Skip to main content

Penangan artis

Dahsyat betul penangan artis ye. Bila tulis je enty pasal artis,bommm! Naik mendadak terus rating. Bukan main lagi korang. Tulis pasal Tuhan tak beria pun nak baca. Bila cakap pasal artis pujaan korang yang lawa dan hensem,dan-dan la semua pakat share link blog ni ke group bb tu. Hehe...

Sebenarnya samalah kita pun. Dengan artis tu teruja lebih. Lagi-lagi tengok artis mai rumah,makan semeja,bergambar sekali,memanglah mata tak berkelip mulut ternganga. Itu fenomena biasa bila berdepan dengan artis kegemaran yang selama ni tengok kat tv dan paper je. Sekarang menjelma depan mata.

Artis ni memang antara golongan yang memiliki pengaruh terbesar didalam masyarakat selain dari ahli politik. Apa artis pakai,artis buat,artis makan semua nak tiru. Padahal kenal artis tu di tv je. Tapi boleh sayang,cinta,taksub,fanatik gila-gila. Poster gambar artis penuh kat bilik,wallpaper hp semua boh gambar artis. Yang lagi teruk kalau sampai jadi kaki skodeng ngekor je artis pergi kemana. Untuk orang bisnes pulak nak lariskan jualan pun pakai nama artis. Tudung Siti,serkup Waheeda,telekung Mawi. Entah bilalah Mawi bertelekung pun aku tak tau. Selama ni tak suka belacan,tapi bila keluar je belacan Ezani semua pakat beli. Punyalah...

Menjadi artis bermakna harus menjadi role model. Apa? Taknak? Kalau tak nak lebih baik tak payah jadi artis. Duduk je kat rumah diam-diam. Bila memilih kerjaya sebagai artis,automatik kita akan sanggup untuk menjadi contoh yang baik kepada masyarakat. Nak buat macamana,dah memang itu bayarannya. Aku tak cakap pasal artis hollywood lah. Jauh sangat. Yang dimaksudkan ni artis tempatanlah. Artis melayu,orang islam,orang Malaysia lagi. Tingkah laku memang nak kena jaga.

Tapi sayang..majoriti artis tidak pun ambil pusing tentang tanggungjawab mereka yang satu ini. Lebih senang mengejar populariti dalam dunia glamour yang bergemerlapan. Masyarakat yang sangat mengidolakan artis ni pun sedikit sebanyak terikut cara pembawakan artis pujaan mereka. Walaupun ada juga yang semakin sedar dan dapat menilai baik dan buruknya. Yang paling menyedihkan ialah banyak sangat terdengar pengaduan tentang artis nasyid yang dicap selalu bergaduh terkait pembahagian royalti. Aduh..artis nasyid patutnya lebih-lebih lagilah nak kena pandai bawak diri,menjaga peribadi. Barulah orang respek. Tapi nampaknya memang bukan mudah untuk pertahankan iman bila berada dalam dunia hiburan.

Abuya sewaktu nak lepaskan kami untuk bergelanggang ke tengah masyarakat melalui seni budaya ni,bermacam ingatan dan amaran yang disampaikan. Yang paling ditakuti ialah kalau-kalau dengan menjadi artis kita sampai sombong,riya' dan akhirnya lupa pada Tuhan. Walhal tujuan utamanya ialah untuk membawa manusia kepada Tuhan. Abuya sebut banyak kali yang Abuya sebenarnya ambil risiko besar dengan melepaskan anak-anak daranya untuk jadi artis. Walaupun memanglah anak dara tu tak cantik macam artis luar tu,tapi itupun sangatlah ditakuti terjebak dengan fitnah dan tipu daya syaitan dan dunia yang sangatlah menipu. Tuhan boleh saja biarkan kita pada nafsu dan syaitan hingga terjerumus ke lembah yang menakutkan itu. Lindungilah kami Yaallah..

Aku ni bukanlah artis taraf-taraf Siti Nurhaliza ke,Erra Fazira dan lain-lain lagi tu. Tak popular pun. Walaupun turut terlibat juga dalam bidang seni budaya ni. Tuhanlah yang catur untuk kami lebih banyak bergelanggang diluar negara. Mungkin orang luar lebih pandai menilai seni budaya islam bersama mesej cinta Tuhan yang kita bawa. Kalau di Malaysia asyiklah sangkut isu sesat,suara aurat dan lain-lain. Padahal kalau nak ukur sesat tu,artis yang dedah sana sini tu boleh pulak lulus. Artis yang bukan islam pun elok je diberi peluang. Suara aurat? Hmm.. Lagilah kelakar kalau nak dibahaskan. Tapi kita cukup yakin dengan apa yang Tuhan tetapkan. Kita setuju saja dengan segala yang Tuhan aturkan. Perancangan Tuhan jauh lebih baik dari apa yang kita mahukan. Tuhan tak izinkan berkembang di Malaysia,tapi Tuhan buatkan orang Malaysia berbondong-bondong datang ke Mekah untuk lihat kami show disini. Kadang tu ada yang singgah di Jordan,terjumpa pula Generasi Harapan disana. Belum dikira lagi dengan undangan ke Eropah setiap tahun. Sampai dah tak larat nak penuhi. Hebat tak plan Tuhan? Siapa sangka..

Tidak mudah mengota apa yang dikata. Susahnya melaksanakan apa yang disampaikan. Seperti mustahil rasanya kerana mesej yang dibawa besar dan agung belaka. Harapan kami padaMu Tuhan,dengan hati yang penuh takut dan cemas,jadikanlah kami orang yang mampu mempraktikkan dulu segala ilmu yang kami bawakan. Janganlah lalaikan kami dengan apa jua unsur dunia. Dekatkanlah kami pada akhirat Yaallah...

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...