Skip to main content

Aku dan Gajet

Aku ni kalau orang ajak shopping memang laju je. Tapi bukannya reti nak membeli macam orang lain. Beli barang dapur tu memangla semangat. Bertroli-troli pun boleh. Tapi nama nak beli baju,kasut,beg dan jenis-jenis macamtu memang taklah. Walaupun lepas shopping dah tentulah akan cari kedai makan untuk mengisi masa dan perut yang lapang.

Tapi ada satu hal yang aku memang lemahla..lemah lutut. Padahal sembahyang belum pun dapat lemah lutut. Yaallah...ampuni aku. Aku ni memang selalu bermujahadah bila melihat alat-alat gajet. Tapi mujahadah aku memang dibantulah sebab bukannya banyak duit nak rembat semua benda tu. Jadi boleh tengok jelah. Alhamdulillah..tidaklah membazir. Cuba kalau aku ni minat baju,kasut,beg tu. Kalau kat tangan ada 100rm je pun dah boleh kaut macam-macam jenis,paling kurang kat pasar malam. Tapi 100rm nak beli gajet apa? Oklah..walkman pasar malam mungkin ada yang murah.

Dalam keadaan itu pun sedar tak sedar boleh tahan juga banyaknya koleksi gajet yang aku miliki. Tapi sebab adik beradik ramai,maka yang betul-betul aku rasa aku punya tu hanya Blackberry aku ni jela. Itupun kadang hilang juga. Huhu..

Sebenarnya tidaklah berniat nak jadikan mengoleksi alat gajet ni sebagai hobi,tapi aku perasan dari dulu rezki aku memang murah bila masuk bab ni. Waktu zaman PDA tengah top tu,tiba-tiba kakak ipar aku sudi hadiahkan PDA dia kat aku. Diikuti dengan handphone philips yang comel. Waktu tu rasa besarla sangat. Padahal nak masuk satu lagu pun tak boleh. Tapi sibukla gantung kat leher macam dah canggih sangat. Ala..waktu start pakai handphone,dapat double three sekupang tu pun dah macam apa teruja dia. Sibuk compose ringtone sendiri pastu pasang volume kuat-kuat konon ramai orang nak tengokla. Buat malu je..


Tak lama lepastu aku trade in 3310 tu dengan Sony Ericsson T230. Bila ada duit sikit aku tukar dengan Sony yang lebih latest. Yang sebelum ni ada infrared je,tapi yang baru ni ada bluetooth pulak. Ada hp baru,yang lama aku bagi adik. Dekat setahun aku pakai Sony,aku kembali pada Nokia dengan jenama sabun. Ala..Nokia yang debab bentuk macam sabun mandi tu. Tah apa nama asli dia. Dalam masa yang sama PDA masih ada aku pakai buat dengar lagu. Philips comel aku bagi orang pinjam sampai sekarang dia tak pulang. Masa berlalu,aku kembali memburu model terkini yang lebih canggih supaya kelihatan up to date. Aku kumpul duit dekat setahun untuk dapatkan hp Sony Ericsson K series yang berharga 600rm kalau tak silap. Yang ni aku beli sebab konon waktu tu kamera dia canggihlah. Pixel ke pensil ke aku memang tak ingat. Dan setelah itu Tuhan rezkikan aku dengan hp Nokia yang lebih canggih iaitu N82. Aku memang suka sangat sebab kamera dia memang cun. Sakan jugakla bergambar waktu tu. Hp-hp yang sebelum ni masih aku simpan. Aku pernah 2 kali je trade in hp. Yang selebihnya semua beli baru dengan yang lama masih dalam simpanan.


Tragedi paling sadis berlaku bilamana N82 aku telah jatuh kedalam laut waktu kami tengah lalai dan leka berkelah di Albany kat Australia. Saja Tuhan buat gempar! Macam nak tercabut jantung aku. Walaupun adik aku gagah terjun dan cuba selamatkan tapi dikeranakan lama terendam dengan air masin maka hp itu telah menemui ajalnya serta merta ditempat kejadian. Sedihnyalah hatiku ini.. N82 tu pergi sekali membawa kesukaan bergambar aku. Lepastu aku beli E72 pula tapi jarang sangat kameranya aku gunakan. Masih terkenangkan hp yang pergi.


Waktu mendewasakan aku.. Kini Blackberry menjadi pilihan hati hinggakan aku tidak lagi pernah menoleh kearah Nokia mahupun Sony. Aku kehilangan 3 hp ku serentak bila Sony dan PDA ku telah hilang juga dicuri orang. Aku yakin Tuhan yang hilangkan sebab nak buang cinta dunia yang tebal bersarang. Yang tinggal kini hanya BB dan E72.


Tapi tulah..rezki gajet aku memang murah aku cakap dah. Baru-baru ni A.ngah offer untuk angkat iphone 4s dia dengan harga adik beradik. Aku tengok kat kedai yang 2nd pun dekat 2k. Tapi aku dapat harga jauh lagi rendah dari tu. Terima kasih Tuhan.. Oh ya..sebelum ni aku pakai iphone 3g,hadiah dari kawan di Australia. Itu aku dah sedekah kat adik-adik di Jordan sebab depa suka sangat main game 'chicktionary' konon nak belajar bahasa inggeris.

Betullah..nak barang murah memang kena ke pasar malam dan bundle. Sedang aku berjalan-jalan di pasar bundle di Jerman pada suatu hari,aku ternampak orang jual ipod comel lote dengan harga hanya 20euro. Padahal baru lagi. Teruslah aku beli. Sapa nak bagi ipod bin apple dengan harga macamtu. Kan rezki namanya tu. Dan setelah bertahun-tahun teringin ipad 2 sebab dah tak larat usung Macbook yang berat macam batu sedangkan sangatlah perlu,Tuhan kabulkan hasratku itu bila ada pula orang hadiahkan aku mende alah ipad 2 itu. Murah lagi rezki aku.


Dalam adik beradik,aku memang tak boleh nak berkongsi baju sebab saiz yang sungguh ke laut berbanding adik beradikku yang hanya ke sungai. Kecillah maknanya.. Depa nak pinjam tudung aku pun labuh sampai lutut. Tapi Tuhan takdirkan mereka boleh turut sama merasakan bahawa gajet aku,gajet mereka juga. Maka mereka bebaslah membuat semua aktiviti yang dikehendaki sampai habis bateri dan malas nak cas pula. Indahnya berkongsi..





Comments

ummu syahid said…
Slm olah pkb?mg shat..terbaca pula ttg hp philip yg di pinjamkan pd orang tu..dia tak dapat pulangkan sbb hp tu kene rompak bersama beg orang yg pinjam hp tu..apa pun kalau terjumpa hp yg serupa insyaallah dia akan pulangkan balik..:) rindu ngan kamu..
Hahaha... X sangka enti sudi baca blog ana yang dhaif ini..
Philips tu dah x ingatlah..saja nak tulis..hehe..lawaknye
ummu syahid said…
Ana sentiasa baca apa yang enti tulis..tulisan yang memberi seribu kebaikkan..
Hanahyar13 said…
salam'alay'k...kak olah..
nice your post...best sgt2...
i'm so happy..

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a