Skip to main content

Musim kembara

Musim musafir bermula bagi mereka. Adib dan Iyah ke Perth angkut Musab dan Bar. Yang diangkut tu sebab nak hargailah peningkatan prestasi yang dilakukan. Moga bertambah matang rohnya. Kakak dan team sedang bersiap-siap nak ke Makassar dengarnya. Kakak nak angkut Jannah. Baguslah.. Harini depa masuk Thailand untuk shoot video klip Al Ikhlas. Moga dibantu. Humam pulak sedang mohon tenaga dari Malaysia untuk bantu show di Batam bulan Jun nanti. Buka main sibuk lagi Mam dengan team Sumatera. Cadang nak hantar Barak. Biar dia ambil pengalaman. Tenaga dari sini sebagai pembantu je. Sebab aku harap team disana yang menjadi tunggak utama. 

Terasa besar rahmatnya sekarang bila dari dulu Ummu menyeru tentang pentingnya melahirkan pelapis. Jangan buat kerja sorang. Wujudkan team! Bila peluang dikongsi bersama,maka cepatlah kebolehan tercipta. Bila tengok Yassin yang dulunya budak pendiam,hobi jaga adik,tapi sekarang dah boleh shooting editing bahkan streaming,terharu.. Moga kebolehan lahiriah seiring dengan tumbesaran jiwa juga hendaknya. Amin amin. 

Beberapa pelajar yang nak dihantar ke Mesir pun ada datang lapor diri kat aku. Panjang lebar aku bebel kat depa tentang tugas sebenar bila dihantar keluar negara. Bukan main pandai aku bebel kat orang. Dulu aku pun tahape-hape. Maklumlah remaja ;-)

Didoakan moga semua yang dihantar ke luar negara itu benar-benar dapat menjadi duta kepada agama bangsa dan negara. Sekalipun pergi hanya untuk bancuh air di kafe Mansourah. Tapi manakan sama bancuh air di Temerloh dengan bancuh air di Mesir kan? 

Harini jugak telah gagah memusafirkan Muttaqeen aka solo Kuantan bersama isterinya ke Miri. Nak bantu Fatim buat studio sekaligus recording lagu untuk album yang seterusnya. Taqin kata inilah pertama kali naik flight seumur hidup. Aku percaya dengan keberkatan musafir yang  sedikit sebanyak mampu merubah cara berfikir dan berperasaan. Lain tempat,lain kisahnya,lain orangnya. Dengan adanya faktor tambahan itu diharapkan dapat memberi perasaan yang baru untuk melakukan anjakan paradigma. Hah! Ayat anjakan paradigma ni dulu selalu tengok kat library SK Rawang waktu darjah 6. Baru lepas kursus Jakim nilah aku pandai nak guna. Hehe..

Aku? Aku pendam keinginan merantau ni bila mengenangkan anak-anak yang ada ni nak tinggal kat sape. Aku tau kalau saatnya tiba,Allah yang akan jaga. Tapi sekarang ni biarlah dulu aku bersama mereka. Tiba-tiba terfikir. Agaknya macamtulah dulu Ummu Abuya berat hati nak tinggalkan kami anak-anak dek tuntutan perjuangan ye? Dulu tak faham. Sekarang baru faham. Sikit. Faham sikit. Yelah.. Ni baru tahap anak angkat. Kalau anak kandung? Memang nak tercabut nyawalah agaknya. Tapi tengok Kak Picah macam relaks je tinggal anak merata-rata. Yelah anak nak masuk 15,memanglah.. Itu bukan dia tinggal anak,tapi anak yang tinggal dia. Ok.

Oklah.. Saja nak menambah catatan diari umum aku ni. Esok shooting editing diteruskan. Memohon kekuatan dari Tuhan. 

Setiap hari kemaksiatan dipertontonkan kepada dunia. Maka atas nama agama,siapakah yang akan membela? 
TVIkhwan TV kita bersama.. :-)

12.16 pagi
Studio TvIkhwan
Sambil mengantuk..

Comments

Anonymous said…
Dgr org dpt pi sane sini mmg best,tp pegi atas tggjwb...semoga semua dipermudah kan

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...