Skip to main content

Bila sakit..

Ada macam-macam cara setan buat untuk pastikan kita jauh dari Tuhan. Dengan meniti diatas kejahatan nafsu didalam diri manusia yang sedia ada,disitu mereka bermaharajalela. Nafsu dan setan yang tak pernah rehat ni membuatkan kita bila-bila masa saja berpindah diantara dua jalan. Sekejap baik sekejap jahat. Dibuatkan lintasan hati yang tak menentu. Kalau tak kuat mujahadah,memang dapat kat nafsu setanlah. Susahnya untuk pastikan hati dan malaikat itu sentiasa menang..

Contoh yang paling dekat bila kita ditimpa ujian. Katalah sakit.. Bila sakit,fizikal lemah. Kalau jiwa pun turut lemah,sakit yang sikit akan rasa macam tenat. Diwaktu itulah keluarnya segala keluhan,rungutan. Kalau tak sabar,mudah je nak marah-marah.

Tak mudah untuk tenang didalam kesakitan. Bila tak dilayan,jauh hati. Tapi kalau dilayan,mengada-ada pulak. Arwah datuk pesan,sakit itu dari setan. Nak kena lawan. Abuya diwaktu sakitnya,dikeranakan jiwanya yang besar,masih boleh berjalan keseluruh projek dan premis didalam dan luar negara. Tidak pernah kesakitan itu dilayan. Itu jugalah yang diterapkan pada kami anak-anak supaya jangan memanjakan sakit.

Allah buatkan sakit itu sebenarnya sebagai satu cara untuk dekatkan diri dengan Tuhan. Mudah-mudahan jadi penghapusan dosa. Bila sakit,patutnya bukan minta sembuh. Tapi kita bertanya-tanyalah pada diri apakah dengan sakit ni kita makin kenal Tuhan. Katakan pada Tuhan bahawa kita redha dengan apa yang ditakdirkan keatas kita. Sekian lama Tuhan memberikan kesihatan,belum sempat pun kita syukuri. Hanya sesekali didatangkan sakit agar kita kembali ingat padaNya. Diwaktu sakit sebenarnya Tuhan sedang pertanyakan sebesar mana cinta dan setia yang kita ulangkan setiap kali sembahyang. Kalau benar seperti dikata,buktikanlah dengan sanggup menahan sedikit derita yang ditimpa.

Sakit juga dekat dengan kematian. Sedangkan kalau tak sakit pun boleh mati. Apatah lagilah bila sakit,sepatutnya lebih lagilah ingat mati. Mengingati kematian akan buatkan kita berusaha sebaiknya untuk bekalan hidup selepas mati. Memang kita takut dan belum bersedia untuk mati,tapi kita tidak punya pilihan. Mati itu bila-bila saja boleh tiba. Pilihan terbaik yang kita ada ialah dengan mempersiapkan diri dengan sebaiknya. Semoga direzkikan kematian yang baik.

Demikian didikan Tuhan didalam 'hadiah' kesakitan yang Dia berikan. Sebenarnya aku lah yang Tuhan sedang bagi hadiah ni. Nak bagi peringatan kat diri sendiri. Supaya biar hanya fizikal yang sakit tapi jangan sampai hati pun ikut sakit. Hati yang sakit,kalau dibawa mati..parah!

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...