Skip to main content

Hadiah buat para kekasih

Sakan betul tengok orang sambut Hari Kekasih/ Valentine’s Day. Macam-macam bentuk hadiah dipersembahkan sebagai bukti cinta. Bunga,coklat,cincin,teddy bear dan sebagainya. Itu semua dilakukan tak lain tak bukan untuk menyenangkan hati orang yang dicintai. Malah ada yang sanggup berhabis-habisan demi membahagiakan kekasih hati. Diwaktu sedang mabuk cinta inilah bermacam-macam janji ditaburkan. Semuanya indah-indah belaka. Yang tak logik pun ada. Lautan api sanggup ku renangi. Bomba pun tak berenang dalam rumah terbakar. Biarlah kita sehidup semati. Kembar siam ke? Hai..macam-macam..

Tapi tahukah kita apa pula syarat untuk bercinta dengan Tuhan? Pernahkah kita memikirkannya? Cukupkah dengan apa yang telah kita lakukan selama ini untuk membuatkan kita benar-benar dicintai oleh Tuhan?

Tuhan meletakkan syarat yang cukup tinggi sebagai tanda aras sebesar mana saja cinta kita kepadaNya. Janganlah kita sangka cinta Tuhan itu semurah bunga atau cincin yang biasa kita berikan pada mereka yang dicintai.

Kita lihat bagaimana Tuhan perlakukan kekasih-kekasihnya didalam percintaan mereka. Para rasul dan nabi ialah orang yang paling dicintai Tuhan. Tapi,apa yang Tuhan lakukan pada mereka?

Sejarah menceritakan perihal nabi-nabi dan rasul berhadapan dengan jutaan onak dan duri didalam melaksanakan amanah yang Tuhan berikan. Tidak ada antara mereka yang menempuhi jalan mudah didalam berdakwah. Semuanya pahit. Tidak tertanggung oleh kita. Lihat saja bagaimana Nabi Ibrahim dibakar oleh Namrud. Nabi Musa berhadapan dengan kekejaman Fir’aun. Bahkan Nabi Muhammad yang merupakan makhluk yang paling disayangi Tuhan juga tidak terlepas dari segala macam dugaan.

Kenapa begitu pahit sekali hakikat bercinta dengan Tuhan? Bukankah Tuhan itu pemilik seluruh kerajaan langit dan bumi? Mengapa Tuhan kelihatannya tega sekali memperlakukan kekasih-kekasihnya begitu? Boleh saja bukan,Tuhan memudahkan laluan untuk para kekasihnya itu dari awal hingga ke akhir perjuangan? Apakah sebenarnya yang Tuhan maksudkan dari semua kesusahan dan penderitaan ini?

Itulah kehebatan Tuhan yang maha agung. Dia menawarkan cintanya diatas seribu kepahitan. Itu kerana Dia mahu pastikan bahawa cinta hamba tetaplah padaNya walau diuji dengan segala macam bentuk ujian. Dia menciptakan kesusahan itu sebagai satu cara untuk kita tetap merasa hamba. Dengan itu kita akan selalu merasa bertuhan. Tuhan seolah berkata,jika benar kamu cintakan aku,maka bersiap sedialah untuk susah. Kalau memang kamu hamba yang setia,buktikanlah dengan kesanggupan kamu untuk bertarung dengan derita. Bijak sekali Tuhan. Itulah cara agar cinta itu dapat dipastikan benar bahawa ia bukan palsu. Sedangkan lumrah orang bercinta,hanya akan sanggup setia dikala bahagia. Diwaktu susah? Lari entah kemana..!

Para kekasih Tuhan itu,kerna kenalnya dengan Tuhan cinta agung,mampu untuk merasa bahagia didalam derita. Kesusahan itulah hiburan mereka. Mereka bahkan merasa Tuhan sedang sangat menggembirakan mereka didalam segala ujian yang ditimpakan. Kesakitan itu dirasakan sangat perlu untuk mereka. Kerana diwaktu itu mereka yakin bahawa Tuhan sedang bersama mereka.

Ajaib kan Tuhan? Mengukur cinta tidak dengan harta. Tidak seperti kita manusia yang menilai cinta dengan ketawa. Sedang Tuhan sangat kasihkan tangisan hambaNya. Tangisan takutkan dosa.

Jadi,kalau begitulah caranya Tuhan bercinta,janganlah kita sedihkan lagi atas segala ujian yang menimpa. Rasakanlah betapa Tuhan sedang cukup dekat dengan kita. Bahkan sepatutnya kita sangat cemaskan jika sudah lama tidak diuji Tuhan. Takut-takut Tuhan tidak uji itu kerna Tuhan sudah tidak pedulikan kita. Atau itu petanda Tuhan murka.

Oh Tuhan..ajarkanlah kami ilmu-ilmu yang sangat seni ini. Jangan pernah lepaskan kami dari pandangan rahmatMu..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...