Skip to main content

Puasa penuh rindu

Pagi-pagi lagi dah riuh rendah satu rumah semua sibuk bersiap untuk sahur. Maklumlah adik beradik ramai. Ada yang susahnya nak buka mata. Ada yang bangun-bangun je terus nak makan terlupa gosok gigi. Dah bergaduh pulak sebab orang dok bising mulut busuk.

Nanti petang balik sekolah mesti ada aduan siapa-siapa yang tak puasa. Ada orang nampak dia makan bekal dengan kawan india/cina tepi bangunan sekolah. Habislah Abuya denda duduk dalam bilik air 2jam. Ada juga yang kena denda berbuka dengan tamar dan susu je. Tapi nanti dapat juga berbuka best akhirnya.

Kalau kecik-kecik dulu sesekali dipanggil berpuasa dengan Abuya di Thailand/Singapore laaaagilah indahnya. Setiap hari Abuya tanya nak buka puasa apa. Mesti semua cakap nak burung puyuh goreng kegemaran seisi keluarga. Dapat duduk hotel. Makan pun sedap. Alah budak-budak..itulah hiburannya pun.

Satu hal yang dah jadi seperti tradisi yang tak terlupakan..setiap kali lepas subuh Abuya akan kumpulkan semua anak-anak dan kami semua akan nasyidkan lagu-lagu ramadhan. Selalu Abuya menangis mendengar alunan lagu yang menyentuh hati. Kita budak seronok bernasyid je. Tak faham nak hayati sangat. Semakin dewasa,semakin faham untuk menghayati bait-bait lagu yang cukup mengingatkan betapa ramadhan itu terlalu agung. Abuya juga akan bawakan cerita-cerita bagaimana menghayati ramadhan,membaiki puasa dari tahun ke tahun,mendapatkan puasa yang dapat mengubah peribadi dan semua panduan lainnya. Ditambah dengan galakan bertadarus untuk memahami isi alquran..semuanya sangat bermakna bersama Abuya.

Masih aku ingat ketika di Labuan. Setiap petang kami akan minta duit pada Abuya untuk beli juadah berbuka di bazar ramadhan. Abuya mesti pesan untuk dibelikan sate tongkeng. Punyalah seronok.. Kadang-kadang tu habis tongkeng jualan orang tu kami borong. Pernah juga datang ke bazar lebih awal,abang yang jual tu tak sempat bakar lagi,kami pun borong semua yang mentah dan bakar dirumah. Iya..tongkeng ayam memang mempunyai nilainya yang tersendiri dalam keluarga besar ini.

Saat berterawih lain pula ceritanya. Setiap kami dilatih untuk jadi imam dan bilal. Meriahnya bila semua laungkan,sollallahu sallamu 'alaih.. Semua berlumba-lumba nak jadi imam dan bilal. Ada yang loklak baca satu ayat je dari surah lepas fatehah. Yaasiinn..lepastu rukuk. Yang lagi nak kena nya bila sibuk lumba sape lagi laju jadi imam. Huhuu..budak-budak ni memang nak kena rotan.
Tapi bila dah besar sikit,masing-masing mencuba untuk saling menguatkan untuk dapatkan terawih yang lebih baik macam yang Abuya selalu ajar. Bukan fadhilat yang dikejar,tapi lebih kepada mengharap pandangan Tuhan dibulan yang penuh dengan rahmat dan berkat ini.

Rindunya berpuasa bersama Abuya. Mengalir airmata bila melantunkan lagu-lagu ramadhan kesukaan Abuya. Sebak rasanya bila bertadarus membayangkan Abuya didepan sedang mengingatkan kami anak-anak perihal alquran yang tidak hanya dibaca,tapi wajib beramal dengannya. Berbuka dengan makanan kegemaran Abuya,terawih terasa berimamkan Abuya.. Betapa ramadhan membawa Abuya kembali dihati. Terlalu banyak untuk dikenangkan. Terlalu indah untuk dilupakan.

Yaallah..ramadhan ini aku tidak direzkikan berpuasa bersama Abuya didepan mata. Namun..rezkikanlah aku puasa seperti puasa Abuya. Jadikan kerinduan ini sebagai kekuatan untuk aku berusaha sebaiknya pada ramadhan kali ini. Ramadhan yang diharap dapat mengubah hati,mengalahkan nafsu dan memandu akal kearah yang Tuhan redhai. Perkenankanlah wahai Tuhan..

Comments

Anonymous said…
bila tahu abuya suka satay tongkeng ayam, saya teringat kata sh dr hasan (homoeopathy) iaitu tongkeng ayam ada kolejen yg elok untuk kulit. begitu juga abuya suka ikan keli yg kaya dgn enzim yg baik utk tubuh. rupa2nya selera mursyid pun ada keberkatannya bila kita tiru...

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim..
Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga.
Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran..
1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelajar yang ditaja oleh…

Surat dari Adib

‎السلامعليكمورحمةاللهوبركاته، ‎بسماللهالرحمنالرحيم.
Buat kak Atiyyah yang dikasihi.. Ini sedikit Luahan hati Adib untuk Kak Atiyyah, salah seorang dari 2 orang Adik lelaki kandung kak Atiyyah yang sangat  sangat mengharap Kak Atiyyah semakin nampak betapa hebatnya Allah membolak balikkan hati-hati setiap kita.
Maha besar Tuhan dari menzalimi hamba hambanya, melainkan hamba itu sendiri menzalimi akan diri mereka. Kak Atiyyah ingat tak Abuya Umu? Ayah dan Ibu Kandung Kak Atiyyah!!! dan yang paling besar Ayah ibu kepada hati hati kita yang ajar didik kita agar Takut Allah  Rindukan Nabi. membesarkan dan mentaati Pemimpin.
Kak Atiyyah ingat tak? waktu Umu ada..sebelum Umu pergi tinggalkan kita. Umu selalu cakap dan ingat ingatkan pada kita. "dalam Al Qur'an yang kita baca, Allah ceritakan Aku siapkan Syurga Neraka untuk hamba hambaku tapi Allah ingatkan pada hamba hambanya..Akan Nikmat Syurganya dan azab api nerakaNya. Allah juga ingatkan akan kekuasaaNya!!! Tapi ramainya hamba-hambaku y…

Surat dari Yah

Bismillahirrahmanirrahim...
Kepada Kak Atiyah yang diingati, Mudah-mudahan apa yang Yah tulis ni untuk Yah sendiri terus mengambil pengajaran dari apa yang dah berlaku. Sebab Iman itu bukan boleh diwarisi walaupun atas nama darah daging sendiri. 
1. Yah masih ingat macam mana pernah Yah sendiri tengok dari dulu lagi K.Atiyah kalau ditegur oleh Abuya (kadang-kadang ditegur tu hanya gurauan sahaja) tapi K.Atiyah akan merajuk dan tarik muka pada Abuya. Maksud Yah kongsikan ini, Sebab memang dari dulu lagi K.Atiyah ni sikap tu macam ni, macam yang dah diceritakan oleh K.Khaulah sendiri yang lebih kenal K.Tiyah. 
2. Bahkan pernah sahaja K.Atiyah (ketika tu masih ada Ummu lagi) punyalah K.Atiyah geram dengan Zainab sebab adalah Zainab ni buat perangai (perangai sebagai budak kecillah, bukan Zainab tu dah dewasa) Sampai K.Atiyah punyalah tak sabar, ambil cawan baling hampir nak kena pada Umu waktu itu. Tapi Umu tenang sahaja sebab Umu kenal sikap K.Atiyah tu. 
3. Ampun maaf K.Atiyah, Zainab send…