Skip to main content

Artis berhijrah ke kampung Allah dan Rasul


Tuhan memberi hidayahnya pada sesiapa saja yang Dia mahu. Hidayah itu sangatlah mahal. Lebih mahal dari intan berlian habib jewels mahupun rafflesia. Jika sudah mendapatkannya,wajiblah menjaga sebaiknya agar Tuhan tidak menariknya kembali.

Bila cahaya perunjuk itu telah datang,hati manusia akan mengalami satu perubahan besar bagaikan gelombang tsunami yang menyerang. Hati yang sebelum ini gelap tanpa cahaya bagaikan tertutup,tiba-tiba berubah bercahaya terbuka seluasnya untuk Tuhan. Dari hati yang dicampakkan hidayah itulah akal dan fizikal digerakkan untuk mengubah peribadi kearah yang lebih baik.

Indahnya pengalaman yang baru saja Tuhan rezkikan bila Chalet Nur Mohd didatangi tetamu istimewa dikalangan artis yang baru saja berhijrah kearah satu cara hidup yang baru dan lebih baik. Bukanlah tetamu sebelum ni tak istimewa. Semuanya istimewa.. Tapi biasalah kita.. Teruja lebih dapat jumpa artis. Yang selama ni dok tengok kat tv kini muncul depan mata. Apa lagilah bila mereka itu artis yang telah pun Tuhan hadiahkan hidayah ke hatinya. Sejuk mata tengok muka Irma Hasmie, Diana Amir, Heliza AF, Rozana dan juga Yatt Hamzah. Mereka datang kesini mengerjakan umrah dan Tuhan telah takdirkan untuk sampai ke CNM.


Seperti biasa CNM tidak saja menghidangkan juadah kenduri,tapi juga halwa telinga melalui teater muzikal islam oleh Generasi Harapan. Lepas kami show,depa pula dipanggil untuk show disamping diminta kongsikan pengalaman hijrah mereka. Hebat Tuhan yang membolak balikkan hati hambaNya. Terharu melihat Diana Amir menitiskan air mata sewaktu bercerita pengalaman berharganya. Begitu juga Kak Yatt yang sungguh bersemangat. Heliza pun sporting juga bila sudi menyumbangkan suara mengetuai semua teman-teman artis. Kak Irma dan Kak Rozana pun begitu juga. Mendengarkan ulasan mereka yang kagum dengan apa yang dilihat dan dipersembahkan,membuatkan aku malu dengan Tuhan yang telah melakukan semuanya hingga islam dilihat cukup gah dan berwibawa. Segala keindahan yang dilihat itu Allah dan Rasul lah dibelakangnya. Kita hanya buah catur yang kaku,hanya bergerak bila digerakkan.


Pertemuan yang singkat itu ternyata membuahkan kemesraan bagaikan sebuah keluarga. Bertambah erat bila mereka sudi memenuhi undangan makan tengahari kerumah. Bertukar-tukar cerita,berkongsi pengalaman macam dah kenal lama. Siap ada sesi dialog lagi dengan Ummu. Macam-macam soalan dan jawapan kontroversi yang keluar. GIobal Ikhwan ni walaupun bukan artis tapi gosip yang melanda kalah artis. Kuasa Tuhanlah yang menemukan dua golongan manusia yang berbeza latar belakang kehidupan ini. Sebangsa dan senegara namun terpisah dek benua,akhirnya bertemu ditanah haram yang mulia. Hati yang sama-sama mendambakan cinta Tuhan dan islam diikat dengan rasa rindu untuk melihat islam bangkit buat kali kedua diakhir zaman.


Mudah-mudahan pertemuan itu bukanlah yang pertama dan terakhir. Kita pun dah janji untuk melanjutkan pertemanan sampai Malaysia nanti. Moga Tuhan jayakan insyAllah..







Comments

sbb tu la kita xboleh kutuk sape2,mane la tahu dia tu ikhwan..hehe..Tuhan maha baik

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....