Skip to main content

Dok tak dok nak emo!

Pernah tak sesiapa mengalami perasaan tiba-tiba sayu,sedih yang tak tau kenapa. Atau pun panas hati rasa nak marah semua orang padahal semua orang elok je dok diam-diam tak kacau engkau.Takde angin ribut tapi perasaan tu macam gundah je. Aku agak hampir semua orang pernah alami sindrom emo tak pasal-pasal ni. Jangan tak ngaku! Bukan orang perempuan yang datang bulan je. Sebab orang laki pun pernah kot jadi macamni.

Bila aku tnya tu dah tentulah aku pernah mengalaminya. Dok tak dok tiba-tiba sedih. Tengah nak sembahyang angin satu badan. Sudahnya solat tak khusyuk kompem. Dari mana datang pun tak tau. 

Ok tuan-puan semua..bila jadi benda tu,apa yang patut kita buat?

Pertamanya kalau waktu tu kita tengah berdiri,eloklah kita duduk. Tenangkan fikiran,tarik nafas dalam-dalam. Istighfar.. Selalunya bila ada gangguan hati macamtu tak lain tak bukan ialah kerja setan. Setan memang pandai bab-bab macamni. Diusik sikit je hati kita,habis rosak semuanya. Itu juga dikeranakan dosa-dosa kita yang membuatkan hati gelisah tak tenang. Dikesempatan itu bolehlah kita kenangkan dosa-dosa kita yang memanglah terlalu banyak. Kalau ternangis pun,biarlah menangisi semua kesalahan dan kesilapan kita. Taklah membazir ayaq mata tu. Moga-moga air mata yang mengalir akan memadam api neraka.

Bukan apa,kalau kita layan perasaan tu memang parahlah. Dia akan bawak kita meleret-leret. Kadang tu sampai boleh menimbulkan perpecahan pulak. Kalau tiba-tiba marah kat orang,panasla orang yang dimarah tu. Atau kalau sedih tak keruan,mulalah otak tu berjalan jauh mencari alasan. " Aku ni sedih mengejut ni mesti pasal suami aku curang ni!! " Tak pun nak lagi mengade, " Tak sedap je hati aku ni,mesti kawan aku nak pedajai aku ni "
Bajet rasa hati tepatlah tu. Udah-udah le tu makcik pakcik nafsu ooi. Amende bawak sampai mengarut-ngarut ni. Walaupun tak nafikan memang benda macamtu berlaku jugak,tapi biarlah berpada-pada dalam menilainya. Jangan diikutkan hati yang sedang galau,benda yang takde diada-adakan pula. Nanti kalau dah terlajak baru nak menyesal. 

Kadang Tuhan saja uji kita dengan hal-hal kecik macam ni. Nak tengok power sangat ke kita? Sembahyang dah awal waktu,puasa lagi,pergi umrah,berzakat,tak buat maksiat,tapi kena batu kenit je dah tersadung. Cepat-cepat kita tersedar. Ohh.. Rupanya aku ni masih jauh dari apa yang Tuhan nak. Masih lagi sangkut hal-hal sepele macam ni..

Jadi ingatan kepada diri,selalu berhati-hati dengan perjalanan hati..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...