Skip to main content

Ish..gagah!

Aku tak kategorikan diri aku ni seorang yang rajin. Tapi aku rasa aku ialah seorang yang gagah. Bukan gagah perkasa macam badang tu ye. Gagah yang dimaksudkan disini ialah..entahlah tak reti nak terangkan.

Rajin selalu digunakan untuk anak dara yang ayu. Buat kerja sopan santun. Kalau basuh pinggan sambil sinsing lengan baju kurung kemas je. Rajin mengemas rumah. Rajin menyapu.

Gagah pula ialah sejenis kerja yang bila dibuat orang akan kata,gagah! Mungkin kerja yang dibuat tu orang lain tak buat kot. Samada berfaedah atau tidak. Huhu..
Aku akan gagah bila masuk bab makan contohnya. Tengah makan,tak rasa pedas. Aku akan gagah korek peti ais cari cili api. Lepastu ternampak pulak tempoyak budu. Mulalah cari limau nipis untuk padankan dengan benda alah tu. Itu bukan rajin,tapi gagah.
Atau,akan gagah drive dari rawang sampai ceruk-ceruk KL semata nak cari makanan yang diidamkan. Orang tak akan kata,eh rajinnya.. Tapi orang akan mendengus dan berkata,ish gagah!

Itulah serba sedikit definisi gagah dan perbezaannya dengan rajin. Disebabkan gagah itu jugalah aku telah mengerah budak-budak untuk ikut kehendak aku membuat kuih raya. Konon supaya tak sedih sangat berhari raya diperantauan. Padahal dah bertahun tak pernah raya kat negara sendiri. Gagah! Gagah pun gagahlah...sementara Tuhan bagi rehat ni baik aku cari aktiviti berfaedah menggantikan tadarus. Dapat juga pahala bagi orang makan kuih raya nanti kan? Gagah..! Padahal kuih raya dah banyak orang kirim dari Malaysia. Biarlah..

Permulaan gagah ialah Cornflakes madu yang senang gile budak tadika pun boleh buat. Esok akan mengorak langkah untuk buat Choc chip dan Cheese tart pula..
Moga Tuhan bantu kegagahanku ini..

Comments

Unknown said…
wah . sungguh gagah ! hehe . kak khaulah, harga cmne untuk kuih raya tu ? boleh inform tyra tak ?
Allah...ni bukan utk jual la dik..nak mkn sendiri je.tp thun depan boleh kot.hehe...

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...