Skip to main content

Cerita Kaabah

Buat pertama kali ibuku direzkikan untuk menunaikan ibadah umrah ke Makkah pada tahun ini. Pulangnya dari umrah tidak membawa air zam-zam,kurma mahupun ole-ole yang biasa dibawa orang pulang dari Mekah,tapi ibuku pulang membawa bersama cerita dan semangat umrah yang aku kira jauh lebih berharga dari buah tangan biasa..

Saban tahun ummat islam dari serata dunia mendatangi Mekah untuk menunaikan ibadah kemuncak iaitu haji. Tak kurang juga yang pergi untuk mengerjakan umrah. Hingga ada yang mati disana. Ada yang mati kerana sakit,ada juga yang mati kerana dipijak ketika berasak-asak untuk mencium hajarul aswad. Begitu sekali manusia sanggup berkorban demi memenuhi panggilan Tuhan ke rumah suciNya Kaabah.

Namun mengapa umrah atau haji hingga saat ini belum benar-benar menjadi kekuatan untuk ummat islam? Kenapa masih ramai yang sering berulang alik kesana,tapi belum mampu berubah menjadi peribadi yang agung? Bukankah tujuan kesana itu untuk akhirnya bisa membawa pulang semangat dan kekuatan untuk membangunkan islam? Persoalan-persoalan ini acapkali bermain difikiranku. Membuatkan hatiku takut sekali untuk kesana walau ada juga keinginan yang mendalam untuk sampai ke tanah haram.

Tanah haram.. Biasa kita mendengar bahawa tanah haram itu disebut haram kerana ianya diharamkan dari dipijak oleh orang kafir. Sesuatu yang baru ku dengar dari ibuku ialah tanah haram itu sebenarnya bukan sahaja diharamkan untuk mereka yang bukan islam,tapi juga diharamkan untuk kekafiran. Kekafiran yang dimaksudkan ialah nafsu jahat yang masih menyelubungi hati manusia. Jika kita faham bahawa Tuhan maksudkan haram itu juga kepada nafsu yang belum terdidik,nafsu yang masih beraja menguasai diri,nescaya kita akan malu. Malu sekali dengan Tuhan. Berani-beraninya kita berkunjung ke rumahnya dengan membawa hati yang masih hitam dibakar nafsu. Aku terpana mendengar cerita ibuku tentang tafsiran ini. Tuhan..mungkin kerana itu aku belum juga direzkikan untuk bertamu dirumahmu. Kerana nafsuku masih sering menang..

Seterusnya aku bagaikan dibawa ke tengah padang pasir yang tandus,kering kontang,melihat sesusuk tubuh wanita bersama bayinya apabila mendengar lanjutan kisah dari ibuku. Kisah ajaib perihal Ibu Siti Hajar. Siti Hajar Ibu ummat islam yang sungguh besar jasanya kepada kita. Allah memerintahkannya untuk melakukan satu tanggungjawab yang sungguh perit iaitu untuk memastikan air keluar dari bumi Allah disebuah padang pasir gersang yang sama sekali tiada airnya. Wanita itu berperanan mengeluarkan air dari Allah untuk melengkapkan sebuah perkampungan Allah yang Allah hendak bangunkan ditempat itu. Bandar itu kini dinamakan Makkatul Mukarramah,tempat Allah dan para rasul mempamerkan syiar agama mereka.
Ibu Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail telah terpilih untuk melaksanakan skrip Tuhan yang telah diarahkan kepada Nabi Ibrahim AS. Ibu Siti Hajar pun dibawa ke lokasi yang ditetapkan bersama anak kecilnya Nabi Ismail. Kerana belum faham lagi apa maksud Tuhan kepadanya,Ibu Siti Hajar pun bertanya kepada suaminya Nabi Ibrahim AS,
“ Apakah benar ini perintah Allah kepadaku untuk tinggal hanya bersama anak kecil ditengah padang pasir yang tandus tanpa sesiapa? ”
Nabi Ibrahim AS pun membenarkannya, “ Ya..ini perintah Allah kepadaku ”
Ibu Siti Hajar akhirnya bersetuju dan berkata, “ moga-moga Allah tidak akan mensia-siakan aku ”
Maka bermulalah penggambaran filem agung yang tiada tandingannya disepanjang sejarah dunia. Allah SWT mahu Siti Hajar tinggal denganNya bersama anak kecil selama satu tahun ditinggalkan suami. Tidurlah si ibu dengan anaknya penuh ketakutan,bertemankan Allah. Wanita manalah yang sanggup hidup begitu? Penderitaan Siti Hajar Allah tidak sia-siakan sama sekali. Lihatlah! Tempat tidurnya Allah pilih untuk dibangunkan rumah Allah. Berjuta-juta manusia telah ikut datang dengan rela dan bahagia untuk mendapatkan Allah ditempat Ibu Siti Hajar membuktikan cintanya kepada Allah itu.
Ibuku menyambung ceritanya ke babak yang paling ajaib yang ditakdirkan berlaku kepada Ibu Siti Hajar. Anak kecil ditinggalkan sendirian kerana si ibu keluar mencari air. Susu badannya sudah kering sama sekali. Ismail menangis kehausan. Jarak antara ibu dan anak ialah jarak antara Kaabah ke tempat Saie. Agak jauh jugalah bagi seorang bayi yang amat perlukan perlindungan. Ibu mana mahu satu-satunya anaknya dibiarkan begitu?
Allah biarkan Siti Hajar yang keperitan berlari ulang alik 7 kali diantara Safa dan Marwa meredah padang pasir yang terik panas dan angin kencang. Membawa hati yang telalu mengharapkan Allah berikanlah air untuk anaknya yang sedang berada dalam kemungkinan mati kehausan. Siti Hajar sendiri sudah terhoyang hayang dalam penderitaan dan kehabisan tenaga. Allah sendiri sudah tidak sanggup menyaksikan keperitan Siti Hajar untuk mempersembahkan cinta kepada Allah. Dia tidak percaya bahawa Allah yang maha baik sanggup mensia-siakan permintaannya untuk anaknya. Dia tidak mahu kecewa,tidak mahu putus asa dengan Allah. Dia akan buktikan kepada Allah bahawa dia terlalu yakin Allah itu ada,sedang mengujinya,sedang melihat aksinya dan sedang meminta keredhaan dan kesabaran diatas ujiannya.
Sesekali didalam pencariannya,Ibu Siti Hajar melambai-lambai kepada anaknya dengan doa yang makin mendalam agar Allah selesaikan masalah mereka. Dia jatuh tersungkur dan bangun lagi untuk menyatakan kepada Allah bahawa dia redha dengan keputusan Tuhan mengazab deritakan dia dan anaknya. Oleh kerana air tidak juga keluar,dia akhirnya kembali kepada anaknya. Dan amat terkejutnya bila dilihat ada air keluar dari tanah tempat kaki kecil si anak menghentak-hentak.
Ibu Siti Hajar,kau tersungkur sujud kepada Allah dan terpegun kepadanya. Kau terlalu hairankan Allah dan keajaibannya. Sekalipun jasadmu mengepung air yang keluar,tapi hatimu terpaku kepada Allah yang maha berkuasa. Betapa kau tiada kata-kata untuk menyatakan perasaanmu terhadap Tuhan diwaktu itu. Maha bijaknya Allah membuatkan orang kesayanganNya tidak jatuh cinta kepada dunia kerana selalu terpesona kepada cinta Tuhannya.
Allah mahu manusia meniru Siti Hajar membukti cinta,merealitikan kuasa Allah yang mampu melakukan keajaiban dengan mengeluarkan air zam-zam dipadang pasir. Keajaiban itu dibayar dengan dua nyawa oleh Siti Hajar dan Nabi Ismail.

Demikianlah seorang wanita yang disebut Tuhan namanya didalam kitab suci Al-Quran. Wanita yang menjadi pencetus sejarah kerana cintanya pada Tuhan dan taatnya pada suami,dia sanggup ditinggalkan sendirian bersama anaknya yang masih bayi. Suaminya datang setahun hanya sekali. Wanita yang pengorbanannya dinilai agung oleh Tuhan hinggakan rukun sai’e diambil dari perjalanannya mencari air dari Safa ke Marwa. Siti Hajar berlari-lari bukan hanya untuk mencari air buat anaknya,tapi dia sebenarnya ingin memberitahu bahawa dia redha dengan apa yang Tuhan takdirkan untuknya. Dia tidak marahkan Tuhan kerna melakukan semua itu untuknya. Sebaliknya dia sedang bersungguh-sungguh membuktikan pada Tuhan kalau dia benar-benar cintakan Tuhan.

Airmata mengalir tanpa mampu ditahan-tahan mendengarkan kisah ini. Aku sudah mendengarnya beribu kali namun versi kali ini yang disampaikan oleh ibuku terasa sangat dekat dihatiku. Aku bagaikan disindir oleh Tuhan. Apakah aku masih tetap merasa tersiksa dengan ujian kecil yang Tuhan berikan selepas mendengarkan apa yang Tuhan lakukan pada Siti Hajar? Siti Hajar tidak sekalipun dia mengeluh dengan penderitaan itu sebaliknya cintanya pada Tuhan bertambah mendalam.

Antara cerita yang kelihatannya lucu tapi sebenarnya sangat menyedihkan ialah bilamana ibuku menceritakan pengalamannya melihat manusia berebut-rebut,bertolak-tolak tanpa memikirkan orang lain demi untuk dapat mencium hajarul aswad. Hal yang sama juga berlaku ketika dimakam Rasulullah. Manusia bagaikan hilang pertimbangan. Mereka seolah-olah lupa kalau mereka sedang berada dirumah Allah. Sedangkan untuk datang ke rumah raja,atau presiden,atau perdana menteri pun ada sistem kawalan dan protokol yang harus dilalui. Malah sesiapa yang dilihat melanggar adab,bisa saja diusir keluar. Tapi sayang..dirumah Allah,rumah yang paling suci didunia ini,manusia hari ini memperlakukannya bagaikan sedang berada di pasar. Orang beribadah sambil risaukan kalau-kalau kasutnya akan hilang diambil orang. Tiada ketenangan sama sekali. Patutlah kawan-kawan arabku sering memuji-muji rakyat Malaysia dan Indonesia kerana dilihat cukup baik(tidak berebut mahupun bertolak-tolak) ketika di Mekah. Rupa-rupanya masalah berebut-rebut dan bertolak-tolakan ini telah menjadi masalah umum namun tiada satu sistem pun yang dibuat untuk dapat menyelesaikannya.

Ibu mengajak kami adik beradik berfikir mengapa rumah Allah itu dibiarkan begitu sekali. Jika manusia cukup pandai membuat sistem dirumah seorang raja,mengapa pihak yang bertanggungjawab tidak pula terfikir untuk membuat sistem yang terbaik untuk rumah raja segala raja? Untuk masuk ke istana raja,seseorang itu akan diperiksa tujuannya,barang-barang bawaannya,pakaiannya dsb. Tapi mengapa kita tidak melakukan pemeriksaan yang sama untuk masuk ke istana Allah ini? Sepatutnya,untuk pergi kesana,manusia tidak hanya diperiksa lahirnya,tapi harus juga dipastikan hatinya. Apakah benar tujuan yang dibawa untuk menghadap Tuhan? Apakah dia sudah faham benar adab-adabnya dihadapan Allah? Apakah dia benar-benar datang membawa hati yang telah disucikan agar dapat dilayakkan untuk duduk didalam rumah Allah? Bukankah nilaian Tuhan itu pada hati? Bagaimana kita sampai berfikir untuk bertandang kerumah Tuhan dengan membawa hati yang kotor dan belum ditaubatkan?

Iya..aku juga baru terfikir akan semua ini. Benarlah kata beberapa ulama bahawa sebenarnya Mekah itu sendiri telah dikuasai oleh Yahudi. Yahudi pasti sedang tertawa senang kerana telah berjaya merosakkan fungsi kaabah itu. Kaabah yang sepatutnya menjadi sumber power bagi setiap orang yang datang padanya,tapi kini tidak lagi memberi kesan kerana manusia sendiri sudah tidak melihatnya begitu. Manusia hari ini banyaknya yang datang kerana kononnya untuk mensucikan diri dari dosa. Setelah bergelumang dengan pelbagai maksiat,kaabah dijadikan tempat untuk melepaskan beban dosa yang telah dibuat. Ada juga yang datang untuk berdoa,berhajat dan sebagainya. Tak kurang juga mereka yang datang kesana untuk menunjuk-nunjuk kebaikannya dengan menghitung-hitung sudah berapa kali dia kesana. Namun,jarang didapati orang yang pergi ke Mekah kerana untuk mendapatkan Allah. Membawa hati yang malu dengan Tuhannya. Hati yang merasa begitu hina hingga tidak akan sanggup untuk mengangkat kepala didepan Tuhan apa lagi untuk berebut-rebut sesama makhluk Tuhan. Mereka yang pergi dan pulangnya nanti membawa hati yang cinta,rindu dan takutkan Allah. Hati yang bebas dari belenggu syaitan,Yahudi,Nasrani dan dunia yang menipu ini. Kembali ke tanah air,hati berubah jadi berbeza dari sebelumnya. Pulang membawa bersama perubahan besar didalam diri dan ummat beserta kekuatan yang luar biasa untuk membangunkan islam. Untunglah mereka yang Tuhan anugerahkan hati begitu. Mereka itu ialah orang-orang yang Tuhan terima ibadahnya dan akan sentiasa dibantu dalam mengusahakan taqwa. Taqwa yang menjadi sumber kekuatan utama ummat islam.

Doaku biarlah segera Kaabah itu dibersihkan dan dikembalikan pada Allah dan Rasul. Lepaskanlah ia dari belenggu Yahudi yang sedang sangat menguasainya. Cukuplah sudah berapa lama mereka mengubah tempat yang begitu suci menjadi tempat yang bagaikan tiada bertuan. Sedangkan Tuhanlah tuan kepada Kaabah. Dia pernah cuba dihancurkan oleh tentera Abrahah. Namun Tuhanlah yang menggagalkan usaha-usaha jahat itu. Dan aku kira,Tuhan sudah cukup lama berlembut dengan Yahudi yang telah memperlakukan rumahnya begitu dahsyat sekali. Nabi Muhammad juga sudah cukup lama menangisi kampung halamannya yang telah sangat dicemari. Allah dan Rasul pasti tidak akan selamanya berdiam diri. Janji tuhan bahawa dunia akan diserahkan kekuasaanya pada tangan orang bertaqwa pasti terjadi.

Aku hingga ke hari ini belum direzkikan Tuhan untuk berserambi dirumah suciNya. Maka cerita-cerita ibuku itu ku kira adalah renungan terbaik buat diriku sebagai persediaan moga-moga suatu hari nanti Tuhan akan sudi untuk memanggilku kesana sebagai hamba yang pandai meletakkan diri tidak sahaja dirumah Allah itu,namun dapat mengekalkan rasa kehambaan itu disepanjang hayatku. Harapanku terlalu besar,moga Tuhan akan perkenankan. Amin YaAllah..

Doa ibu yang kami aminkan bersama..

Wahai Kaabah lahiriah dan Kaabah rohaniah,
Wahai Tuan punya Kaabah lahir dan Kaabah Rohaniah,
HambaMu kini datang ke pangkuanMu,
Minta untuk diambil hatiku,
Hati yang telah aku kosongkan dari dunia dan segalanya,
Kerana ia hanyalah untukMu Tuhan..

Wahai hajarul aswad,
Inginnya hati mengucupmu,
Tapi apakan daya..
Kau tolong kucuplah hatiku dengan cahayamu,
Dan hantarkan aku kepada Allah,
Agar hati dapat bertemu tuannya,
Agar Tuhan tidak mampu lagi ku lupai,
Biar Yahudi tidak ku ikut lagi perangainya,
Agar dunia yang menipu tidak ku cintai lagi,
Agar nafsu syaitan ku islamlah sudahnya,
Wahai Kaabah..aminkanlah doaku ini..

Comments

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b