Skip to main content

Malaysia dalam jadual Allah


Kebangkitan islam sudah makin ketara. Amalannya makin pesat dimana-mana. Bermacam cara dalam islam dibina. Seperti bunga ditaman yang indah.

Malaysia dikenali dan diiktiraf sebagai negara yang memiliki pengamalan islam terbaik didunia. Malah islam di Malaysia jauh lebih indah dari islam yang ada dinegara-negara arab sendiri. Hal ini semua orang pun mengakuinya. Disini bila disebutkan saja kita dari Malaysia terus mereka akan berkata,ahsan nas (sebaik-baik manusia)

Sepanjang bertemu kawan-kawan baik di Timur tengah ataupun Eropah,jika ada diantara mereka yang pernah mengerjakan umrah/haji,mereka akan mengatakan bahawa semua orang di Mekah akan berasak dan bertolak kecuali orang Malaysia. Bagi mereka itulah lambang keindahan islam yang ada pada Malaysia.

Kalau kita perhatikan negara seperti Turki contohnya,yang dulu merupakan salah satu empayar besar islam. Tapi setelah dijajah,kini islam disana sudah kian hilang pengaruhnya. Berbeza dengan Malaysia yang semakin berkembang islamnya hasil penjajahan. Ini jelas dapat dilihat bila semakin hari semakin ramai wanita yang bertudung dibandingkan dengan keadaan 30-40 tahun yang lalu. Begitu juga dengan pengamalan islam lainnya. Kini Malaysia lebih sinonim dengan islam jauh mengatasi negara yang lain. 

Tidakkah tanda-tanda bahawa Malaysia sedang berada dalam jadual Allah itu cukup jelas? Siapakah yang dapat menafikan bahawa Malaysia sedang meneraju islam diperingkat dunia? Hatta negara-negara islam yang lain pun kini sedang berkiblatkan Malaysia sebagai sebuah negara islam contoh. Islam yang dilihat penuh dengan kasih sayang dan keindahan. Kemajuan material dan kepesatan pengamalan islam dilihat cukup cantik dan seimbang. Tuhanlah kuasa yang melakukan semua ini bagi mengalihkan perhatian dunia kepada Malaysia. Sedangkan kita cukup tahu bahawa dengan saiz negara yang terbilang kerdil ini mana mampu kita untuk menonjol dan mengatasi negara islam yang lain. Betapa kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu menandinginya. Bagaikan bah besar yang tidak dapat ditampung arusnya.

Namun..realitinya.. Selaku negara yang memiliki islam terbaik pun,hakikatnya islam di Malaysia belumlah sempurna. Masih terlalu jauh untuk disamakan dengan islam yang berlaku dizaman Rasulullah. Sedangkan Tuhan berjanji bahawa kebangkitan islam yang kedua akan mengulangi kegemilangan seperti yang berlaku pada kali pertama oleh Rasulullah dan para sahabat. Islam menjadi cara hidup. Segala sistem yang berjalan benar-benar datangnya dari Tuhan. Bukan lagi sistem yang dilagangkan oleh Yahudi yang diambil. Sistem pendidikan,kebudayaan,ekonomi,politik dan lain-lain itu semuanya terlaksana diatas nama Allah dan Rasul.

Islam itu mestilah diambil secara keseluruhannya. Bukan hanya setengah-setengah. Islam juga tidak sepatutnya digunakan untuk kepentingan demi mendapatkan kuasa dan pengaruh. Islam bukan agama sekadar dimulut,dilaung-laungkan,diceramahkan,tapi ia WAJIB diamalkan dan mewujudkan model cara hidup islam itu ialah perjuangan. 

Kita yakin bahawa janji Tuhan itu benar. Segala hadis Nabi itu adalah benar. Namun untuk merealitikannya kita diminta untuk menagih janji itu dari Tuhan. Bukan hanya menunggu tanpa ada apa-apa usaha yang dilakukan. Janji Tuhan itu bahkan wajib diperjuangkan. 

Tuhan.. Segerakanlah berlakunya janjiMu terhadap islam diakhir zaman ini. Rezkikan kami untuk ikut serta sebagai mereka yang sangat bekerja keras untuk sampai janjiMu itu berrlaku..

Comments

Unknown said…
Salam Puan,
Saya selalu ikuti tulisan Puan, perspektif sangat jelas dan teratur. Political tapi tidak partisan. Patutnya Puan menulis di Suratkhabar dan bukannya blog sahaja.

Mohon untuk share tulisan ini. Saya ingin lekatkan di Facebook.


http://www.facebook.com/ahmad.soffian.9
Salam..ye silakan..trmksh krn sudi membaca tulisan saya..

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...