Kami dan Abuya

Saturday, May 4, 2013
Aku nak sambung lagi cerita tentang kami dan Abuya. Ramai yang mengenali Abuya,tetapi sudut-sudut yang aku ceritakan dari sisi seorang anak kandung mungkin tak ramai yang tahu. Itu nisbah aku yang bukan 24jam dengan Abuya,tapi itupun dapat melalui berbagai bentuk didikan yang mungkin tak semua orang dapatkan. Apalagilah Ummu yang memang sepenuh masa dengan Abuya dari awal kawin,era Arqam,kena ISA pun sama-sama,disaat orang lain tak boleh jumpa Abuya,Ummu lah orang yang tak pernah berpisah dari Abuya dalam tempoh yang lama. Haa.. Bayangkanlah apa yang Ummu lalui. Sudut tu pun orang lain tak boleh celen dah. Pandai tak aku eja celen macamtu?

Abuya mungkin tak masuk senarai orang-orang kaya Malaysia,tapi Abuya sebenarnya 'kaya' dengan caranya tersendiri. Selain daripada duitnya yang akan sentiasa ada bila perlu,Abuya juga memiliki aset tenaga manusia yang ribuan ramainya. Aku dah pernah cerita sebelum ni rasanya. Namun walau begitu,ketahuilah bahawa Abuya sebenarnya susah sangat nak bagi duit kat anak-anak dengan tujuan bermewah-mewah. Aku ni memang dari kecik takut gile nak mintak duit kat Abuya. Pernahlah kasut sekolah aku koyak,aku mintalah duit nak beli kasut baru. Abuya tengok je Abuya kata,ohh.. Boleh pakai lagi ni. Huuu.. Tapi kalau Kak Atiah mintakla berapa banyak pun konfem dapat terus! Kenapa? Tak adilke Abuya? Itu adalah kerana Abuya tau Kak Atiah ni jenis kalau ada duit dia akan menyara semua orang yang dikenalinya. Semua adik beradik tak kira mak mana pun dia akan perhatikan kebajikannya. Pemurah sangat! Sebab tu Abuya pun pemurah dengan dia. Maka anak lain tak bolelah jeles-jeles. Aku terus sedar diri bahawa mungkin aku ni kategori kedekut dan fikir diri sendiri.

Itu Abuya. Ummu pun lebih kurang macamtulah. Ummu paling pantangla dengar kami nak membeli-beli shopping sana sini walau dipasar malam sekalipun. Siaplah dengar kuliah bertajuk 'jangan cinta dunia' selama berhari-hari lamanya. Sampai fobia dah nak beli-beli. Kalau nak beli pun akan sorok-sorok. Itu era nakalla.. Kami kalau ada baju baru,orang kasi atau beli,akan sorok dari Ummu. Sebab kalau Ummu nampak siaplah kena soal siasat macam kat balai polis. Mana tahan.. Ummu akan bawaklah kisah Rasul,Nabi,sahabat,wali-wali yang semua sangat zuhud. Insaflah kami seketika. Ummu biasa je kalau pakai baju raya yang sama 3 tahun berturut-turut. Kami yang naik segan. Mak orang lain punyalah bergaya comel lote bling-bling,tapi mak kami ulanglah baju 2 tahun lepas. Bukan takde orang bagi baju raya,tapi semuanya Ummu akan sedekahkan pada orang. Kami selalulah geram. Eeiii... Dulu waktu kat Jordan rajinlah kirim jubah untuk Ummu. Tengok-tengok tak berapa lama jubah tu dah orang lain pakai. Ummu bagi katanya. Waaa.. Nyesal beli! Tapi Ummu selamba je. Sikit pun tak rasa rugi. Barang kemas memang takdelah. Kalau adepunlah yang orang bagi,Ummu akan pakai waktu nak jumpa orang-orang penting. Bukan tujuan menunjuk-nunjuk tapi nak katakan bahawa islam pun boleh jadi kaya dan bergaya. Lepastu Ummu akan buka dan simpan dalam almari semula.

Ummu kata Ummu belajar dari Abuya. Sebutir nasi yang jatuh ke lantai pun Abuya akan kutip. Abuya sangat sensitif soal rezeki Tuhan. Takut-takut jatuh kufur nikmat. Dulu-dulu tiap kali nak bukak sekolah,kami mana ada beli baju baru. Ummu akan ambil baju dan tudung kami,dengan tangan Ummu lah akan oter baju tudung tu. Yang koyak dijahit,yang kotor diclorox dan sebagainya. Abuya Ummu memang lebih rela tengok kami susah sebab mereka tahu dengan susah tu orang akan dapatkan Tuhannya. Itu cerita waktu aku sekolah rendahlah. Tapi zaman adik-adik aku kemudian tu depa dah agak mewah. Sebab waktu tu keperluan berbeza. Depa sekolah international school. Kena bawak duit belanja pasal sekolah tu semua anak orang kaya. Kang adik-adik aku ni bukan kira! Iyah tu dah dapat duit belanja pun sanggup je berhutang dengan makcik kantin. Bertuah punya budak! Waktu tu kawan-kawan depa gi sekolah bawak handphone. Depa jelah yang masih bergayut kat public phone.

Korang tau tak apa sejarah kedai bundle di rawang tu? Haa... Satu hari tu Abuya Ummu kumpulkan kami semua,Abuya cakap simpan baju-baju 5helai je. Selebihnya semua bawak depan Abuya ni. Kami pun bergegas-gegaslah. Abuya pun sekali ambil baju Abuya. Bila dah terkumpul tukan,Abuya pun kata kita nak bukak kedai barang second hand. Waktu tu Ramadhan. Kami pun bukaklah satu gerai depan pasaraya (tempat lama) jual barang-barang terpakai. Terkejut beruk kami.. Sehari boleh dapat jualan seribu keatas. Orang pun makin ramai hantar barang yang dah tak pakai ke gerai kami tu. Betulla Abuya memang memulakan semuanya dari keluarga. Sampai sekarang kekal kedai bundle tukan? Berkat..

Kenapa aku suka cerita tentang didikan kesusahan yang Abuya buat? Sebab aku nak betulkan tanggapan orang yang selama ni menyangka Abuya Ummu mewahkan anak-anak. Silap besarlah. Kalau nampak kami ada itu ini pun boleh dikatakan kebanyakannya orang lain yang bagi. Macam aku sebelum kawin memang tak berani nak mintak duit kat Abuya,tabiat tu terbawa-bawa sampai dah kawin pun tak pernah minta duit suami. Bukanla pasal aku ni dah isteri solehah ke,jauhla sangat lagi,tapi pasal dah terbiasa takut minta duit dari mak ayah. Aku takde pilihan lain melainkan setiap kali nak duit aku akan doa beria-ia minta kat Tuhan. Memanglah Tuhan tu tak pernah kecewakan. Kalau korang tak percaya,trylah.. Tapi kena yakin betul,tak boleh ragu-ragu tau!

Pernah aku dapat hadiah kereta dari suami,gembira jakun tak ingat dunialah aku bawak kereta tu keliling Malaysia. Ala.. Kereta Persona je pun. Kereta tempatan. Tapi cara jakun tu macam bawak BMW. Kampung! Siap letak nama sendiri kat belakang kereta tu! Bila Abuya Ummu lihat kejadian itu,maka kereta Persona aku itu telah diambil secara paksa rela oleh Ummu dan dengan senang hati Ummu bagi kereta tu kat adik-adik aku untuk pakai dikampung. Manakala aku pula telah dilantik menjadi driver teksi (Lexus) tak berbayar kepada mak aku. Menangis tak berlagulah aku. Lebih-lebih lagi bila tengok kereta tu dah mula bercalar-calar sebab jalan kampung banyak semak. Aduhai tercalar juga hatiku. Walaupun harga Persona tu mungkin lebih kurang harga tayar Lexus je,tapi dah nama kereta sendirikan,kompemla sayang macam apa! Dan walaupun aku lepastu drive Lexus konon bergaya,tapi atas nama driver apalah yang nak dibangga. Ha! Macamtu sekalilah Abuya Ummu sangat teliti hal-hal cinta dunia dan adik beradiknya.

Panjang lagi nak cerita. Nanti sambung eh? Boleh? Tak boleh? Takyah baca! Senang citer.. (Awat aih tetiba tegang!)

11 comments:

anjangmuor said...

Sambungggg...jangan tak sambung. Terbaiiiiik.

Anonymous said...

Itu la didikan dari seorang ayah yg bergelar pemimpin... Agak2 ape ye yg jd pada pesona tu sekarang? Rasa2nya dah mcm kereta apa ye?

my biodata said...

Abuya tolong

Anonymous said...

Sambuunggggg!

Nasyeela Dzulkifli said...

Thanks very much for sharing this post. Read from the first part, n I find it extremely moving that a father's/ leader's method of educating his children. To be islamic in every way possible, in the mind, the heart and thru action. I will apply watever I can for my family. Thank you Abuya...

bunga said...

Sambug jgn x sambung kami ternanti2 crta drp kamu

Anonymous said...

teruskan cerita....begitu ramai org menunggu2 sambungannya....org nk tau, org nk ilmu dari Abuya yg praktikal melalui anak2nya yg SEDAR apakah peranan mrk kepada masyarakat yg inginkan islam sebenar, islam praktikal.

Izzah Al Faroqiah said...

Benarkah Ummu Jah di hukum bunuh di Arab Saudi asbab menyebarkan ajaran sesat? Terangkan boleh???

uaz balqis said...

Sambung..nk tau jugak..

Anonymous said...

Maaf saudari izzah mungkin ketinggalan dr sudut perkembangan jemaah yg kaju ni. Utk jawapan saudari bleh lawati blog anjagmuor.wordpress.com

Anonymous said...

cantik wajah mereka