Skip to main content

MH370 : The flight that never arrived

Bagi pengidap penyakit gayat melampau seperti aku,saat take off dan landingnya pesawat yang dinaiki setiap kali bagaikan mimpi ngeri. Mata pejam,tangan menggenggam kerusi,hati berdoa tiada henti. Setiap kali terasa malas mendengar taklimat keselamatan oleh pramugari,aku akan gagahkan juga dek kerana terbayang kalau-kalau kecemasan terjadi nanti. Dan bila keluar dari pesawat dengan selamat maka aku hela nafas panjang bagaikan baru terlepas dari mati. 

Ternyata aku tidak sendiri merasakan hal ini. Membaca pengalaman dan perasaan krew penerbangan yang pergi kerja setiap hari tanpa tahu apakah mereka akan kembali menambah berat debaran dihati. Menaiki pesawat bererti terputuslah hubungan dengan bumi bagi penumpang biasa seperti kita. Kita tinggi nun jauh diudara,sedang yang dibumi menanti penuh setia. Bayangkan saja bilamana yang setia dinanti belum juga kunjung tiba. Hilang entah kemana.

Aku bukanlah selalu sangat pun naik kapal terbang. Nak kata suka pun tidak. Cuma memanglah sensasi dihantar ke airport itu lebih mengujakan berbanding jika dihantar ke stesen bas. Pertamanya sebab aku memang takut naik bas sorang-sorang. Yang keduanya sebab bas takde pramugari. Ok.

Dikejutkan dengan berita MH370,Tuhan je yang tau macamana bergelombangnya hati ni. Oh Tuhan.. Bukan kali pertama aku mendengat nahas sebegini. Tapi agaknya kerana yang terlibat ni ialah MAS,pesawat kebanggaan negara sendiri,maka rasa tu agak dekat dihati. Bukak paper tengok macam-macam berita,mengalir jugak airmata ni. Airmata simpati dan menangisi betapa Tuhan sedang sangat menunjukkan kuasaNya. Menangiskan bagaimana sekelip mata Tuhan disebut dimana-mana. Tuhan jadi cukup bernilai diseluruh dunia. Walhal sebelumnya Tuhan bagaikan tiada.

Kita akur dengan satu kuasa yang kekuatannya melebihi kekuatan semesta. Pesawat terbaik,pilot berpengalaman,Tuhan bahkan diatas itu semua. Kita sedang berdepan dengan realiti bahawa hanya Tuhan yang akan mampu menyelamatkan. Tuhan sedang sangat mendengar rayuan kita agar bantuan segera diturunkan. Kita hanya perlu berjanji bahawa setelah ini Tuhan tidak akan lagi dilupakan.

MH370 'hilang' bersama munculnya iman dihati manusia. Tuhan sembunyikan MH370 untuk manusia kembali kepadanya. Sudah tentu kita sama sekali tidak menyalahkan Tuhan yang Dia itu bebas melakukan segalanya kepada si hamba. Kita bahkan sedang merasakan,Tuhan sangat berhak diatas setiap perbuatannya. 

Wahai Tuhan.. 
Betapa kami tersungkur dihadapan kuasaMu. Sungguh kami redha dengan segala takdirMu. Namun,sudilah kiranya dikau memadam duka bersama datangnya khabar gembira..


Comments

Anonymous said…
Aminnnn
tri utama said…
juga pesawat Adam Air 1 januari 2007 lalu di Sulawesi Indonesia
Anonymous said…
Amin....sama mcm tsunami..tuhan jadikan berita gembira di akhirnya...

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...