Skip to main content

Puasa penuh rindu

Pagi-pagi lagi dah riuh rendah satu rumah semua sibuk bersiap untuk sahur. Maklumlah adik beradik ramai. Ada yang susahnya nak buka mata. Ada yang bangun-bangun je terus nak makan terlupa gosok gigi. Dah bergaduh pulak sebab orang dok bising mulut busuk.

Nanti petang balik sekolah mesti ada aduan siapa-siapa yang tak puasa. Ada orang nampak dia makan bekal dengan kawan india/cina tepi bangunan sekolah. Habislah Abuya denda duduk dalam bilik air 2jam. Ada juga yang kena denda berbuka dengan tamar dan susu je. Tapi nanti dapat juga berbuka best akhirnya.

Kalau kecik-kecik dulu sesekali dipanggil berpuasa dengan Abuya di Thailand/Singapore laaaagilah indahnya. Setiap hari Abuya tanya nak buka puasa apa. Mesti semua cakap nak burung puyuh goreng kegemaran seisi keluarga. Dapat duduk hotel. Makan pun sedap. Alah budak-budak..itulah hiburannya pun.

Satu hal yang dah jadi seperti tradisi yang tak terlupakan..setiap kali lepas subuh Abuya akan kumpulkan semua anak-anak dan kami semua akan nasyidkan lagu-lagu ramadhan. Selalu Abuya menangis mendengar alunan lagu yang menyentuh hati. Kita budak seronok bernasyid je. Tak faham nak hayati sangat. Semakin dewasa,semakin faham untuk menghayati bait-bait lagu yang cukup mengingatkan betapa ramadhan itu terlalu agung. Abuya juga akan bawakan cerita-cerita bagaimana menghayati ramadhan,membaiki puasa dari tahun ke tahun,mendapatkan puasa yang dapat mengubah peribadi dan semua panduan lainnya. Ditambah dengan galakan bertadarus untuk memahami isi alquran..semuanya sangat bermakna bersama Abuya.

Masih aku ingat ketika di Labuan. Setiap petang kami akan minta duit pada Abuya untuk beli juadah berbuka di bazar ramadhan. Abuya mesti pesan untuk dibelikan sate tongkeng. Punyalah seronok.. Kadang-kadang tu habis tongkeng jualan orang tu kami borong. Pernah juga datang ke bazar lebih awal,abang yang jual tu tak sempat bakar lagi,kami pun borong semua yang mentah dan bakar dirumah. Iya..tongkeng ayam memang mempunyai nilainya yang tersendiri dalam keluarga besar ini.

Saat berterawih lain pula ceritanya. Setiap kami dilatih untuk jadi imam dan bilal. Meriahnya bila semua laungkan,sollallahu sallamu 'alaih.. Semua berlumba-lumba nak jadi imam dan bilal. Ada yang loklak baca satu ayat je dari surah lepas fatehah. Yaasiinn..lepastu rukuk. Yang lagi nak kena nya bila sibuk lumba sape lagi laju jadi imam. Huhuu..budak-budak ni memang nak kena rotan.
Tapi bila dah besar sikit,masing-masing mencuba untuk saling menguatkan untuk dapatkan terawih yang lebih baik macam yang Abuya selalu ajar. Bukan fadhilat yang dikejar,tapi lebih kepada mengharap pandangan Tuhan dibulan yang penuh dengan rahmat dan berkat ini.

Rindunya berpuasa bersama Abuya. Mengalir airmata bila melantunkan lagu-lagu ramadhan kesukaan Abuya. Sebak rasanya bila bertadarus membayangkan Abuya didepan sedang mengingatkan kami anak-anak perihal alquran yang tidak hanya dibaca,tapi wajib beramal dengannya. Berbuka dengan makanan kegemaran Abuya,terawih terasa berimamkan Abuya.. Betapa ramadhan membawa Abuya kembali dihati. Terlalu banyak untuk dikenangkan. Terlalu indah untuk dilupakan.

Yaallah..ramadhan ini aku tidak direzkikan berpuasa bersama Abuya didepan mata. Namun..rezkikanlah aku puasa seperti puasa Abuya. Jadikan kerinduan ini sebagai kekuatan untuk aku berusaha sebaiknya pada ramadhan kali ini. Ramadhan yang diharap dapat mengubah hati,mengalahkan nafsu dan memandu akal kearah yang Tuhan redhai. Perkenankanlah wahai Tuhan..

Comments

Anonymous said…
bila tahu abuya suka satay tongkeng ayam, saya teringat kata sh dr hasan (homoeopathy) iaitu tongkeng ayam ada kolejen yg elok untuk kulit. begitu juga abuya suka ikan keli yg kaya dgn enzim yg baik utk tubuh. rupa2nya selera mursyid pun ada keberkatannya bila kita tiru...

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...