Skip to main content

Mana boleh melenting!

Setiap kejayaan yang Tuhan hadiahkan biasanya akan diiringi dengan ujian dan kesusahan. Itulah cara Tuhan untuk kita sentiasa ingat padanya. Sepertimana kita bergembira menerima nikmatNya,maka setujulah atas setiap ujian yang menimpa. Itulah yang Abuya ajarkan pada kami sepanjang hayatnya. Kita akan lebih selamat jika mampu untuk hidup diatas pergiliran nikmat dan ujian yang akan terus berlaku hinggalah penamat kita tiba.

Melihat perjalanan jemaah/syarikat GISB yang sudah sampai ke tahap ini,laluannya tidak semudah yang disangka. Hakikatnya apa yang berlaku ialah kita jarang diberi sebarang penghargaan terhadap setiap usaha baik yang dilakukan. Walaupun usaha-usaha itu jelas sangat memberi manfaat kepada negara dan masyarakat. Tapi jika ada hal yang dilihat tidak sesuai dengan kefahaman orang ramai,teruslah dihukum tanpa sebarang budi bicara. Terbentuklah keadaan dimana segala apa yang kita lakukan sekalipun positif tetap akan dilihat negatif.

Namun kerana kita yakin Tuhanlah yang mengizinkan semua itu diperlakukan keatas kita,maka kita sentiasa menerima semua itu dengan hati yang terbuka. Rasa sedih,tak puas hati sebagai manusia biasa itu pastilah wujud. Namun tidak pernah sekalipun kita menzahirkannya dengan membuat kacau seperti demonstrasi,perarakan beramai-ramai dan sebagainya yang boleh menggugat keamanan negara. Kalau ada pun isu kontroversi yang tercetus,namun itu hanyalah berbentuk cara berfikir,cara hidup atau cara memahami sesuatu hal yang mungkin berbeza dengan orang lain. Itupun sebenarnya bukanlah sampai memaksa masyarakat untuk ikut dengan cara kita. Kalau memang kita berbeza,kenapa tidak kita katakan saja 'lakum dinukum wa liyadin'. Sedangkan orang bukan islam pun diberi kebebasan menganut fahaman mereka,kenapa pula kita yang masih islam ini tidak pernah boleh berdamai dan bertolak ansur? Kalau benar kita menegakkan kebenaran,sengketa tidak sepatutnya ada diantara kita. Perbezaan pandangan dibenarkan dalam islam. Jadi,dimana salahnya?

Diawal Abuya dan Ummu ditahan ISA,kami masih terlalu kecil untuk memahami semuanya. Namun sebagai anak memanglah ada perasaan marah kerana mak ayah kita diperlakukan begitu. Marah pun marah budak-budaklah. Tidaklah sampai buat tunjuk perasaan dipadang sekolah rendah Rawang tu. Tapi apa yang berlaku,kalau Abuya dengar je kami anak-anak contohnya bebel-bebel kenapa polis tangkap mak ayah kita,Abuya akan marah kami seolah-olah kami dah lancarkan mogok. Abuya pantang sangat bila kami cuba-cuba nak ejek polis ke,kerajaan ke. Malah Abuya pesan pada mak-mak kami untuk ingatkan kami agar tetap menjaga adab dengan semua orang. Begitu sekali sikap Abuya bila berdepan dengan ujian yang cukup besar itu.

Aku sendiri sedang belajar meniru kesabaran Abuya dan Ummu melewati segala kesusahan yang Tuhan takdirkan. Tak berjaya tiru lagi pun. Tapi tengah cubalah sikit-sikit ni. Kalau tiba-tiba ada je orang menyerang kita tanpa usul periksa,hanya dengar hujung telinga,ambil maklumat ditepi facebook,sabarlah... Tak nampak ke nikmat Tuhan yang jauh lebih besar dari itu? Kata sanggup hidup mati untuk Tuhan. Takkan bila orang kata sikit pun dah nak melatah kan? Huhu..betul-betul nak praktik ilmu. Kalau yakin Tuhan bersama orang yang benar,tunggulah. Sabar sikit je lagi. Tuhan ada cara untuk menjawab semua pertuduhan yang dikenakan keatas kita.

Sekarang ni sebenarnya yang paling kita takuti ialah dosa-dosa dan kezaliman kita terhadap Tuhan. Takutnya kalau sampai mati pun belum sempat bertaubat diatas segala kesalahan. Ketakutan terhadap itu jauh lebih besar dari ketakutan kita bila dicaci maki orang. Rasul dan nabi pun terpaksa mengalah dulu pada kekejaman kaumnya. Kenapa kita tidak mencuba mengikuti jalan itu?

Oklah...macam panjang je aku tulis. Larat ke nak baca? Apapun doakan kami disini ye. Sedang dalam proses mendapatkan PR dikampung Allah dan Rasul ini. Moga Tuhan mudahkan segalanya...

Comments

Unknown said…
kak khaulah , tak dapat komen saya ?

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...