…
Cerite yang mahal....terima kasih sudi kongsi....
Anonymous said…
itu gambar Abuya dengan jun waktu kecil ke?


Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Madrasah al anshar said…
Huhu terharu jga. .ingat masa bg jun skolah kat pkanbaru. .
Anonymous said…
Terharunya,,,,
Anonymous said…
Terharu gak la .."̮ huhu
fateh said…
Terharu ana jun..rindu..
Anonymous said…
Yg nama Ajwad tu mcm suka mengadukat Abuya kan ...
Anonymous said…
Trhru
Unknown said…
tak sangka macam tu sekali abuya didik.... jauhnya diriku tersasar...
Unknown said…
Luar biasa didikan Abuya Putra Bani Tamim. Tolong
arwah mati dibunuh said…
Jun hyper bertaqwa
Unknown said…
haaa meleleh air mata.. sedihnye... :'(

Popular posts from this blog

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...