Skip to main content

Orang bukit

Sedang kami sibuk melayan tetamu yang datang ke Chalet Nur Mohd pagi kemarin,tiba-tiba kecoh kata Liyana turun darah. Padahal due bersalin tu rasanya bulan depan. Teruslah bawa ke klinik. Hari jumaat semua klinik tutuplah pulak. Nak buat macamana ni?
Mujur Abil teringatkan sorang bidan Patani yang tinggal nun diatas bukit. Padanla panggil orang bukit.

Bila call mak bidan iaitu Kak Solehah,dia minta kami tunggu dia turun ke bawah. Lepastu kita pun bawa dia kerumah. Hasil pemeriksaan,didapati semuanya ok. Mungkin sebab Liyana lasak sikit,jadi ada urat yang tersepit ke apelah. Tapi alhamdulillah keadaan baik-baik je. InsyAllah bulan depan bersalin.

Rupanya Kak Solehah ni dah 15tahun tinggal di Mekah. Datang ke Mekah sebaik saja berumahtangga,dan 2orang anaknya dilahirkan disini. Dia dan keluarganya tinggal tanpa sebarang dokumen dinegara ini dan penempatannya diatas bukit disekitar Masjidil Haram itu bersama ramai lagi warga asing yang sama status dengannya. Kak Solehah menyara keluarganya dari hasil kerja mengurut orang. Satu hari dia harus meredah 4 buah bukit untuk memberikan khidmat mengurut kepada orang-orang bukit dari Indonesia,Malaysia dan Patani. Sebelum ini suaminya bekerja sebagai penjahit kopiah. Tapi dikeranakan persaingan dengan kopiah dari cina,akhirnya jualan kopiahnya semakin kurang sambutan.

Sebelum menghantar Kak Solehah balik kerumah,kami berjanji untuk ziarah kerumahnya nanti. Memanglah teringin sangat nak panjat bukit tu,nak tengok macamana kehidupan mereka disana. Lagi-lagilah bila dia sebut,pagi-pagi ada jualan nasi kerabu. Bertambahlah teringin. Hehe..

Petang semalam kami mengatur temujanji untuk kerumahnya. Terbayangkan terpaksa mendaki lebih 200 anak tangga,kami pun mengatur strategi untuk tidak pengsan ditengah jalan. Aku takut semput je. Alhamdulillah..misi terlaksana akhirnya. Mungkin sebab naik tu sambil sibuk bergambar,jadi tak terasalah sangat kepenatannya. Walaupun hidung sakit juga bila bernafas laju disamping terpaksa menahan bau persekitaran yang sungguh tak wangi. Sampah-sampah yang bertimbun yang dicampak oleh penghuni disitu membuatkan pemandangannya sangatlah ngeri. Pengalaman yang menarik. Yang lagi menarik tu bila Kak Solehah jamu kami nasi kerabu yang sangat sedap.

Rumah disitu rapat-rapat. Setiap rumah mempunyai beberapa buah bilik yang disewa oleh beberapa keluarga. Suasananya sangatlah dhaif. Tapi mereka terus bertahan,berjuang untuk hidup dinegara orang. Kami berkenalan juga dengan Kak Zuraidah yang juga dari Patani,lahir dimekah 39tahun yang lalu dan belum pernah keluar dari Saudi sejak dilahirkan. Suaminya bekerja dengan Tabung Haji Malaysia dan mereka sekeluarga memegang Iqamah (visa setahun). Menurut Kak Solehah dan Kak Zuraidah,hari raya diatas bukit sangatlah meriah. Setiap rumah menyiapkan pelbagai juadah seperti ketupat,sate dan macam-macam lagi. Mereka bersungguh-sungguh menjemput kami kerumah pada lebaran nanti dan dah tentulah kami tak menolak. Bertambahlah lagi kawan disini. Kami pun menawarkan untuk mereka ziarah ke Chalet Nur Mohd. Kak Solehah akan kumpulkan kawan-kawannya yang lain untuk kami bawa sesekali berehlah dibawah bukit pula.

Bila aku renungkan apa yang Tuhan takdirkan pada setiap hambanya,sangatlah penuh dengan kasih sayang. Manusia diciptakan sama,walau mungkin dengan nasib yang berbeza. Namun akhirnya semua kita akan dihitung dengan satu penilaian iaitu taqwa.

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....