Skip to main content

Puasa tradisi

Rindunya nak puasa di Malaysia. Bila kawan-kawan hantar gambar bazar Ramadhan yang panjang berderet,hati memang ditarik-tarik. Diorang pun satu,tak sensitif langsung! Kalau kat Malaysia tu sape yang tak ke bazar kiranya macam jakun sikitla. Bazar tu dah kira termasuk dalam syarat sah puasa rasanya. Aku antara pejuang yang sangat gagah dimedan selera bazar Ramadhan. Walaupun payah akan ku jalani. Hebat tak hebat?

Namun dalam rasa rindu yang memuncak terhadap 'nuansa' kemeriahan bazar disana,ada terselit kelegaan pada hatiku disini..cheh ayat tak boleh sastera lagi ke? Maksud dari bait syair diatas ialah,aku memang rindu gile dengan suasana Ramadhan(bazar)di Malaysia. Tapi jauh disudut hati sebenarnya aku lega sangat. Kenapa lega? Sebab disini tiada bazar. Bila tiada bazar,fikiran pun tenteram. Tak perlu nak beria merancang jadual untuk membeli makanan,nak makan apa,nak lahap yang mana. Aku hanya teringatkan makanan betul-betul bila juadah dah terhidang diatas meja untuk berbuka. 5minit sebelum tu pun aku boleh terlupa. Macam baik je.. Tapi 5minit selepas tu tetaplah membesarkan selera.

Sepanjang berpuasa selama bertahun-tahun dah ni aku rasa sebenarnya pengisian puasa aku tu hanyalah bersifat tradisi semata. Bila Ramadhan,semua orang islam puasa,baca quran,kerap ke masjid,terawih 20 rakaat. Itulah yang biasa kita lakukan. Tapi kenapa sampai adanya peringatan Nabi bahawa banyaknya orang yang berpuasa hanya lapar dan dahaga sedangkan roh puasa itu sendiri tiada. Bukankah dengan berpuasa boleh mengubah hati. Tapi kenapa kita berpuasa tapi hati tetap mati. Apa silapnya dengan puasa kita?

Puasa ni ibadah sama macam sembahyang. Kalau setakat tonggak tonggek,tapi tak faham makna bacaan,lebih lagi tidak pun dihayati,jadilah seperti yang Tuhan sebutkan bahawa neraka weil lah untuk orang yang bersembahyang tapi lalai. Begitu jugalah puasa. Kalau kita sanggup menahan diri dari melakukan hal yang membatalkan puasa,namun tidak pun berusaha mendapatkan roh puasa,apalah ertinya. Baca quran khatam sampai 10 kali pun takde maknanya. Semuanya sia-sia.

Ramadhan sepatutnya jadi pesta ibadah. Hati bertambah hidup dengan segala ibadah yang dihayati kerana Allah. Peribadi sangat akan terbentuk dengan amalan yang dilakukan sepanjang Ramadhan.

Tapi Ramadhan aku sepi. Kerana aku hanya melaksanakannya secara tradisi. Puasa ku jalani hanya ikut-ikutan tanpa ada yang aku fahami. Semakin ke hujung semakin lesu. Puasaku tidak pun mampu melemahkan nafsu. Dengan persembahan puasaku seperti ini,masihkah ada Ramadhan hadapan untukku?

Kerana itu walau hati terusik dek kemeriahan Ramadhan nun ditanah air tercinta,aku akur. Mudah-mudahan ini juga satu cara Tuhan untuk membuatkan fikiran dan 'rasa' ku ini penuh untuk Tuhan disepanjang Ramadhan. Hingga walaupun Ramadhan berlalu namun hatiku tetap padaMu..

Pesan Abuya..

Jangan isi Ramadhan secara tradisi
Amal ibadah kita didalamnya sia-sia
Tapi isilah ia dengan ibadah
Cukup 2 rakaat sembahyang
Jika disertakan didalamnya hati yang bertaqwa

Jangan sekadar membanyakkan ibadah
Tetapi kualitinya tiada
Cukup buat sedikit tinggi mutunya
Barulah Allah terima ibadah sekalipun sedikit

Ramadhan tradisi dan adat itu
Membanyakkan makan dan minum
Kerja kita bercampur diantara kebaikan
Dan jua kemungkaran
Puasa itu sekadarkan tak makan dan tak minum
Seluruh anggota lahir dan batin kita tidak puasa

Makin dekat kepadanya (raya)
Makin kurang amal kita
Kerna sibuk dengan juadah dihari raya
Ibadah yang dibuat hanya rangka sahaja
Macam bangkai yang tidak bernyawa

Bukankah Allah telah berfirman
Sesungguhnya Allah menerima
Ibadah itu dari orang bertaqwa
Allah tidak terima ibadah jika hanya orang islam

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...