Skip to main content

Solat,saf dan masjid

Dub dab dub dab. Sungguh cemas saat ini. Bagai pengantin menghitung hari. Yeke? Kenapa waktu aku jadi pengantin tak berdebar pun. Haha.. Pandai aku cover..

Ok..saat itu ialah bila nak bangun sembahyang dan saf sedang diluruskan. Dari aku kecik sekolah rendah Arqam atas bukit kat Sg Penchala tu sampailah ke tua ni,luruskan saf adalah satu perkara yang sungguh besar bagi keluarga dan jemaah. Extreme? Sila cek balik sejarah Saidina Umar meluruskan saf sembahyang tenteranya menggunakan pedang. Apakah ada hal yang lebih extreme dari itu? Iaitu bila kau tak reti luruskan saf,maka akan berdarahlah anggota badanmu dek libasan mata pedang. Extreme kan? Untuk Tuhan kot..

Kaki kena sama. Badan tak boleh bengkang bengkok. Kalau saf tak lurus,apalah erti sembahyang jemaah. Tak guna kau semangat harungi masjid untuk sembahyang jemaah,tapi sudahnya tiada apa yang didapatkan berakibat dari saf yang macam ular kena palu.

Awat aku macam serius sangat nih? Memang seriusla..aku pun fobia dengan diri sendiri yang tak reti-reti meluruskan saf secara berdikari. Dari kecik comel sampai besar gabak ni tetaplah akan ada seorang yang membebel ketika pelurusan saf dilakukan. Makin ramai jemaah,makin payahlah saf nak lurus. Dengan Tuhan memang kena serius. Bukan hanya serius dan berdebar ketika nak jumpa mertua sahaja!

Kami selaku keluarga besar yang berderet ini,kemana pun tempat/rumah yang dihuni pastilah surau benda paling wajib untuk diwujudkan. Tidur kat dapur pun takpe asalkan surau mesti kena ada. Dan surau itu undang-undangnya lebih ketat dari mana-mana masjid didunia ini. Tak percaya sudah! Abuya selaku ketua surau akan periksa setiap dari kami dari awal nak solat lagi. Kuku kena pendek untuk pastikan air wudhuk masuk ke segenap inci. Bersuci (buang air kecil/besar) mesti nak kena betul kalau tak sembahyang kompem tak sah. Abuya siap ajar lagi nak tos kencing kena berdehem. Sebab kalau kencing tak tos akan dibawa kedalam sembahyang,maka jadi sampahlah solat kita. Bila dah masuk surau kena sunyi sepi tak boleh nak main sep-sep lagi kalau tak akan didenda tak boleh makan tengahari. Selawat setengah jam sebelum sembahyang tu dah jatuh wajib. Abuya kata kalau sebelum solat tak dimulai dengan selawat bagaikan bunga tanpa wanginya. Bila azan pula kena kuat,sedap dan lantang. Nasib baik anak perempuan tak boleh azan. Kurang satu debaran. Sembahyang sunat sangatlah dititik berat. Janganlah cuba nak mengelat kalau takut kena sebat. Susun atur saf sungguhlah saat yang terasa berat. Lelaki dewasa satu saf,yang belum baligh haruslah diasingkan. Begitu juga wanita dewasa dan yang belum baligh tidak diletakkan dalam satu saf yang sama. Kekiri dan kekanannya sangatlah diperhati. Semua itu bagaikan satu latihan untuk kami sedari kecil supaya dapat dipraktik walau kemana langkah dibawa dewasa kelak. Oh ya.. Abuya ajarkan juga,sejadah untuk sembahyang lebih afdhal jika ianya berwarna putih. Itu sedikit sebanyak membantu mengurangkan khayalan ketika solat bila fikiran akan menerawang dikeranakan sejadah punya corak sangatlah menarik perhatian. Sejadah sekarang dah ada yang warna pink pulak tu!

Itu baru hal-hal lahir yang sangat diambil kira sebelum dan ketika bersembahyang. Belum lagi masuk bab kefahaman dan penghayatan ketika besolat untuk sampai sembahyang itu dapat dilaksanakan menjadi cara hidup. Membangun dengan sembahyang. Menempa kejayaan juga dengan sembahyang. Abuya sampai siapkan modul khusus untuk menceritakan perihal sembahyang ni.

Dikeranakan pendidikan sebegini dari Abuya,aku selalu serba salah. Dari kecik Abuya sangat tegas dengan hal-hal yang aku dah cerita kat atas. Tapi bila aku ke masjid,aku selalu jadi ragu dan was-was. Kadang tempat wudhuknya tak disiapkan selipar. Orang keluar masuk bilik air tanpa alas kaki dan terus berjalan ke tempat sembahyang. Lebih lagi bila ada kanak-kanak. Wah..mereka bersuka ria keluar masuk toilet dan bermain-main didalam masjid dengan kaki yang tidak dapat dipastikan kesuciannya. Macamna ye? Orang membebel nak luruskan saf pun memanglah takde. Malah semua akan berdiri ditempat yang paling dia selesa. Dan sering saja jarak diantara jemaah dipisahkan dengan ukuran sejadah. Maklumlah sejadah kadang tu beli kat Mekah. Mahalla sikit. Saf tu jadi rengganglah gamaknya. Dan jarak antara makmum dan imam pun sangatlah jauh terutama bagi jemaah wanita. Yang aku tau dari kecik kalau dah jauh sangat tu macam terputus dah imam nya. Itu yang pelik dengan bentuk masjid yang ada sekarang. Kadang tempat wanita jauh kat atas dan sembahyang tu tak nampak pun imam kat mana sebab terpisah dengan dinding. Hmm...

Mestila ramai yang marah bila aku cakap macamni. Seolah rasa diri baik. Masjid pun nak dikomplen. Tak...bukan niat sesaja nak komplen. Cuma nak luahkan dilema aku niha. Macamana nak buat? Lagi-lagi di Masjid Haram ni. Yaallah..pengunjungnya berbilang kaum dan bangsa. Yang setiap dari mereka pastila mempunyai cara yang berbeza dalam bersuci,meluruskan saf,malah bersolat sekalipun sangatlah berbeza satu sama lain. Orang turki mungkin elok je sembahyang tak tutup kaki bagi wanita. Sedangkan kita orang Malaysia asinglah sangat dengan pemandangan tu. Tak payah cakaplah soal berwudhuk dan lain-lain. Kadang aku sembahyang,tapi disebelah aku ni ialah satu keluarga dari bapak sampai ke anak berderet sembahyang satu saf. Eh. Boleh ke ye? Bukan ke lelaki kena didepan,dan perempuan belakang. Mungkin depa takut terpisah kot. Pernah juga aku solat,tiba-tiba elok je kiri kanan orang lelaki datang sembahyang. Oklah..memang dosa aku agaknya Tuhan nak uji. Tapi aku tengok semua saf pun macamtu. Selang seli je laki pempuan dikiri dan kanan. Belum lagi bila orang siap lalu lalang depan kita sembahyang. Abuya memang pantanglah sapa yang lalu depan orang sembahyang tanpa meletakkan apa-apa penghadang. Siaplah berbirat kaki kena rotan. Ini siap boleh langkah kepala orang tengah sembahyang lagi. Tak ke haru.

Siapalah yang tak nak sembahyang berjemaah di masjid yang merupakan rumah Allah. Abuya tu dalam rumah pun dia buat masjid,dah tentulah kalau masjid sebenar tu lagilah dimuliakan. Tapi kalau dah macamtu keadaannya masjid sekarang ni..macamana?

Comments

Anonymous said…
Rindunya dengan masjidil haram teringat masa g umrah di akhir ramadhan suatu ketika dahulu

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b