Skip to main content

Apa ada pada nama?

Aku pernah rasa dalam ramai-ramai adik beradik aku yang 39 ni,macam aku sorang je yang tak berguna. Mungkin Abuya dan Ummu pun tak harap apa-apa dari aku. Dengan nakalnya,degil,keras kepala,suka buat masalah...

Satu hari Abuya panggil aku masuk bilik. Waku tu Abuya sedang baca paper. Abuya tunjuk kat aku satu artikel tentang sejarah Khaulah Al Azwar. Abuya suruh aku gunting artikel tu dan tampal dalam bilik. "Abuya nak kamu jadi macamni,"kata Abuya.

Aku tersentak. Selama ni aku sangka buruk pada mak dan ayah. Orangtua mana yang lahirkan anak tanpa mempunyai harapan apa-apa. Lagi-lagilah Abuya sendiri memang bercita-cita untuk jadikan keluarganya sebagai tapak kepada perjuangan. Dah tentulah setiap anak yang dilahirkan bersama harapan dan doa setingginya moga Tuhan tunaikan impiannya itu. Memang pun setiap nama anak yang Abuya beri itu ibarat doa agar si anak kelak membesar seperti namanya itu. Dan terbukti bila kebanyakan watak kami macam 'kena' dengan nama yang diberi. Contoh kakak aku 'Atiyyah' maksudnya pemberian. Dan lahirlah dia sebagai seorang yang pemurah. Bukan saja barang-barangnya akan disedekahkan kepada orang,malah barang kami adik beradik pun turut disumbangkan. Sedangkan nama kami maksud lain,tapi terkena tempias pemurahnya itu. Huhu..

Sewaktu Ummu mengandungkan aku,Abuya dan Ummu telah menziarahi makam Khaulah Al Azwar. Abuya cakap pada Ummu,kalau anak dalam kandungan tu lelaki akan diberi nama Dhirar iaitu abang kepada Khaulah,dan kalau perempuan akan diberi nama Khaulah. Disebabkan aku ni perempuan,maka Khaulah lah nama diberi.

Sejarah Khaulah Al Azwar yang paling masyhur ialah bila dalam satu peperangan abangnya Dhirar telah ditawan tentera musuh. Maka Khaulah telah pun berpakaian seperti lelaki dan menutup mukanya,dengan menunggang kuda dia telah bertempur dimedan peperangan. Panglima perang tentera islam diwaktu itu Saidina Khalid Al walid tertanya-tanya siapakah gerangan yang begitu tangkas melawan musuh ini. Sangatlah terkejut Saidina Khalid bila dilihat rupanya seorang wanita.

Aku ni naik kuda pun takut. Macamanalah nak tiru Khaulah Al Azwar tu. Tapi kalau nak bawak kereta laju-laju tu bolehla kot. Jenuhlah orang tolong bayar saman ekor.

Mudah-mudahan dengan berkat doa dari Abuya dan Ummu melalui nama yang dihadiahkan pada aku ni dapatlah aku meniru sikit pun jadilah watak srikandi islam terulung itu.

Memang dari kecik Abuya Ummu bangunkan jiwa kami anak-anak dengan kisah-kisah sebegini. Maka dengan itu aku taklah sempat macam kanak-kanak perempuan lain yang mungkin mengimpikan nak jadi Cinderella satu hari nanti nak kawin dengan anak raja.

P/s: Waktu sekolah rendah sebenarnya aku selalu malu dengan nama Khaulah. Sebab kawan-kawan,cikgu semua tak reti sebut. Ada yang sebut kualiah,kolah,budak india yang jahat malah ejek aku 'cow',dan yang paling tak logik ada yang panggil aku Auna. Heh. Tapi dengan nama tulah aku mudah dikenali disekolah sebab orang pakat tertanya-tanya siapakah pemilik nama yang pelik itu. Hanya setelah aku ke Jordan barulah aku rasa bangga dengan nama tu sebab orang arab sebut nama aku dengan baik,tepat makhraj hurufnya seolah-olah depa sedang baca quran. Kat Malaysia cuma Abuya dan Ummu je yang panggil nama aku dengan tepat. Orang lain semua tak reti tajwid. Hehe..

Comments

Anonymous said…
hehehe...nek gelak la bce cter kak olah ni..the best la blog akk.
Suha said…
wahhh ! arina suka baca artikel ni.. ya hanana lah kamu hihi. arina teringat nak nama yg ada kaitan dgn sejarah ambiyah..hihi www.cikarinasukataip.blogspot.com

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...