Ada satu hal yang tak mungkin diucapkan
Apa lagi untuk dizahirkan menjadi sebuah kata-kata
Cukup rasanya jika hanya dipendam
Kerana mungkin dengan itu nilainya lebih tinggi
Kalau sampai ia diluahkan
Harganya tidak mungkin boleh sama
Seperti ketika ia masih bersemadi dilubuk hati
Tapi apakah ia tidak bisa dibaca?
Atau sama sekali tidak cuba diteka?
Tidak bolehkah dilihat dari renungan mata?
Yang pasti
Ianya bukan lah rahsia
Kerana hati bukan milik hamba
Hati adalah milik Tuhannya
Dan dialah yang mengetahui segala-galanya
Telah diungkai sebuah rasa
Didalam untaian doa sepanjang masa
Comments