Skip to main content

H A T I

HATI. Apakah itu hati? Kita diberitahu bahawa hati itu ialah satu organ penting didalam badan. Diantara fungsi hati ialah :-

Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
Menguraikan molekul hemoglobin tua.
Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.

Tapi apa yang tidak ketahui tentang hati ini? Biasa orang cakap, “ ini soal hati ” Ada juga yg cakap “ hati tak boleh menipu ” dan macam-macam lagi yang disebutkan terkait dengan hati. Orang bercinta,dengan hati. Orang sedih,dengan hati. Orang bahagia,dengan hati. Orang marah,dengan hati. Orang ikhlas,dari hati.

Jadi? Didalam banyaknya hal yang menggunakan hati,bolehkah kita katakan juga bahawa hati adalah satu organ yang Tuhan ciptakan sebagai alat penghubung. Sepertilah handphone digunakan untuk kita saling berhubung. Begitu jugalah hati itu sangat berperanan dalam menghubungkan. Tak percaya? Contoh kecil.. Bila seorang ibu meninggalkan bayinya yang masih kecil,dan setiap hari dia merinduinya,sering berlaku bayinya itu akan selalu menangis. Sakit. Tak sihat. Dan kita akan kata, “ ni mak dia rindula ni..” Hmm.. apa kaitannya? Hati bukan? Hati ibu yang sangat merindui anaknya membuatkan anak yang masih kecil itu juga seakan-akan boleh merasakan penderitaan si ibu. Pernahkah anda mengalami hal seperti ini? Disaat kita merindui seseorang,ternyata orang itu juga sedang turut merindui kita. Ini tidak termasuklah dalam kata-kata melayu,merindu pada yang tak sudi. Yang saya maksudkan ialah merindu pada yang sudilah.. Kalau bukan kerana hati,tak timbullah kata-kata ‘ jauh dimata dekat dihati ’ Macam tv9,Dekat Dihati :-)

Baiklah..jika anda bersetuju dengan saya bahawa hati memang memainkan semua peranan itu,saya ingin mengajak anda untuk berfikir akan hal yang lebih jauh. Biasalah,lecturer pun kalau nak terangkan satu-satu perkara,dia akan mulakan dengan hal yang paling ringan dan senang diterima oleh akal kan? Okay..saya bukan lecturer..

Sebenarnya,untuk apa Tuhan ciptakan hati? Adakah sekadar untuk membezakan manusia dengan haiwan sama seperti penciptaan akal? Saya kira bukan hanya kerana itu. Masakan hati yang berfungsi sebesar itu hanya untuk itu sahaja? Sedangkan,berbanding akal,hati hakikatnya jauh lebih penting. Kalau manusia hanya punya akal,tidak akan lahirlah segala sifat-sifat baik seperti penyayang,lemah lembut,bertoleransi dan sebagainya. Jika tangan kita membantu seorang pakcik buta melintas jalan,apakah dia akan berkata,baiknya tangan kamu? Mesti pakcik tu akan berkata,baiknya hati kamu. Itu yang saya maksudkan. Bayangkan saja dunia berjalan tanpa hati? Saya kira pastilah hidup kita tak akan jauh bezanya dari binatang. Sementara sekarang ini,untuk menyatakan kezaliman seseorang pun kita akan sebut,binatang pun tak buat macam tu. Binatang pun sayangkan anak. Itulah hati.

Diatas semua itu,akhirnya ingin saya nyatakan bahawa Tuhan menjadikan hati itu yang paling besar ialah dengan tujuan untuk smpai dapat berhubung dengan Tuhan,pencipta hati. Seperti hati bisa menghubungkan dua jiwa,mengapa tidak hati itu digunakan untuk berhubung dengan Tuhannya? Kata siapa Tuhan itu tidak boleh dihubungi? Bukankah solat itu ialah satu upacara untuk bertemu Tuhan? Pertemuan itu pula,bukan hanya untuk bergerak,berdiri,duduk,tanpa menyertakan hati didalamnya! Tahukah kita apa akibatnya sembahyang tanpa hati? Pasti solat itu akan Tuhan lemparkan kembali ke muka kita. Jadilah kita orang yang disebut didalam Surah Al Ma’un,iaitu ‘ neraka weil untuk mereka yang lalai dalam sembahyangnya ‘ Na’uzubillah...

Ya..Tuhan itu sangat boleh dihubungi,PADA BILA-BILA MASA TANPA TERIKAT DENGAN WAKTU. Tuhan tak pakai sistem office hour ye.. Anytime..Bila-bila sahaja.. Nak berhubung dengan apa? Handphone? Blackberry? Iphone? Skype? YM? Hmm.. apakata dengan HEARTPHONE. Sama saja peranannya dengan handphone. Hubungilah Tuhan dengan hatimu. nescaya kamu akan rasa hidupmu dipandu. Tidak semua orang percaya dengan ini,tapi inilah hakikatnya. Kalau dengan manusia sesama hamba pun kita mampu untuk berhubung,apa lagilah dengan Tuhan yang Dia itulah yang menciptakan semuanya,termasuk otak manusia hingga sampai boleh mencipta handphone. Apakah kita mengira Tuhan itu kolot hingga tidak mampu untuk memiliki handphone untuk kita hubungi? Sedangkan Tuhan mempromosikan dirinya sebagai Maha Mendengar. Silap besarlah bagi mereka yang berpegangan bahawa Tuhan itu tidak pernah boleh dihubungi.

Seterusnya,hati itu juga Tuhan ciptakan untuk kita dapat berhubung dengan nabi. Bukankah kita ummat yang masih memiliki nabi? Bukankah kita bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah? Jadi,kenapa kita katakan bahawa nabi itu sudah wafat dan kita tiada hubungan sama sekali dengannya? Kalau begitu,kenapa jika ada yang menghina nabi itu kita jadi cukup marah? Bukankah itu tandanya bahawa nabi itu masih hidup? Hidup dihati kita. Memang untuk menghubungi Allah dan Rasul itu,kita perlu menggunakan hati. Tidak cukup dengan akal. Akal bukan tugasnya untuk merasa. Akal hanya untuk memikirkan. Sedangkan didalam hal perasaan,kita perlukan hati. Sayangnya jika kita tidak berhubung dengan Allah dan Rasul yang mereka itu memiliki kuasa yang cukup untuk membuatkan hidup kita bahagia didunia lebih-lebih lagi diakhirat. Sedangkan,jika kita punya masalah besar,dan kita sudah tidak ada jalan lagi untuk menyelesaikannya,kita akhirnya akan berkata,Oh my god..Yaallah.. Kan begitu? Kerana hati kita percaya,bahawa diatas segala kuasa didunia ini,ada satu kuasa yang dia itu cukup berkuasa diatas kuasa-kuasa yang lain. Contohnya,jika doktor mengatakan bahawa kita akan mati dalam tempoh 3 bulan kerana menghidap kanser,bukankah diwaktu itu satu-satunya harapan kita ialah dengan berkata,doktor bukan Tuhan. Ya..Tuhan itu adalah sebesar-besar harapan.

Demikian jugalah halnya dengan seorang nabi. Percayalah..kita tidak akan mampu untuk sampai kepada Tuhan,tanpa melalui seorang nabi. Didalam doa setelah azan yang kita bacakan,kita menyebut bahawa nabi muhammad itu sebagai perantara kita kepada Tuhan. Walaupun wahabi cukup lantang mencanangkan bahawa kita bisa terus kepada Tuhan. Nabi sudah mati. Tiada hubungan lagi dengannya. Tapi,Tuhan yang menciptakan hati itu dengan rasa yang fitrah iaitu ingin mencintai Allah dan Rasul,membuatkan ajaran wahabi itu tidak lagi relevan. Melihatkan manusia cukup ramai berbondong-bondong mengunjungi Makam Rasulullah di Madinah,membawa doa,harapan,kecintaan dan kerinduan mereka,walhal nabi sudah ribuan tahun meninggalkan kita,bukankah itu satu bukti besar bahawa hati nabi itu cukup hebat hinggakan yahudi menamakan dia sebagai tokoh paling berpengaruh disepanjang umur dunia! Apakah nabi yang sehebat itu,kewafatannya bisa kita samakan dengan wafatnya manusia biasa yang setelah wafatnya tidak lagi dihubungi? Kalau memang benarlah dia itu sudah tidak ada hubungannya dengan dunia ini,kenapa makamnya yang sudah 1000 tahun lebih itu masih tersergam megah,meriah? Siapakah yang telah menarik hati manusia untuk berdatangan padanya? Mana ada kubur atau makam tokoh-tokoh ajaran lain,hingga hari ini diziarahi pengikutnya? Bukankah itu cukup menjadi bukti kuat bahawa Dia itu tidak mati? Dalam erti kata lain,hanya jasadnya yang tiada,tapi Rohnya cukup power! Susahkah untuk mempercayai itu semua? Sedangkan perihal menceritakan hantu,kita tersangatlah percaya. Hingga filem-filem seram,hantu kini menjadi trend didunia pada hari ini. Barat yang dilihat cukup moden pun tidak terlepas dalam membikin filem sekitar hantu,roh jahat dan sebagainya. Adilkah kita jika hanya percaya pada kewujudan hantu,setan,roh-roh jahat tapi menidakkan keberadaan roh-roh baik yang mereka itu juga wujud dipersekitaran kita! Kenapa dari kecil kita mengugut anak kita yang nakal dengan berkata,nnti hantu datang,tapi tidak pernah membalas sikap baik mereka dengan berkata,kalau tak menangis,nanti malaikat sayang. Atau nanti nabi sapu kepala. Kenapa? Apa salahnya dengan nabi? Mengapa jika ada yang menyebut perihal bertemu nabi,bermimpi nabi,berhubung dengan nabi,serta merta timbulnya kontroversi? Semua pihak bangkit dan terus menghukum sebagai sesat? Janganlah hanya kerana hati kita tak pernah atau tak mampu untuk berhubung dengan nabi,kita terus mengatakan orang yang mampu berhubung dengan baginda itu sebagai gila. Bukankah sepatutnya kita merasakn bertuahnya bagi mereka yang sudah boleh berhubung dengan nabi. Aku bila lagi? Jika dengan berhubung dengn nabi itu membuatkan hati kita semakin bersih,semakin suci dan semakin dekat dengan Tuhan,dimanakah salahnya? Kita konon sibuk sekali ingin menyelesaikan masalah masyarakat yang sudah terlalu gawatnya. Tapi,mampukah kita? Kalau kita cukup mampu,kenapa masalah itu hakikatnya tidak pernah selesai? Maksiat,kejahatan kelihatannya makin membesar. Jadi,adalah lebih baik kita berkata,kami memang tidak mampu untuk menyelesaikannya,dan kami serahkanlah segala urusan ini kepada Allah dan Rasul yang cukup mampu melakukannya. Lihat saja pada kebangkitan islam yang pertama bagaimana Rasulullah berjaya melahirkan generasi sahabat yang cukup berwibawa hingga islam berjaya menawan tiga suku dunia. Hingga ke hari ini kita juga menikmatinya. Tak nampak lagikah apa sebenarnya yang kita perlukan?

Bukalah mata,bukalah hati. Janganlah membiarkan kejahilan kita merosakkan diri,bangsa,negara dan dunia. Surrendar lah dengan Allah dan Rasul diatas kelemahan kita. Bukankah Tuhan menciptakan segala kelemahan ini kerana ingin kita kembali padanya. Seperti setiap sakit ada ubatnya,ada doktor nya. Dengan apa kita hendak mengubati penyakit hati? Siapa doktor yang mampu merawatnya? Sedangkan segala masalah yang berlaku itu,puncanya adalah hati. Hati yang telah mati hingga tidak mampu berperasaan seperti yang Tuhan kehendaki. Hingga lahirlah pelbagai masalah dunia hari ini. Ubatilah hati dengan nabi. Hubungi nabi dengan hati. Dialah doktor kepada penyakit kronik hati ini. Dia itu nabi yang jasadnya manusia,tetapi hatinya malaikat. Makhluk pertama nisbah roh yang Tuhan ciptakan. Dialah cahaya bagi kegelapan hati. Dialah rahsia bagi segala rahsia. Dialah ubat seluruh penyakit dan Dialah anak kunci sumber kejayaan. Ambillah,dapatkanlah Nabi akhir zaman ini untuk memperolehi kejayaan,kebahagiaan dan keselamatan. Nabi itu bisa dihubungi dengan hati dengan memperbanyakkan selawat keatasnya. Sekali kita berselawat,10 kali Tuhan akan menselawatkan kita. Nabi yang Tuhan hadiahkan dengan semulia-mulia hati itu tanpa kita minta hakikatnya Dia teruslah berdoa untuk ummat tercinta. Sepertilah seorang ibu yang kehilangan anaknya,pasti tak pernah putus berdoa agar anaknya segera dikembalikan padanya. Itulah nabi yang tidak pernah berhenti berdoa agar kita ummatnya akan segera didapatkannya kembali.

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...