Skip to main content

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...

Yaallah..dah Ramadhan dah? Tak sedar sekejap je masa berlalu. Rasanya baru tahun lepas berpuasa di bumi suci ini,dan kini kemeriahannya kembali terasa.. Dan sekali lagi Tuhan rezkikan untuk menyambutnya di bumi perkampungan Allah dan Rasul ini.



"Ramadhan bagaikan tetamu istimewa(vvip) yang datang setahun hanya sekali. Kedatangannya membawa 1001 kebaikan dan keindahan. Bukankah kedatangan tetamu itu membawa rahmat dan perginya bersama dosa?



Tuhan..setahun menunggu ketibaan Ramadhan dengan hati penuh tanda tanya,apakah direzkikan lagi untuk bertemu? Menunggunya dimuka pintu bagaikan menanti ketibaan orang yang dicintai. Mengapa belum juga kunjung tiba?



Namun bila detik pertemuan semakin hampir,hati gelisah pula. Tidak senang duduk dibuatnya. Bukan bencikan tetamu yang dinanti,tetapi bencikan diri sendiri. Bimbangnya andai tetamu istimewa tidak dilayani sempurna. Takutnya jika melanggar adab yang tidak sesuai dengan kebesarannya. Jadilah hati penuh dukacita,tangisan hiba. Menyesali diri yang bersalut cela"



Begitu sekali perasaan yang harus ada didalam menerima kedatangan Ramadhan yang mulia. Padanya rahmat,padanya berkat. Diturunkan padanya satu malam yang istimewa,lebih baik dari seribu bulan. Malam lailatul qadar. Turunnya para malaikat dan roh suci membawa bersama segala yang didamba.



Saban tahun menyambut Ramadhan,aku masih begini. Puasaku hanya lapar dan dahaga,sedang hati penuh dusta. Sembahyang,bacaan quran bagaikan sia-sia kerana ia bersifat lahir semata. Senang sekali dengan bulan hadiah dari Tuhan ini..tapi tidak pernah pandai untuk mengagungkannya.

Tuhan..sungguh kau memberi peluang yang sama untuk setiap hamba. Namun natijahnya berbeza. Beruntunglah mereka yang engkau anugerahkan puasa roh yang sempurna. Kurniakanlah sedikit rasa itu..moga aku turut mampu melalui Ramadhan seperti yang engkau kehendaki..



Dikesempatan ini tangan dan hati disusun memohon kemaafan dari semua.. Tersalah kata,tersilap bicara.. Moga dengan keampunannya bertambah lagi keberkatan Ramadhan yang mulia.. Ramadhan Karim untuk semua pembaca..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...