Skip to main content

Ladang kurma: Empayar melayu

Rasa macam dah terlambat je nak cerita hal ni. Tapi disebabkan ianya masih dan akan sentiasa relevan,evergreen,maka taklah segan sangat bila baru terhegeh nak cerita pasal ladang kurma GISB di Madinah. Ala..walaupun dah tau,dah tgk gambar..rai jelah tau!

Awal-awal nak ambil alih ladang kurma kat Madinah tu aku memang ada terfikir,apa istimewanya? Mampu ke kita? Mungkin sebab waktu tu aku tak berapa suka makan kurma lagi. Dan..memang akal aku ni selalu mengandalkan logik. Bab rasa hati,perasaan ni kemudian sikit baru datang. Sedangkan nanti akal akhirnya akan mengalah pada kekuatan hati.

Sekarang akal aku surrender habislah bila tengok perkembangan dan tarikan yang ada pada ladang kurma ni. Biasanya orang balik umrah ni ole-ole utama dia memang kurma. Lagilah nak dekat Ramadhan ni. Padahal bukan takde kurma kat Malaysia tu. Tapi itulah salah satu bukti bahawa pasaran kurma ni memang mantop. Hanya akulah yang ketinggalan zaman. Tapi sekarang aku dah semakin moden bila kurma itu aku usung kemana-mana dan bila-bila. Yusof Taiyob pun jeles.

Ladang kurma ni terletak berhampiran dengan Jabal Bhaida ataupun dikenali juga dengan nama bukit magnet. Kalau sesiapa yang pernah datang sini insyAllah tau tentang satu kawasan yang bila kita naik kereta dan free kan gear,kereta itu akan ditarik oleh bukit magnet tu dan boleh berjalan sendiri hingga mencapai kelajuan 80km/jam. Mula tu aku macam tak caya,tapi bila dah alami sendiri,fuyoooo... teruja! Jadi,laluan ke ladang kurma ni memang antara yang utama jugalah bagi para pengunjung.

Berlatar belakangkan Banjaran Uhud,ladang kurma ni betul-betul mengembalikan nostalgia Rasulullah dan para sahabat satu ketika dulu. Menurut ceritanya,ladang kurma ni dulu ialah milik seorang sahabat Rasulullah iaitu Saidina Zubair Al Awwam. Moga keberkatannya teruslah mengalir hingga ke detik ini.

Aku baru tau yang kurma ni memerlukan air masin untuk dia tumbuh dengan baik. Maka air diladang kurma ni dah macam air laut masinnya. Mujahadah betul nak kumur-kumur. Bila mandi rambut keras je. Tapi takpelah asalkan kurma kita sihat. Kat ladang ni ada bilik-bilik macam chalet juga. Tapi belum dibuka untuk orang ramai. Masih lagi jadi penempatan untuk staff. InsyAllah akan datang boleh dikembangkan. Mana tau ada yang nak ambil pengalaman tidur ditengah ladang kurma. Jemaah umrah memang semangat betul bila dengar cerita ladang kurma melayu ni. Pakat tak sabar nak tengok.

Haritu aku dah cite tentang pohon kurma yang kini sudah pun mengeluarkan hasil kan? Alhamdulillah..siapa-siapa yang nak mohon kerja kosong silalah hubungi kami sebab nak kutip kurma yang dah masak ni memang satu hal la. Banyak tak terkira. Bukannya macam durian jenuh nak tunggu! Kalau lambat petik nanti kurma ni rosak. Jadi sekarang dah banyak kurma yang dipacking dan dah mula jual pun. Terus terang aku cakap,aku tak pernah rasa kurma sedap macam ni. Bukanlah nak bias,tapi memang betul. Salah satu faktornya ialah kerana kurma ni fresh. Kalau yang ada dipasaran tu kan yang dah lama. Jadi bila dapat barang baru dah tentulah lebih baik. Kami dah test jual kat rombongan umrah dah memang semua kata sedap sebab segar itu penting rupanya. Ala..macam buah tin la. Selalu kan kita dapat buah tin yang dah dikeringkan tu. Itupun sedap dah. Rupanya buah tin yang segar dari pokok tu berganda-ganda lagi sedapnya. Samalah kurma ni pun. Artis datang haritu pun jamu kurma tu jugak. Semua makan tu macam makan gula-gula je sebab sedap sangat. Pandai tak aku kempen?

Demikianlah kisah ladang kurma milik GISB. Bangga tak bila kini orang melayu pun dah ada ladang kurma. Orang arab nak cakap apa lagi? Orang arab pun takde dusun durian. Dahsyat jugak orang Malaysia ni,kata orang arab dalam hati. Hehe..

Aku dah lama tak ke Madinah. Rindu sangat nak ziarah Masjid Nabi. Walaupun Nabi tu tempatnya dihati,tapi bila melihat kubah hijau tu bertambah-tambahlah rasa rindu yang menggamit. Moga ada rezki nanti. Boleh juga singgah diladang kurma memetik hasil. Nanti aku kirim ke Malaysia ye..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...