Skip to main content

Kembara Paris - Samara part 3

Sambungan Sabtu - 28 September 2019

Pelangi di Warsaw.

“Standby semua..! Jap lagi kita akan masuk border Poland!” suara Adib kedengaran dari walkie talkie. Kami lantas menjenguk ke depan. Penasaran gimana bentuk bordernya. Macam Bukit Kayu Hitam ke? Wang Kelian mungkin? Rupanya border yang dimaksudkan tu macam gerbang tol je. Kenderaan lalu tanpa ada apa-apa sekatan. Adalah 1-2 kereta polis yang parking di situ. Itulah istimewanya Eropah. Kita boleh pergi dari satu negara ke negara yang lain tanpa susah payah nak cop pasport. Cuma pengalaman aku sebelum ni, ada juga waktunya polis akan berhentikan kenderaan kita di setiap border antara negara, itupun hanya untuk buat semakan pasport.



Setelah beberapa kali tidur dan bangun, kami akhirnya sampai di Islamic Center, Poznan. Kami belum solat lagi. Dah niat jamak takhir Zuhur dan Asar. Ada seorang berbangsa arab menyambut kami dengan ramah dan tunjukkan apa-apa yang diperlukan. Kami bersegera siap untuk solat. Aku lihat Tuan Anuar orang pertama yang duduk di saf menunggu kami yang lain siap berwudhu’. Begitulah para pemimpin yang mereka dah cukup sebati dengan sembahyang. Sampai ke dalam hati. Sedangkan kami para remaja masih bertatih. Moga-moga dengan panduan dan pimpinan berterusan dari para pimpinan, kami akan dapat terus meningkatkan kualiti lahir dan roh kami.




Aku belum pernah ke Poland. Ini yang pertama kalinya. Rupa dia tak jauh beza dengan negara Eropah yang lain. Cuma kita boleh mengesan bila tulisan-tulisan di signboard dah mula berubah. Ibu Negara Poland ialah Warsaw yang juga merupakan kota terbesar di Poland. Tapi di sini disebut Warszawa. Poland ni dia ada bahasa sendiri yang disebut polish. Aku langsung tak ada idea macamana bunyi bahasanya. Kalau bahasa Perancis dan Jerman dah agak familiar. Ada kisah menarik tentang Islam di Poland. Nanti aku kongsikan ye.

Sepanjang perjalanan darat ini kami terus mengikuti perkembangan Ekspo Halal yang sedang berlangsung di Sarajevo melalui blog Anjang Muor, perkongsian gambar dari Tuan Hasnan juga dari kawan-kawan yang lain. Kali ini GISBH muncul sebagai ‘Gold Sponsor’. Melihat para pimpinan GISBH berada di tengah-tengah masyarakat antarabangsa. Juga istilah orang kata bergesel bahu dengan menteri, semuanya ialah kerja Allah yang maha meninggikan darjat.
Bukan kita mahu membesarkan apa yang dipandang besar oleh dunia, tapi semua itu kita tagih untuk melihat Islam terus dipandang mulia.









Ada orang kata, bisnes GISBH besar-besar tu syok sendiri je. Segala yang gah dan gempak tu semua istidraj. Hairan ye.. Kita boleh pula kagum dengan segala kecanggihan dunia yang bukan dibuat atas nama Allah dan Rasul bahkan ada yang memang dibuat untuk memerangi Islam! Tapi ketika kita melihat ada orang Islam yang Allah bantu dalam hal membela dan berbuat untuk Islam, kita melihatnya dengan sangat prejudis dan cukup sinis. Sebab tu Abuya cakap, hasad dengki tu ialah merasa sakit bila hal yang baik itu didapat oleh tangan orang lain. Tapi kalau berlaku di tangan kita, hal kecik-kecik pun kita dah rasa teruja sangat tak ingat dunia! Sama-samalah kita suluh diri.

Dalam permusafiran ini juga dapat dilihat bagaimana para pemimpin khususnya Tuan Nasir menggerakkan para remaja (RPU) untuk menjadi team utama dalam xpdc ini. Satu latihan praktikal yang sangat mahal. Semuanya dilatih untuk ambil tahu dan buat semua perkara. Para remaja ini dipilih dari negeri atau zon dalam GISBH yang berbeza. Tapi dalam xpdc ini semua boleh sangat-sangat bersatu dan selaras. Tak ada persaingan. Semua orang boleh taat dan patuh. Adib sebagai ketua di kalangan kami sangat mengikat kami semua. Inilah berkat didikan para pimpinan yang sedang mempersiapkan generasi penyambung perjuangan.








Pilot, co pilot dan pramugari juga semuanya dari kalangan remaja. Tuan Nasir pesan, kena rasa! Bila ada rasa, barulah tindakan kita akan dipandu. Kena laju, ligat, peka, sentiasa bersedia. Setiap orang diberi tugas untuk mereka bertanggungjawab. Tapi kata Tuan Nasir, orang yang ada ‘rasa’ bertanggungjawab tu, kerja orang lain pun dia akan sangat ambil tahu dan membantu. Xpdc bukan sekadar seronok-seronok nak makan angin, tapi kena sangat bersyukur bila Allah rezkikan peluang yang berharga ini sekalipun kita sebagai hamba sangat tidak layak. Dan jadilah kita orang yang sentiasa berkhidmat dan memberi manfaat kepada manusia yang lain.







Semua kereta disiapkan walkie talkie untuk memudahkan perhubungan. Naik saja kenderaan, para pilot diminta laporkan samada kenderaannya sudah dalam keadaan bersedia ataupun belum. Ada pilot jenis malu jadi kadang tu lambat menyahut. Itupun akan ditegur.

“Pilot ni kapten. Kena pastikan semua penumpang yang merupakan anak buahnya. Co pilot pula nadi kepada kapten. Kena sangat membantu pilot. Kalau pilot mengantuk, kena cari jalan untuk tolong. Bagi air ke, jajan ke. Co pilot jangan tidur!” Itulah pesanan Tuan Nasir pada ahli xpdc.





Berjalan secara konvoi memang kena sangat peka dan saling membantu. Contohnya bila kenderaan paling hadapan mula memotong, kenderaan lain juga akan ikut memotong. Ketua pilot akan berikan maklumat pada kenderaan yang lain jika ada kenderaan dari arah bertentangan yang datang. Jadi kenderaan yang paling belakang tidaklah ketinggalan. Lebih lagi jika memandu di waktu malam. Hujan pula. Memang perlu bekerjasama.



Tak mudah untuk mendidik para remaja sampai jadi begini. Ada tempat yang para remajanya nak menghidang pun tak pandai. Maksudnya hal yang paling asas pun tak selesai. Hal-hal lahir pun tak selaras, apa lagilah hati! Kalau bersatu pun mungkin hanya dalam fb. Di alam maya. Bersatu untuk komen itu dan ini. Sedangkan hidup realitinya nafsi nafsi, melepaskan pucuk masing-masing.



Kami sampai ke hotel dah tengah malam. Nama hotel pun tak sempat nak tengok. Semua dah kelelahan. Aku dan Thuwaibah bergegas menyusun dan merancang apa yang kami nak kena buat untuk esok. Nak kudap apa, sarapan apa? Yang penting kami memang bahagia yang teramat sebab dapat masak nasi guna rice cooker besar tu di bilik hotel.

“Kalau Sebah nak tido, tidolah. Nanti Cik Olah kejut. Cik Olah tak boleh nak tidur. Dah kunci jam ni!” Thuwaibah yang sedari tadi bekerja tak berhenti, terus saja melelapkan mata. Memang ligat orangnya. Kalau dalam motor home tu bab nak panjat-panjat tu bagi kat dialah. Penat sangat dahla tu! Jam dah dekat 2 pagi. Mata aku masih celik lagi.



Musafir adalah antara waktu yang terbaik untuk kita merenung. Lihat pemandangan yang Allah cipta, kenangkan Allah yang maha pencipta, koreksi diri yang terlalu kerdil di hadapan Tuhan yang maha agung. Tuan Nasir selalu pesan untuk kami takut. Kena sangat takut. Allah boleh buat apa saja. Takutnya kalau dah sempat berlalai-lalai. Atau sempat senget-senget hati. Rasa berbuat, rasa hairankan diri, besar diri, susah mengaku salah, mudah merajuk. Semua tu dosa-dosa batin yang tak nampak di mata namun setiap hari ianya terus menerus berlaku. Kita kena kerahkan segenap tenaga yg ada untuk sungguh-sungguh memerangi nafsu yang menjadi punca kepada semua itu.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b