Skip to main content

Ish..gagah!

Aku tak kategorikan diri aku ni seorang yang rajin. Tapi aku rasa aku ialah seorang yang gagah. Bukan gagah perkasa macam badang tu ye. Gagah yang dimaksudkan disini ialah..entahlah tak reti nak terangkan.

Rajin selalu digunakan untuk anak dara yang ayu. Buat kerja sopan santun. Kalau basuh pinggan sambil sinsing lengan baju kurung kemas je. Rajin mengemas rumah. Rajin menyapu.

Gagah pula ialah sejenis kerja yang bila dibuat orang akan kata,gagah! Mungkin kerja yang dibuat tu orang lain tak buat kot. Samada berfaedah atau tidak. Huhu..
Aku akan gagah bila masuk bab makan contohnya. Tengah makan,tak rasa pedas. Aku akan gagah korek peti ais cari cili api. Lepastu ternampak pulak tempoyak budu. Mulalah cari limau nipis untuk padankan dengan benda alah tu. Itu bukan rajin,tapi gagah.
Atau,akan gagah drive dari rawang sampai ceruk-ceruk KL semata nak cari makanan yang diidamkan. Orang tak akan kata,eh rajinnya.. Tapi orang akan mendengus dan berkata,ish gagah!

Itulah serba sedikit definisi gagah dan perbezaannya dengan rajin. Disebabkan gagah itu jugalah aku telah mengerah budak-budak untuk ikut kehendak aku membuat kuih raya. Konon supaya tak sedih sangat berhari raya diperantauan. Padahal dah bertahun tak pernah raya kat negara sendiri. Gagah! Gagah pun gagahlah...sementara Tuhan bagi rehat ni baik aku cari aktiviti berfaedah menggantikan tadarus. Dapat juga pahala bagi orang makan kuih raya nanti kan? Gagah..! Padahal kuih raya dah banyak orang kirim dari Malaysia. Biarlah..

Permulaan gagah ialah Cornflakes madu yang senang gile budak tadika pun boleh buat. Esok akan mengorak langkah untuk buat Choc chip dan Cheese tart pula..
Moga Tuhan bantu kegagahanku ini..

Comments

Unknown said…
wah . sungguh gagah ! hehe . kak khaulah, harga cmne untuk kuih raya tu ? boleh inform tyra tak ?
Allah...ni bukan utk jual la dik..nak mkn sendiri je.tp thun depan boleh kot.hehe...

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...