Skip to main content

Janganlah berbuat kerana fadhilat

Seluruh penduduk kampung diundang untuk menghadiri majlis hari raya dirumah tok penghulu. Diwar-warkan setiap penduduk akan menerima habuan berupa duit raya dan juga hadiah-hadiah lainnya. Maka pada hari yang ditetapkan,berbondong-bondonglah orang kampung menerjah kerumah ketua kampung untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan.

Ada yang datang membawa anak isteri,berjalan kaki,ada juga yang menaiki basikal,motor dan sebagainya. Masing-masing dengan gaya tersendiri. Berbaju baru kemas dan wangi,tak kurang juga yang hanya berpakaian lusuh dan berbau hapak. Dalam keriuhan dan kekecohan itu tiada siapa yang mempedulikan orang lain. Semuanya fokus kepada apa yang bakal diterima.

Bila dah ramai macamtu biasalah..bilik air rumah tok penghulu yang cantik pun dah jadi hancing. Maklumlah..bukan semua pandai guna toilet moden-moden sangat ni. Ruang tamu pun jadi berselerak dengan makanan yang bertaburan. Dapur lebih lagi lintang pukang. Tapi keadaan tu tidak pun menjejaskan para penduduk yang sudah tidak sabar lagi untuk mengambil hadiah yang ditawarkan. Sudah tidak peduli lagi mereka dengan tuan rumah yang selama ini cukup disegani. Padahal tok penghulu itu juga merupakan pembesar didalam negeri itu. Tapi dikeranakan imbalan yang lumayan,semua itu ditolak tepi. Semuanya berlumba-lumba dan berasak untuk berada dibaris hadapan bagi mendapatkan hadiah yang paling besar,mahal dan indah. Mereka lupa bahawa yang akan menyerahkan hadiah dan sumbangan kepada mereka itu ialah tok penghulu selaku tuan rumah. Dia lah yang telah menjanjikan semua ganjaran itu kepada orang kampung. Macamanalah orang kampung boleh buat tak peduli dengan tok ketua tu. Tak fikir pun untuk duduk sebaiknya didalam rumah mewah itu. Menjaga tata tertib dan adab dengan keluarga tuan rumah. Mereka lebih sibuk fikir hadiah tapi tidak berfikir tentang pemberi hadiah. Padahal kalau tidak menggembirakan orang yang nak beri hadiah,agak-agaknya boleh dapat ke hadiah tu? Silap haribulan semua yang datang berebut-rebut tu akan dihalau balik..

Begitulah tamsilan yang lebih kurang tepat rasanya untuk diumpamakan bila kita beribadah demi mengejar fadhilat(ganjaran) dari Allah. Lebih lagi dibulan Ramadhan ini. Siap cek lagi setiap hari apa pahala yang akan didapatkan. Semua pakat berlumba-lumba untuk dapatkan fadhilat paling besar. Tapi sebenarnya tidak pun memikirkan apakah persembahan kita itu layak untuk diterima dan diganjari oleh Allah. Gembirakah Tuhan dengan kita? Sembahyang..apakah sudah benar seperti yang Tuhan mahu? Puasa..sudahkah tepat seperti yang Tuhan minta? Bukankah sepatutnya kita berfikir untuk beribadah demi menggembirakan Tuhan? Bukannya sibuk menghitung-hitung apakah yang akan Tuhan beri bila aku buat itu dan ini? Ikhlaskah kita terhadap penyerahan diri kepada Tuhan? Kalau adab dengan Tuhan pun tiada,akankah Tuhan memberi ganjaran kepada kita?

Seorang wali didalam munajatnya sering mengucapkan," aku bukan beribadah dan menangis kerana inginkan syurgaMu,tidak juga kerana takutkan nerakaMu,tapi aku bimbang apakah cintaku dibalas olehMu? "

Demikian hati hamba yang ikhlas kepada Tuhan. Semua perintah yang dilakukan benar-benar kerana merasa dirinya hamba dan sangat patut mengabdi diri kepada Tuhan pemilik dirinya. Tidak pun terlintas dihati untuk beramal demi mendapat pahala dari Tuhan,tetapi lebih memikirkan untuk mendapat cinta dan redha Tuhan. Itulah adab sebenar hamba kepada Tuhannya.

Macamlah kalau mak ayah minta kita tolong kemas rumah,jaga adik. Lepastu kita sibuk minta upah macam-macam. Mungkin mak ayah akan beri. Tapi beradabkah kita dengan mereka? Bukankah kita anak semestinya berbakti kepada ibu ayah tanpa mengharapkan sebarang upah. Kerana ibu ayah itu tidak pernah mengharap sebarang balasan dari jasa mereka pada kita.

Aku pun baru tahu tentang semua ini. Selama ni memang selalu mengkhayalkan fadhilat dan ganjaran dari Tuhan hasil membuat kebaikan. Sedangkan memberi pahala itu ialah hak Tuhan. Kewajipan kita sebagai hamba hanyalah untuk melaksanakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang. Tuhan hendak memberi pahala atau tidak,semuanya dengan keadilanNya.
Semoga Ramadhan mengubah persepsi aku untuk semakin pandai beradab dengan Tuhan. Mendapatkan Tuhan dan lebih berhalus denganNya sesuai dengan keagungan dan kebesaran Tuhan.

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...