Skip to main content

Kelahiran Ramadhan

Bismillahi allahu akbar..allahu akbar..subhanallah fatabarakallah..

Alhamdulillah..terima kasih Tuhan.. 26/7/2012 bersamaan 6 Ramadhan,jam 2.50 petang waktu Mekah,adik ipar kami Liyana telah pun selamat melahirkan bayi perempuan yang telah diberi nama NurAjibah Mubarakah binti Mohd Humam. Kelahirannya dijangka pada 25 Ogos namun Tuhan lah yang telah mentakdirkannya untuk berlaku pada hari ini. Pengalaman yang tak terlupakan bila Liyana bersalin dirumah dibantu oleh bidan Kak Solehah Patani. Tak perlu gunting dan jahit pun. Aku dan Kak Azwa pun secara tak langsung telah menjadi assistant bidan. Subhanallah..ini kali kedua aku menyaksikan proses kelahiran. Sebelum ni tengok Zainab anak Kak Atiah lahir. Kalini anak Humam pula.

Rasa semput,berdebar,sesak nafas seolah aku pun bersalin sekali. Lebih-lebih lagi tengok betapa peritnya Liyana meneran Yaallah... Hinggalah saat mula nampak kepala bayi keluar debaran kian memuncak. Kami bertakbir ketika akhirnya si kecil meluncur keluar dari rahim si ibu. Betapa kejadian maha hebat yang Tuhan ciptakan didepan mata.

Berkat sungguh kelahiran dibulan Ramadhan dan ditanah suci ini. Moga Nur Ajibah Mubarakah membesar menjadi anak yang solehah..amin..


Comments

nur athiqah said…
salam ..kak olah x de ke gmbr anak kak olah ngan kak fatim he2...

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a