Skip to main content

Ayahku..Pemimpinku..


Salam..
Dah lama rasanya tak menulis ni..sibuk sgt rasanya-show,teater,bisnes..yg paling sempat nak tulis pun tulis sms je.sikit2 kt facebook.dpt tulis sikit pun dah rasa puas.mcm ada beban didada yg terlepas..

Melancong,jalan2,makan angin,travelling,musafir..
Apapun juga istilah yg disebut org,itulah hobi saya..
Memang antara doa yg selalu dipanjatkan ialah agar dpt selalu bermusafir..
Penat?itulah hiburannya..
Ada juga disebutkan bhw musafir ini antara jalan terbaik utk dekatkan diri dgn tuhan..
Mngikut pengalaman saya,itulah kenyataanya..
Bila berjalan dimuka bumi Tuhan ini,melihat keagungan,kehebatan ciptaan Tuhan,sepatutnya kita akan semakin terkenangkan Tuhan yg telah menciptakan segala keindahan didunia ini sbg bukti kewujudan dirinya..
Masakan kita hanya melihat ciptaanNya tanpa memikirkan sang pencipta?
Kejam rasanya kita jika melupakan pemilik segala khazanah kekayaan langit dan bumi,dunia dan akhirat..
Iya..sebagai manusia biasa,sesekali pasti akan melupakanNya..
Maka,Tuhan memberi jalan keluar iaitu dgn segera bertaubat diatas kesombongan kita..

"..Tuhanku..aku tidak layak utk firdausmu..
Tapi aku tidak pula sanggup menanggung api neraka jahim..
Kalau begitu yaallah..Tolong taubatkan aku dan ampunkanlah dosaku..
Sesungguhnya engkau maha pengampun dosa2 yg besar.."

Berjalan merentasi gunung,lautan membuatkan saya terkenangkan perjuangan Rasul2 dan Nabi2 serta org2 soleh terdahulu. Kecintaan dan kerinduan utk melihat islam terbangun dan gemilang membuatkan mereka sanggup menempuh segala2nya. Kesusahan,kepayahan,penderitaan itu semua mainan dlm perjuangan mereka. Demi Tuhan,mereka sanggup buktikan kecintaan mereka sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa..
Seringkali juga terbayangkan perjalanan perjuangan ayahanda saya demi mengembalikan kegemilangan islam kali yg kedua. Biar terpaksa berhadapan dgn apapun,beliau akan pastikan islam akan bangun. 7 tahun diluar negara,10 tahun ditahan ISA,semua itu tidak menjadi kudis buatnya. Biar semua membencinya ,asalkan Tuhan bersamanya..
" Jika saya tinggal seorang pun,akan saya kayuh perjuangan ini sampai ke hujung " katanya kpd kami semua.
Kini sudah hampir 5 tahun beliau hanya mampu terbaring dikatil. Makan,minum,pakaian semuanya diuruskan oleh isteri2nya. Namun,semangat perjuangannya tidak pernah sedikitpun saya lihat memudar dari hatinya. Bahkan ia semakin membara. Malah,dgn gaya baringnya,beliau tetap mampu menarik byk hati utk mendekatinya utk dibawa kpd Tuhannya. Ramai manusia yg mengakui mendapatkan kekuatan jiwa hanya dgn melihatnya,dgn kelemahan fiziknya. Tapi saya percaya,fizikal hanyalah baju bg mereka yg hidup jiwanya. Kerana itu,setiap ujian yg Tuhan izinkan keatasnya akan dilepasinya. Kerjanya tiap hari dlm sakitnya hanya menunggu wktu solat. Beliau mengajarkan kami utk solat hati yakni,bukan sekadar fizikal yg bergerak,tp yg utama hati ketika solat itu hendaklah benar2 terhubung dgn Tuhannya. Saya menganggapnya sebagai ayah yg memegang tali utk kami anak2nya bagi menghubungkan dunia dengan Tuhan. Jarang org dpt melakukan itu. Hampir semua menganggap,dunia dan Tuhan adalah sesuatu yg wajib diasingkan. Dan begitu jugalah yg akan saya fikirkan jika bukan beliau yg mengajarkan.
Kami semua memanggilnya Abuya yg bermaksud ayah. Dia bukan sahaja ayah buat kami 38 beradik,tp juga ayah buat semua yg menyayanginya..
Dengan bermusafir membuatkan sy semakin kerap memikirkan tentang dirinya. Tentang apa yg diperkatakannya. Bagaimana sy tidak berfikir tentangnya?Sedangkan setiap apa yg dilakukannya,setiap patah perkataannya-dlm kepayahannya,semuanya membuatkan sy merasa semakin dekat dgn Tuhan. Sy tidak berlebihan dgn mengatakan ini. Kerana dia bukan sekadar ayah buat saya,tp dia juga pemimpin. Mmg seorang ayah sepatutnya menjadi pemimpin kepada anak2nya. Tp ayah sy juga umurnya habis dgn juga mnjadi pemimpin buat anak2 org lain.
Antara hal lain,dia jarang memberikan sy duit. Tp dengan memberikan sy Tuhan telah membuatkan sy mampu hidup senang dgn rezeki2 yg Tuhan datangkan dari sumbernya,dgn berkat ayah saya tentunya..
Saya tidak bercakap ttg seorang pemimpin besar,ulama dsb. Sy hanya bercerita ttg dia sbg ayah sy. Tp rasanya sudah cukup utk membuatkan sy malu dgnnya,wlupun hanya utk melintasi katilnya ketika dia sdg tidur. Perasaan diperhatikan,gerak hati dibaca,membuatkan sy mencuba mnjadi org yg berfikir utk sentiasa membersihkan hati. Hanya krn sy malu jika dia tau kejahatan yg bersarang dihati ini.
Abuya..moga panjang umurmu..moga segera dikembalikan kesihatanmu..

Comments

Anonymous said…
Salamun 'alaik.
Ayah kamu, dia salah seorang Raja di Syurga.

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...