Skip to main content

Resepi yang suka/pandai buat

Kalau tengok muka saya(even tgk muka sendiri kat cermin) tiada siapa yang menyangka salah satu kecintaan saya ialah masak. Kecintaan makan mungkinla.. Tapi bukan ke mengikut logiknya,orang yang suka makan ni biasanya suka masak? Sebab dia ada taste tersendiri yang kadang-kadang memerlukan dia untuk masak sendiri.. Tak pasti betul atau tidak,tapi saya begitulah..Saja la nak share/simpan buat kenangan resepi masakan yang saya expert masak. Tak..bukan resepi sendiri. Resepi yang semua orang tau,dan saya sendiri suka dan agak pakar didalam membuatnya. Kalau siapa tersinggah sini,nasibla nak tengok resepi ni. Kalau tak ada yang singgah,(memang tak adalah) saya saja tulis buat kenangan. Memang tulis blog ni pun untuk kepuasan sendiri sahaja :-)

Nasi Mansaf (makanan tradisi Jordan)

Bahan-bahan:-
A
Bawang besar
Buah pelaga
Daun salam/Bay leave
Garam
Minyak sapi/Ghee
Ayam/Kambing/Lembu

B
Yoghurt Asli(kalau diJordan ada khas)
Kunyit serbuk

Rebuskan ayam/kambing/lembu bersama dengan bahan A hingga daging masak. Garam tidak perlu banyak. Keluarkan daging dan masukkan air rebusan kedalam beras yang telah digaul dengan serbuk kunyit untuk menghasilkan warna kuning yang tidak melampau untuk masak nasi. Sisakan sedikit air rebusan tadi untuk susu/kuah.

Yoghurt diblend supaya tidak berketul-ketul. Masukkan kedalam periuk bersama air rebusan. Sedikit serbuk kunyit sebagai penaik warna. Kemudian masukkan daging tadi kedalam susu/kuah itu,kecilkan api dan siap untuk dihidang.

Cara menghidang ala arab
Didalam dulang besar,letakkan roti arab yang telah dicarik kepada kepingan kecil. Tuangkan sedikit susu keatasnya dan senduk nasi kedalamnya. Susunlah ayam diatas nasi.

Nasi dimakan bersama susu/kuah mengikut selera. Boleh ditabur kacang,juga daun parsley cincang.


Sup dal/Lentil soup/Syorbah 'adas

Bahan-bahan

Kacang dal
Pati ayam
Bawang besar

Rebus kacang dal sehingga lembut,masukkan bawang yang didadu,sedikit pati ayam/knorr,perasakan dengan garam. Senang gilee..

Dua ni dululah ye. Menyusul kemudian. (alasan untuk jari penat menaip)

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....