Trip dan tips ke Vietnam

Wednesday, July 10, 2013
Rasanya macam dah terlewat sangat tapi takpe jelah.. Cerita jelah.. Memandangkan ramai pulak yang bertanya tentang trip aku ke Vietnam haritu..

Aku kesana ikut rombongan 40 orang. Kebetulan ketua group tu ialah adik Kak Fizah (geng NMS),maka beliau telah bermurah hati membenarkan kami menyelit cukup dengan hanya membayar tambang flight saja. Hotel dan lain-lain tu ditanggung beres tidak termasuk jajanan berlebihan. Mula dengar nak ke Vietnam tu macam asing gila. Tapi baru teringat ramainya orang Malaysia terutama para peniaga berduyun kesana untuk memborong sejenis baju kurung,telekung,jubah dan sebagainya. Mengambil kesempatan untuk memvariasikan lagi butik Nur Muhammad di Segambut itu,maka sampailah kami ke Vietnam. 

Dari KL naik Estima ke Johor,dari Johor masuk Singapore awal-awal pagi buta ambil flight Tiger Airways Singapore-Ho chi minh. Sebenarnya aku ada fobia sikit naik Tiger ni pasal dulu pernah ke Perth naik flight jenama Tiger ni. Macam hambar je. Tapi dah itu yang dipilih oleh rombongan,terpaksalah.. Alhamdulillah kalini semuanya ok-ok saja. Berdebar juga sebenarnya naik ikut airport Singapore ni sebab dulu pernah kena sound dan hampir-hampir ditahan. Waktu tu baru landing dari Perth,aku tunggu bagasi sikit punya lama. Sunyi gila airport waktu tu. Tak silap time tu di low cost terminal kot. Tunggu punya tunggu aku pun tak tahanlah. Tengok line clear je aku pun selak sikit langsir getah kat tempat bagasi keluar tu. Padahal bukan aku tak nampak tanda no tresspassing kat situ. Aku fikir alah selak je pun. Bukanla sampai nak menyeludup ke apa. Pastu aku nampak sorang pakcik tengah handle beg-beg yang dah berterabur kat situ. Beg dahla gabak-gabak. Dia pulak sorang. Allah kesiannya. Patutla lambat keluar beg-beg tu. Rasa nak tolong je. Sedang aku asyik bersimpati macam dalam Bersamamu tu,tiba-tiba terdengar jeritan nyaring dari belakang. Seorang wanita yang sungguh bengis sedang menuju kearah aku dengan laju sambil membebel dan menggawangkan tangannya. Marah pasal aku selak langsir tulah. Terus dia minta pasport nak buat report katanya. Duh! Tawakkal jelah. Malas nak fikir. Berjela aku doa. Tak lama tu dia datang balik,bagi pasport lepastu pergi macamtu je. Aku agakla kan,ofis tempat nak report tu tutupla. Pukul 3pagi kot waktu tu. Eleh tadi macam gempak sangat dah rupa guru besar sekolah menengah! Pastu takde ape pun. Panjang gile aku cerita pasal airport. Tempat jatuh lagi dikenang,apa lagi tempat kena jerkah!

Setelah cek in,aku dengan Kak Fizah masuk dulu kedalam cari surau nak solat subuh. Rezeki akulah dapat turn pertama untuk cek in barang. Kalau tak jenuh juga beratur 40 orang tu. Surau Changi memang gempaklah. Rasa nak tidur situ je. Lepas subuh tu kami pun berlepas.

Perjalanan ke Ho Chi Minh memakan masa 2jam kalau tak salah. Lebih kurang Kl-Jakarta lah. Airportnya sederhana. TBS lawa lagi kot. Tapi taklah buruk. Di imigresen takde masalah juga alhamdulillah.. Visa on arrival untuk Malaysia. Negara lain aku tak tau. Setelah itu naik bas menuju hotel. Persekitaran Ho Chi Minh city jauh lebih bersih dari Jakarta. Agak lebih teratur. Pencemaran tidaklah melampau sangat. Sampah sarap pun tidak meluap-luap. Hotel tempat kami menginap tu terletak di area Ben Thanh market. Boleh jalan kaki je. Ben Thanh market tu ialah tempat membeli belah tumpuan pelancong berupa pasar panjang yang didalamnya ada beribu kedai. Korang goggle sendirilah pasal market tu. Aku bukan menjiwai sangat pun. Untuk barangan butik kami dapatkan dari kedai-kedai borong disekitar itu (luar dari Ben Thanh). Ada juga yang dibeli agak jauh tapi masih terjangkau kalau gagah nak jalan kaki. 


Aku pergi tak lama pun. 4hari 3malam je. Cukuplah tu. Sempat juga melawat muzium apentah kat sekitar situ. Aku taklah minat sangat sebab rasa macam lawatan sekolah dulu-dulu. Tapi aku tengok anggota rombongan lain macam teruja je. Aku ikut jelah. Tapi lepastu kami malas ikut dah. Baiklah settle kan kerja cari barang dan cari makan. Sungguh tak sihat kaedah travel aku!






Kesimpulannya,untuk anda khususnya para peniaga pakaian,Tanah Abang di Jakarta lebih baik rasanya. Lebih banyak pilihan pakaian. Kalau di Vietnam ni yang bagusnya ialah baju kurung,memang lubuk dia,telekung pun ok dan juga jubah wanita. Ada juga tudung dan selendang yang jauh murah harganya dari KL. Tak lupa kain ela yang murah dan berkualiti. Untuk pembekal baju kurung,Vietnam memang tempat anda. Banyak pilihan,saiz cun,harga murah berganda-ganda dari Malaysia. Sutera ke,cotton ke,semua ada. Telekungnya pula bagus kainnya,cantik cuttingnya,labuh dan tak jarang,siap boleh pilih nak bubuh berapa kuntum bunga lagi. Tapi tak banyak fesyen. Indon menanglah bab telekung ni. Ada telekung berlangsir,berzip,berbunga berumput semua ada kat Indon tu ha! Kalau jubah,Vietnam menang. Jubah kat Indon potongan kecik padahal bukan takde orang gemok kat Indon tu. Tah kenapa jadi gitu. Jubah di Vietnam lebih menepati syariatlah rasanya. Untuk lain-lain barang rasanya di Indonesia lebih banyak. Aku tak bias ok,ini realiti!

Jalan kat Vietnam ni macam kat KL pun ye jugak pasal orang Malaysia melambak. Peniaga disini pun boleh cakap melayu sikit-sikit. English pun bolehlah. Kalau tak,bahasa isyarat pun jadi. Urusniaga menggunakan tiga matawang iaitu US dolar,dong (vietnam),dan juga ringgit. Sebaiknya anda simpan je ketiga-tiga matawang ni. Aku awalnya pelik jugak apahal sampai 3 currency kan. Mengadanyalah hai. Bila dah tengok sendiri baru tau. Ada barang yang lebih murah dibeli dengan ringgit,ada yang murah kalau pakai US dolar,ada juga yang lebih baik guna dong. Kena cekap mencongaklah berapa tukaran setiap matawang yang ditawarkan. Alah angkut jelah kalkulator!

Peniaga-peniaga disini pula bersikap ramah+renyah. Ramah time menawarkan barang,renyah pula time paksa kita beli barang. Kalau tak beli boleh siap mengumpat dan memaki depan-depan lagi tuh. Apa kau ingat kami tak faham kau cakap apa? Cit! Untuk semua barang yang hendak dibeli,wajiblah keatas kita untuk menawar setengah mati. Kenapa? Kerana mereka suka menipu yang dianggap tipu sunat agaknya. Contohnya baju 30rm,sila tawar 10rm dulu. Lepas tawar tawar tu mungkin harga akhirnya jadi sekitar 12rm saja. Kalau dia jual mahal,korang sila angkat kaki. Pasti amoi amoi itu akan merayu siap pegang tangan pegang baju pegang tudung lagi! Tak ke renyah tu? Nasib baiklah kami dah biasa nego dengan pak arab! Tapi kalau dia tak kejar dah,tandanya harganya memang begitulah. Faham tak? Kalau tak faham,bagi sesiapa yang nak kesana sila bawak aku sekali. Ok!

Mari kita masuk bab yang paling disukai iaitu,makanan kat sana macamana? Makanan Vietnam aku tak tau rupanya macamana sebab yang tepi-tepi jalan tu semua ada benda tak elok-elok seperti babi dan sewaktu dengannya. Disekitar situ adalah beberapa restoran halal. Ada warung 1 Malaysia lagi tuh. Hebat strategi bisnes! Ada restoran arab halal tapi tak sempat singgah. Makanan lebih kurang macam kita dan Thai je. Sedap.. Tapi mahal gile rasa nak marah semua orang! Sekali makan satu kepala jatuh dalam 15-20rm. Dah macam kat eropah pun ye. Katanya bekalan makanan halal sukar didapati. Kerana itulah harga melambung tinggi. Kalau siapa yang travel dengan bajet terhad dinasihatkan bawalah serunding,maggi,rendang,ketupat. Rendang ketupat tu kalau korang pergi time raya lah. 



Hotel disana terbilang murah juga. Murah dan selesa. Nak lagi murah,silalah cari kenalan Vietnam di fb untuk dapat tumpang rumah. Free! Sebaiknya cari hotel yang dekat dengan pasar senang nak berbelanja. Aku bukanlah galakkan korang shoping sampai nak gila! Aku pergi pun pasal nak beli barang butik kebetulan ada kesempatan. Kalau takat nak beli baju kurung peribadi,memang takkan beli pasal aku tak gemar berbaju kurung. Lebih baiklah aku jalan-jalan cari makan di Indon,kata hati kecilku. 

Itulah serba sedikit tips moga-moga berguna dari aku untuk para pengurus butik sekalian. Minta maaflah ramai yang pesan untuk butik mereka tak dapat kami tunaikan. Salah aku jugak tak inform awal. Tapi aku pergi pun mengejut. Terkejut! Kalau ada rezki,korang pulaklah pergi. Untuk aku,itu yang pertama dan terakhir kot. Sebab rasanya takde keperluan sangat. Tak taulah kalau tiba-tiba nanti ada jemputan show kat sana pulak kan. Bolehlah dipertimbangkan. 

P/s Aku kongsikan trip ke Vietnam ni betul-betul pasal dah tak larat nak jawab soalan orang,ada apa kat Vietnam? Ni kira cerita sekali harunglah.. Terima kasih.

2 comments:

penyisir rambut said...

mak ai..patutlah bila baca pon macam semput je..cerita sekali harung rupe2 nye..hehehe...tu la,,kiranya baju raya kita nt made in vietnam lah..sbb byk baju dr sane je...

Anonymous said...

Best org global ni..duit masuk banyak...boleh la jln2...