Skip to main content

Hiburan sebenar kembali pada fitrah

Keluarga besar kami ditakdirkan Tuhan lahir sebagai keluarga berdarah seni. Bermula dari Abuya dan juga ibu-ibu maka mengalirlah sampai ke kami anak-anak ni. Dalam 39 adik beradik ni mungkin hanya sekitar 13-15 orang dikalangan kami yang tak terlibat dalam kebudayaan. Lebih menonjol sebagai pemimpin dalam syarikat keluarga. Yang selebihnya boleh dikatakan semua sangat terlibat dalam seni dan budaya. Cantik pula Tuhan buat ada yang menonjol disudut vokal,ada yang berkebolehan bermain alat muzik dan ada yang berbakat dalam lakonan. Maka terbentuklah satu team pementasan yang lengkap.

Cita-cita Abuya sangat besar ingin menjadikan keluarga ini sebagai model dan tapak kepada perjuangan. Dari kecil kami dididik,diingatkan,didorong untuk dapat sama-sama mengambil peranan bagi memastikan islam bangkit diakhir zaman sesuai dengan janji Tuhan. Mungkin ada yang ketawa seolah syok sendiri. Tapi hasilnya semakin boleh dilihat kini.

Kenapa agaknya Abuya giat sekali memperjuangkan kebudayaan islam dari dulu sampai sekarang? Dalam sekian banyaknya aspek kehidupan yang lain,kebudayaan diletakkan diantara hal yang terpenting. Ini kerana hiburan adalah satu keperluan. Fitrah manusia semua inginkan hiburan. Orang lebih mudah tertarik dengan penyampaian dakwah dipentas hiburan dibandingkan dengan ceramah dimasjid. 

Tapi apakah manusia kini telah mendapatkan hiburan yang benar-benar sesuai dengan fitrah semulajadinya? Atau manusia hanya terhibur dengan telinga sedangkan hati sama sekali tidak terhibur. Banyaknya bentuk hiburan yang dihidangkan pada dunia masa kini. Namun apakah semua itu berjaya menghibur dengan sebenar hiburan? Kalau memang terhibur,kenapa ramai sekali penghibur dari kalangan artis yang mengalami tekanan jiwa hingga akhirnya bunuh diri? Apa perlunya mereka pada hal seumpama dadah untuk sampai menghibur diri mereka? Sayang..penghibur sendiri tidak mampu menghibur dirinya. Apalah gunanya..

Tak perlu tengok jauh-jauh. Lihat saja di Malaysia. Penerbit drama dan filem berlumba-lumba menerbitkan tontonan yang berbentuk dakwah kerana katanya ingin memberi kesedaran kepada masyarakat. Mungkin juga kerana market filem bergenre itu semakin luas. Tapi didalam lakonan itu sendiri berlaku pergaulan bebas,pelanggaran syariat,malah artis yang terlibat itu sebenarnya tidak pun berperibadi seperti yang mereka lakoni. Tak masuk akal. Buat filem/drama untuk tujuan dakwah tapi pelakonnya pun belum dapat kesedaran. Hal itu kini sedang bermaharajalela tanpa ada usaha pun untuk membendungnya. Malah para artis bebas bercakap bahawa mereka hanya berlakon,tapi belumlah bersedia untuk berubah kearah itu. Belum sampai seru,katanya.

Kerana itu perlunya satu bentuk hiburan alternatif. Salahlah kita jika hanya mampu berkomentar tapi tidak pun mewujudkan jalan keluar. Sedangkan masyarakat butuh pilihan yang lebih baik. Kita yakin rakyat Malaysia tidak buta dalam menilai. Tapi dikeranakan tiadanya alternatif. Sedangkan hiburan itu adalah makanan.

Kumpulan Generasi Harapan dari satu ayah dan empat ibu kini muncul ketengah masyarakat. Belumlah begitu besar tapi sudah pun mengorak langkah. Membawa bersama mesej yang cukup 'kena' dengan keperluan jiwa manusia hari ini. Mengembalikan fitrah semulajadi ke hati manusia. Bukankah Tuhan menciptakan manusia dengan perasaan yang sangat cinta dan takutkan penciptanya? Namun dikeranakan kerja keras nafsu,syaitan,yahudi yang telah memalingkan hati itu dari fitrah sebenarnya,maka manusia tidak lagi mengenal Tuhan maha segala-galanya. 

Wahai Tuhan..jadikanlah tangan dan kaki kami sebagai penggerak kepada misi ini. Anugerahkanlah kami hati yang terlebih dahulu mendapatkan cinta dan rindu kepada Allah dan Rasul untuk sampai segala apa yang disembahkan dapat membawa kembali hati manusia kepadaMu Yaallah..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...