Skip to main content

Katering oh meriahnya!


Cara buat tajuk tu nampak sangat dah kehabisan idea takde arah nak bagi tajuk apa!


Bermula awal tahun ini Tuhan hadiahkan projek katering supply makanan untuk jemaah umrah sampai tak menang tangan. Kalau awal-awal bertapak diHaramain ni dulu paling ramai pun 20-40 orang. Tapi sekarang dah jadi sampai 600orang dan makanan perlu dihantar ke 5buah hotel. Itu belum termasuk lagi kenduri yang akan dibuat di Chalet NM,lengkap dengan pakej teater muzikal.



Rasa bahagia sangat tengok wajah-wajah para jemaah yang senyum kepuasan mendapatkan halwa mulut dan telinga. Disamping turut terhibur dengan perkara-perkara baru yang mereka dapatkan.



Bila dah katering membesar macam tu sekali,nampaknya kami pun dapat giliran untuk turun tangan menyumbang saham. Memang seronok kerja ramai-ramai ni dah macam rewang pulak. Dulu duduk rumah tok suka mujahadah kalau orang kampung panggil rewang,tapi sekarang tidak lagi. Huhuu..




Setiap hari kena masak untuk 3kali makan. Hidangan secara buffet,kadang-kadang kena packing kalau jemaah nak makan dalam bas dsb. Menu memang kena mantap sebab sebelum ni yang banyak handle katering ni ialah orang Indonesia dan juga orang Patani. Seleranya beza lah sikit. Lepastu bila dah ramai sangat sampai ribu riban,kualiti masakan pun dah lari. Jadi itu semua nak kena diperhati.




Walaupun begitu,bumi mana yang tak ditimpa hujan..ewaah berperibahasa bagai.. Biasalah manusia tak terlepas dari kesilapan kan. Dah kalut malut kelam kabut ni ada jelah benda yang berserabut. Makanan termasin,terpedas,terkeras. Tapi alhamdulillah semua tu adalah satu proses pembelajaran,dan setiap masalah cuba diatasi dengan baik.



Mana nak sangka..promosi katering ni taklah sampai masuk tv. Tapi sambutannya jadi sampai macam ni sekali. Mudah-mudahan direzkikan untuk supply makan jemaah haji pula..aminn..



Semoga dengan membuat penyediaan makanan dengan harga yang paling murah ni Tuhan akan menilai sebagai satu sumbangan untuk mereka yang datang sebagai tetamu Allah kesini. Mudah-mudahan Tuhan juga akan terus memberi kemampuan dan menambah kekuatan kita untuk bekerja sebaiknya atas nama islam. Kita mengharapkan dengan limpahan nikmat yang dianugerahkan akan membuatkan kita cukup dekat dengan Dia yang terlalu baik walau kepada kita yang masih jahat..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...