Skip to main content

MAHU atau PERLU

" Tuhan tidak berikan apa yang kamu mahu,tapi Dia memberikan apa yang kamu perlu "

Ungkapan diatas memang mudah untuk dilafazkan. Namun realitinya bila kita dihadapkan dengan situasi sebenar,tidak sedikit orang yang melatah,melenting malah ada yang menyalahkan Tuhan.

Aku sendiri secara ilmunya cukup faham dengan apa yang dikatakan bahwa Tuhan memberi apa yang kita perlu. Tapi secara praktiknya,selalu je berlaku bila aku akan rasa sedih ketika Tuhan tak bagi apa yang aku mahu. Malah waktu tu aku fikir hal tulah yang aku perlu. Lupa dah kata bahawa Tuhan lagi tau apa keperluan kita.

Memanglah manusia selalu lupa. Bukan orang melayu je mudah lupa ye. Orang arab,cina,india,orang putih,orang hitam kalau dah namanya insan semuanya pelupa. Bercakap ilmu semuanya cerdik pandai. Namun mengamalkannya semua macam keldai (dungu). Hal-hal dunia sangatlah kuat diingatan tapi hal berkait dengan Tuhan semua terlupakan.

Aku sedang memotivasi diri sendiri untuk bersangka baik dengan Tuhan dalam semua situasi. Kadang kita merancang dan mengharapkan begian,tapi perancangan Tuhan yang berlaku. Kalau tak segera diingatkan,bukan senang nak lapang dada dan berkata,aku setuju denganMu Tuhan.. Lagi-lagilah bila ujian tu selalunya datang waktu kita sama sekali tak menduga.

Contoh kecil..kita dah rancang nak pergi makan kenduri rumah orang. Dah sewa bas untuk angkut ramai-ramai. Dalam perjalanan,tayar bas pecah. Bila dah dapat dibaiki,sampai rumah orang rupanya hidang air dengan biskut je padahal dah sehari suntuk tahan perut sebab bajet nak melahap. Balik perut kosong,masuk angin,kepala pening. Ha..ingat senang ke tu nak redha? Mesti akan persoalkan Tuhan punya. Kenapa Tuhan tak izinkan? Kenapa Tuhan buat macamni? Sampai hati Tuhan..
Boleh ke waktu tu nak cakap,ohh...menurut Tuhan,inilah yang aku perlu.. Aku terima jelah Yaallah.. Tak semudah itu. Setengah orang mungkin tak teruji sangat bab ni. Tapi ada hal lain pula yang Tuhan saja buat untuk uji kesabaran hambaNya. Setiap kita pasti akan dicubakan untuk melihat sejauh mana kita mampu bersangka baik dengan Tuhan.

Ramadhan diharap mampu membentuk hati kita untuk pandai berperasaan dengan tepat terhadap Tuhan. Tuhan beri nikmat ke,ujian ke,hati tetap mampu tersenyum. Tiada sangka jahat pada ketentuan Tuhan. Benar-benar berserah kepada kebijaksanaan Tuhan dalam mengatur kehidupan.

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...